CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Berjaya Selamatkan Wanita Sesat, Wajah Hensem Abang Bomba Pula Jadi Tumpuan Netizen

12-1-2022 10:54 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2137| Komen: 3|Original author: Cinta Erina

Description: Wajah Hensem Abang Bomba Pula Jadi Tumpuan Netizen Selepas Selamatkan Wanita Sesat Hampir 24 Jam

Sumber: Tiktok cikputehhh

Seorang wanita berusia 51 tahun yang dilaporkan tersesat di dalam hutan di Taman Botani, Georgetown selama sehari telah ditemui selamat oleh pasukan bomba. Difahamkan, wanita itu gagal menjumpai jalan keluar semasa melakukan aktiviti pendakian, namun mujur tidak mengalami sebarang kecederaan dan masih boleh berjalan.


"Pendaki sesat disambut ibunya sebelum dibawa ke pusat perubatan"

Detik-detik misi menyelamat itu juga dikongsi oleh pengguna TikTok dikenali sebagai cikputehhh yang berada di lokasi kejadian. Selepas sahaja diselamatkan, pendaki wanita itu terus disambut oleh ibu tercinta yang tabah menantikan kepulangannya. Dia kemudiannya dihantar ke pusat rawatan menaiki sebuah van sambil diiringi beberapa ahli bomba bagi tujuan pemeriksaan kesihatan lanjut.


"Wajah anggota bomba kacak pula jadi tumpuan…kongsi reaksi penat tapi berbaloi 6 jam masuk hutan" 


Namun tanpa disangka, wajah hensem salah seorang anggota bomba dalam video itu pula yang lebih mencuri perhatian netizen. Menerusi video yang dimuat naik olehnya, Muhammad Shafiq berkongsi reaksi dia dan seluruh pasukan penyelamat selepas masuk hutan selama 6 jam sejak pagi hari tersebut sebelum berjaya menyelamatkan wanita terbabit.

Sumber: Tiktok cikputehhh

"Abang bomba yang tu handsome sangat…penat jangan kata, semoga Allah balas semua kebaikan"

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tanda penghargaan kepada semua anggota yang terlibat dalam misi berkenaan selain bersyukur wanita tersebut masih dalam keadaan baik. 


Sumber: Tiktok cikputehhh

Pada masa yang sama, ramai juga yang tertarik dengan kekacakan Muhammad Shafiq dan berseloroh ingin tahu statusnya adakah masih single lagi atau telah berpunya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 12-1-2022 11:40 AM
hahahahaha yg buat artikel xpenah tgk lelaki ke?
Quote sykama 12-1-2022 01:51 PM
day by day, malu is nothing bg betina..
Quote babelina 12-1-2022 02:38 PM
hahaha.. xde benda lain la yg nmpk ye..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.319195 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top