CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bersyukur Jelah,"-Harith Iskander Menyampah Orang Susah Merungut Tentang Kerja

12-1-2022 09:49 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 5307| Komen: 37|Original author: Oleh: Saiful

Description: Harith Iskander telah menimbulkan amarah ramai orang berikutan satu status yang dimuat naiknya di Twitter.
Harith Iskander telah menimbulkan amarah ramai orang berikutan satu status yang dimuat naiknya di Twitter.

Pelawak dan pelakon ini memuat naik gambar menyaksikan dua individu sedang mencari rezeki di dalam satu saliran.



Foto: IG

Katanya dia sangat menyampah bila dengar orang yang lebih muda selalu merungut tentang kerja.

Harith berpendapat sekurang-kurangnya mereka tak perlu bekerja di tempat seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.



"Bersyukurlah, rasai pengalaman hidup. Belajar dari orang lain. Kebanyakan daripada anda tiada apa pun yang hendak dirungutkan. Saya beruntung."




Di ruangan komen ramai yang hentam Harith dan menyatakan orang kaya sepertinya sepatutnya tidak memandai-manda menghakimi orang yang kurang bernasib baik dan berpendapatan lebih rendah.

Malah ramai yang tak puas hati bila Harith meminta supaya orang berhenti merungut tentang pekerjaan sedangkan dia memanglah tiada apa nak dirungutkan sebab dah hidup senang.



Tak mahu kalah, Harith ada membalas komen-komen yang menghentam dirinya.




Malah Harith juga tetap dengan pendiriannya dan tidak mempedulikan kecaman.


Jadi apa pendapat anda? -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DianaSaksen 12-1-2022 09:59 AM
Aku paham apa yg harith ni cuba sampaikan
Org muda takde kerja tapi handphone canggih
Quote prettyuglybabe 12-1-2022 10:00 AM
apa yang dia cakap tu ada betulnya..
dak dak twidder la ni acah savage sangat..
padahal bbnu hati tissue..
Quote Gianna111 12-1-2022 10:12 AM
u can complaint if kau dah cuba seribu satu daya untuk keluar dari kemiskinan tapi masih tak dapat keluar dari kelompok tersebut. side harith for today.
Quote dudaberhias 12-1-2022 10:15 AM
yang cikki betina BBNU bertudung singkat gigih duk disgusting2 bagai tu lagi la jijik tengok muka dan perangai serta bahasa dan cara sheols tweet tu... tahu la tak suka harith tu sebab heols kuat mencapub dan liberal... tapi bila orang tu kata benda betul... tetap la betul...

benda tu pun nak sentap... entah2 sheols ni lah salah seko yang kerja lompat2... harini kerja 7e... esok kerja mydin... esok kerja restoran... semua kerja lah kalau boleh dia nak ambil... hujung2 jadi ayam vietnam pun ada... nak cari pengalaman katanya...

cikki bbnu kepam busuk minat kpop macamtu la... muka kepam... kerja perabih duit mak bapak duk beli album kpop bagai... padahal kerja pun malas...
Quote akuHavocczz 12-1-2022 10:32 AM
betul je apa dia cakap. yang cakap tak suka apa harith cakap, bukan sebab apa. sebab tengok instafamous post gambar dengan merc baru,bmw baru, post gambar holiday. so yang middle class income ni rasa tercabar, rasa kehidupan tak cukup baik. sebab fokus kita dekat orang senang . Cuba kalau kita tengok dengan orang orang yang lebih susah. mungkin kita akan rasa lebih bersyukur.
Quote Samerosie 12-1-2022 10:53 AM
Walaupun tak berapa gemar ciki bum bum dgn bini dia, betul la apa dia cakap.  Dia tak cakap pasal orang miskin, dia cakap bbnu kena belajar cari pengalaman hidup kerja bukan terus nak jadi manager (ye ada yg perasan baru grad tapi perasan terus nak jadi manager gaji RM5k).  Iols dulu even masa belajar still kerja jadi waiter, cuti semester kerja housekeeping ke apa part time.  Even dah grad, terus kerja jadi telefonis, sementara dapat offer elok.
Quote bulalof 12-1-2022 10:57 AM
siapa makan cili dia yg terasa pedasnya.
Quote marchikobonzo 12-1-2022 11:20 AM
We need to give credit when it's due, dalam hal ni harith betul..my friend dah 40 pun asyik komplen bos suruh buat itu ini..dah nama pun kau keje makan gaji, buat je la..gaji nak 10k pun tak syukur, kalau berenti zaman2 ni memang jangan harap kau nak dpt keje lain gaji banyak tu..apooo la
Quote azimodin 12-1-2022 11:52 AM
Kadang2 merungut bukan sebab x bersyukur tapi sebab tertekan. I suka kerja sekarang tapi berada dalam team yg sangat toxic & boss sejenis suka dikipas angin aircond. Balik rumah mmg membebel curhat, disimpan dalam hati lagi bahaya.
Quote Adrif 12-1-2022 12:35 PM
azimodin replied at 12-1-2022 11:52 AM
Kadang2 merungut bukan sebab x bersyukur tapi sebab tertekan. I suka kerja sekarang tapi berada dala ...

betul. dapat team toxic, dan policy tempat kerja sangat exploitative. kerah kerja sampai jatuh sakit. bila dah sakit, pegi klinik, mc pun kena marah. hari offday hak kita, hari cuti pun hak kita. tapi tak dapat. offday dipaksa masuk kerja, sebab tak cukup orang. dapat cuti ganti, tapi tak boleh cuti. takde sapa nak ganti. bila guna annual leave, rejected. short staff. dah book seminggu cuti, last minit cancel. teruk woo. kita ada hal lain jugak, nak pegi pejabat kerajaan selesai urusan lain.

ended up, terpaksa tender resignation. itupun kena reject 2 kali. mana boleh reject resign letter adoi
3rd time is the charm. finally resign. bukan setakat mental, fizikal pun teruk. mencanak darah tinggi dulu
Quote tipah89 12-1-2022 01:40 PM
ada betulnya apa yg harith ckp tu.
Quote Login_ID 12-1-2022 01:47 PM
azimodin replied at 12-1-2022 11:52 AM
Kadang2 merungut bukan sebab x bersyukur tapi sebab tertekan. I suka kerja sekarang tapi berada dala ...

kau kerja mana?
mana tau kenal.

Quote doubleharmonic 12-1-2022 01:50 PM
cakap depan cermin ke hah noreen? ko sendiri pon asik meroyan jah keja lagi sibok nak suruh orang bersyukur?
Quote chekacheku 12-1-2022 01:53 PM
Bdk2 skang byk yg lemau
Quote lyshafull 12-1-2022 01:58 PM
Statement general ade yg bolh anggap positif and yang bolh anggap negatif … tpi statement dia x kata pun class and pasal gaji … but tah laa tgok la cara org tu intrepret macam mana .. yg bbnu pun kalo masuk semua nk senang semua nak kene suap bukn bbnu je yg tua2 pun sama lepas tu merungut …
Quote white01whale 12-1-2022 02:00 PM
Betul pun dia cakap tu.. yg melenting tu spesis orang muda sekarang yang tak boleh ditegur langsung bila silap sikit...
Quote asamfish 12-1-2022 02:38 PM
Bagi aku, biasa la budak2 muda ni.  Bila depa complain, maknanya depa tgh belajar tentang hidup.  Bila dah jadi tua mcm harith, dah mcm2 tempuh, baru la sedar.  Be it privileged or not.  Budak2 muda akan tetap complain.  Yang tak complain tu mmg rare la.  Dan harith pun, boleh la cakap mcm tu.  Anak2 masih boleh dijegil, masih boleh dicuit.  Tunggu la bila anak2  dah sebaya dgn bbdk muda yang disuruh bersyukur tu...masa tu kita tgk siapa pulak yang akan complain.  Kita merancang, tapi gerak geri tutur kata kita amat memainkan peranan.
Quote 234126 12-1-2022 03:42 PM
iol paham apa yg dia nak sampaikan. Takda pun tone menyampah. Yang triggered tu pun boleh add elok elok je facts kalau tempat keja tu exploitative manipulative negative etc  boleh je blah carik keja lain. Tapi tone dia yang nampak butt hurt. Bukan harith
Quote Gumball 12-1-2022 04:03 PM
Laaaa..betul la apa yang dia cakap tuh..
Apsal triggered sangat dak-dak twidder nih..
Dasar pemalas kempret..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.056480 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top