CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Menganjing? Sedar Diri Boleh? Dari Mana Datang? Asal Usul? Dari Nothing?”-Vida Perang Lagi Dengan Iqbal

12-1-2022 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5270| Komen: 43

Description: Sejak semalam, portal-portal akhbar tempatan ada melaporkan mengenai hasrat usahawan, Iqbal Zulkefli yang merancang ingin menjadi penaja utama program realiti nyanyian popular tanah air, Gegar Vaganza ...
Sejak semalam, portal-portal akhbar tempatan ada melaporkan mengenai hasrat usahawan, Iqbal Zulkefli yang merancang ingin menjadi penaja utama program realiti nyanyian popular tanah air, Gegar Vaganza pada musim akan datang.


Tidak terhenti disitu, Iqbal juga dilihat sekali lagi memberikan reaksinya berhubung isu berkenaan menerusi ruangan komen di Instagram portal berita, Mstar yang memuat naik artikel mengenai dirinya.

Menurut Iqbal, dia amat menghormati pihak penaja yang menaja program tersebut ketika ini, namun, dia sebolehnya tidak mahu disamakan dengan penaja-penaja yang terdahulu.

Foto: IG

Katanya lagi, dia tidak akan mengambil kesempatan dengan sengaja mencipta kontroversi semata-mata ingin memajukan perniagaannya di program popular itu.


Meskipun tidak menyebutkan nama mana-mana pihak, namum, kenyataan tersebut nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati usahawan, Datuk Seri Vida.

Jelas Vida, kenyataan yang diberikan oleh Iqbal itu seakan-akan seperti ingin ditujukan kepadanya.


Malah, dia juga turut menyifatkan Iqbal sebagai lupa daratan kerana sebelum ini dia yang banyak membentuk Iqbal untuk berhadapan di kaca televisyen.

“Hello apa masalah kamu ni? Nak menganjing? Sedar diri boleh? Dari mana datang? Asal usul? Dari nothing?

“Aku dah tabur macam-macam ilmu bagai. Kalau bukan sebab aku, kamu ingat ada orang nak pandang kamu,” tulisnya.



Respon tersebut dikongsikan sendiri oleh Datuk Seri Vida menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Vida turut menegaskan tidak ada seorang pun yang boleh pertikaikan mengenai caranya menjalankan bisnes kerana dia mempunyai hak untuk berniaga di mana-mana platform sekalipun.

“Kamu ingat lagi tak dulu nak masuk tv takut-takut. Kecut batu aku support. Bagi ilmu tunjuk cara. Tak payah nak tunjuk bijak pandai hakikatnya kamu cedok ilmu dan cara aku.

“Aku nak berniaga segenap penjuru ke, sampai planet Marikh ke itu aku punya fasal. Itu passion aku. Tak susahkan kamu. Dasar kacang lupakan kulit,” ujarnya lagi.



Sekadar informasi, sebelum ini Datuk Seri Vida pernah menjadi penaja utama program Gegar Vaganza untuk beberapa musim.

Malah, beberapa hari lalu, Vida turut mengkritik pihak Gegar Vaganza 8 (GV8) secara terbuka kerana menyingkirkan grup duo Sa. Ya yang dianggotai oleh pelawak Saiful Apek dan Yassin. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 12-1-2022 08:31 AM
Situasi bila tahi dah xnampak macam coklat
Quote akuHavocczz 12-1-2022 08:37 AM
rindu tapi tak nak mengaku
Quote nakkomenjugak 12-1-2022 08:40 AM
Go get a room laa korang ni.
Lepaskan berahi rindu dendam yang terpendam
Quote dudaberhias 12-1-2022 08:45 AM
demi mengekalkan publisiti sesama sendiri... reply la sesama sendiri gittewwww
Quote KamikuP 12-1-2022 08:53 AM
Bila 2 ketoi sskjp berkelahi serabuk perut makan tahi puii
Quote buragazz 12-1-2022 08:55 AM
Hok tino gersey.. hok jate punai merenyam.. pastu buat semak dalam socmed.. dari semalam lalu kat FB semak la...
Quote Mamason 12-1-2022 09:01 AM
Sesungguhnya cinta dan rindu itu sgt pahittttttt utk diluah...gitewwwww
Quote manehnya 12-1-2022 09:21 AM
ini ke yg dinamakan BENCINTA? benci tp cinta? atau benci dan cinta?

Quote laksmanabentan 12-1-2022 09:26 AM
buragazz replied at 12-1-2022 08:55 AM
Hok tino gersey.. hok jate punai merenyam.. pastu buat semak dalam socmed.. dari semalam lalu kat FB ...

hok jate terkemut kemut... hahahaha....
Quote putput 12-1-2022 09:26 AM
ketingalan bas.. bukankah sekejap dulu mereka... sekarang apa ya?
Quote buragazz 12-1-2022 09:29 AM
laksmanabentan replied at 12-1-2022 09:26 AM
hok jate terkemut kemut... hahahaha....

Kan... rengsa aku kejap2 lalu kat wall..
Quote laksmanabentan 12-1-2022 09:33 AM
buragazz replied at 12-1-2022 09:29 AM
Kan... rengsa aku kejap2 lalu kat wall..

ko mesti dulu suka like2 IG dia kannn...
baik ngaku... tu yang kejap2 lalu kat wall tu kannn...
hahahahhahaaa.....
Quote buragazz 12-1-2022 09:39 AM
laksmanabentan replied at 12-1-2022 09:33 AM
ko mesti dulu suka like2 IG dia kannn...
baik ngaku... tu yang kejap2 lalu kat wall tu kannn...
ha ...

Euww... puhlisss.... biasanya aku masuk sebab nak mencerca gitcheww...
Quote winky1 12-1-2022 09:42 AM
Tak payah lah nak kecoh. Our past decisions and choices ni nenek vida kdg adalah reflection kita juga. So behave lah. Bitter sungguh dia ye.  Family iqbal mesti lega tak beripar atau bermenantu kan nek. Iqbal tu klu terok pun, muda lagi... Nenek ni apa hal.
Quote chandrahusin 12-1-2022 10:02 AM
buat drama la
isi slot pukul 7
boleh kupas cerita ni dgn lebih mendalam
mesti trending
harap Dato A Aida ke Micheal Ang ke baca ni
Quote mummydarling 12-1-2022 10:06 AM
ya ampunn anju pon join the groupp how laaaa
Quote AcikBuncit 12-1-2022 10:21 AM
Dia tag team ngn anju skang smate2 nk laharkan si iqbal tu ke hahaha anju mulut longkang sume org tau. Tp vida, ko rilex2 dh la.. Memang dia blaja sume dr ko tp dia xmention pn nama ko dlm posting tu kan. Ko nk bitter sgt kenapa.. Kalo dia xpost cmtu pn, mmg sume org tau ko over gila mse jd penaja dlu.. Masa cinta, kemain sgup buat macam2 korg ni..
Quote Adrif 12-1-2022 11:43 AM
mummydarling replied at 12-1-2022 10:06 AM
ya ampunn anju pon join the groupp how laaaa

if you can't fight them, join them

gituu
Quote fifie_olin 12-1-2022 11:47 AM
ko kawin je la dgn acik ni kebal
leh gado selalu atas katil

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.207347 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top