Populariti yang dikecapi oleh Hafiz Suip menjadikan namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam bidang nyanyian tanah air.
Selepas menjuarai pertandingan Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) lalu, Hafiz terus mencipta nama menerusi lagu-lagu popular seperti Awan Nano serta duet bersama penyanyi wanita popular, antaranya terbaharu adalah Ernie Zakri untuk lagu Berakhirlah Pencarianku. Dalam kehidupan peribadi pula, Hafiz, 31, yang berkahwin dengan Nureffy Jasreel Abdullah, kini bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayne. Mengakhiri 2021 yang baru seminggu berlalu, Hafiz dengan kerjasama Alternate Records & Talents berjaya melahirkan single solo berjudul Takluk Cinta.
"Saya bersyukur kerana selepas melalui pelbagai rintangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun, single ini berjaya dihasilkan. "Menariknya, lagu ini adalah runut bunyi (OST) untuk sebuah drama di slot Samarinda TV3 bertajuk Saat Kau Takluk Cinta Ini. "Lagu istimewa ini dihasilkan secara gabungan oleh Ikhwan Fatanna bersama Iqie Hugh dan lirik juga ditulis oleh mereka berdua," katanya.
|
AcikBuncit replied at 12-1-2022 09:54 AM
Nampak busuk pulak bila dah kurus
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.048015 second(s), 35 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.