CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Afieq Shazwan Trauma Dengar Guruh Dan Hujan

12-1-2022 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 953| Komen: 5

Description: Memulakan langkahnya dalam karier seni sejak kanak-kanak pada 2008, ternyata ia membuahkan hasil buat Afieq Shazwan ketika ini. Diam tak diam, kini usianya sudah mencecah 25 tahun.
Memulakan langkahnya dalam karier seni sejak kanak-kanak pada 2008, ternyata ia membuahkan hasil buat Afieq Shazwan ketika ini. Diam tak diam, kini usianya sudah mencecah 25 tahun.


Bukan lagi anak kecil dan remaja yang masih lagi mencari-cari arah hidup, Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros, hanya mahu mensyukuri segala rezeki yang datang.

Namun, melalui pengalaman bencana banjir yang melanda kawasan kediamannya di Klang, Selangor pada 18 Disember, tahun lalu, penyanyi lagu Lelaki Di Telefon ini mengakui dia kini trauma dengan hujan dan bunyi guruh.


Foto: IG

"Sejujurnya kalau nak cakap pasal trauma, memang ada sedikit terutama ketika hujan atau bunyi guruh. Rasa bimbang di hati akan muncul walaupun terkawal sebab kena berjaga-jaga.

"Namun, saya tak fikirlah sampai nak berpindah ke tempat lain kerana rumah itu sudah didiami sejak kecil. Malah mama saya, Puan Noor, 70, (nenek) pun menetap di situ lebih 30 tahun dan tidak pernah kena banjir sebelum itu.

"Jadi, kejadian banjir yang berlaku itu sudah ditetapkan Allah. Kita sebagai hamba-Nya harus akur menerima ketentuan takdir kerana kalau Allah kata jadi, maka jadilah. Semua itu atas izin Allah juga," katanya.



Menurut Afieq, dia kini memperbaiki serba sedikit barangan di dalam rumahnya yang rosak seperti almari dan kabinet dapur yang diperbuat daripada kayu. Katanya, dia bersyukur barangan elektrik seperti peti sejuk dan mesin basuh masih baik serta boleh diguna lagi.

Berbicara pula mengenai kerjaya nyanyiaannya yang semakin mendapat perhatian, Afieq berkata dia berterima kasih kepada semua peminat yang menyokongnya. Katanya, dia memang tak sangka semakin diterima baik.



"Tak dinafikan selepas merakam semula lagu Malam Semakin Dingin nyanyian asal kumpulan Spin secara duet dengan Tajul, bakat nyanyian kami jadi perhatian. Memang saya tak sangka.

"Kemudian, saya ditawarkan pula buat 'cover' lagu Layu Di Hujung Mekar dendangan kumpulan Rio. Tapi, pengurus saya cadangkan lebih baik dirakamkan semula untuk versi 2021.

"Sekali lagi, saya tak sangka lagu itu juga mendapat sambutan baik daripada pendengar. Sama seperti Malam Semakin Dingin, lagu Layu Di Hujung Mekar turut berjaya 'trending' muzik di YouTube Malaysia," katanya.



Sehubungan itu, muzik video lagu Layu Di Hujung Mekar nyanyian Afieq hingga kini sudah mencatat 3.5 juta tontonan sejak dimuat naik di YouTube FMC Music kira-kira sebulan lalu.

Manakala, muzik video lagu Malam Semakin Dingin bersama Tajul pula sudah mencatat 20 juta tontonan di YouTube dalam tempoh tiga bulan. Bagi Afieq, dia hanya mampu bersyukur dengan rezeki Allah buatnya.


"Segala perancangan daripada Allah adalah terbaik. Dalam kedukaan saya alami akibat bencana banjir itu, Allah ganti dengan rezeki yang lain buat saya iaitu karier nyanyian semakin diterima ramai.

"Kalau sebelum ini mungkin kerjaya nyanyian saya kurang menyerlah berbanding lakonan dan pengacaraan, sekarang nampaknya tiga cabang seni yang saya terokai ini sudah bergerak seiring. Syukur alhamdulillah," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 12-1-2022 08:22 AM
Aik.
Wartawan cari pun leh salah bod ke?
Quote Mooverine 12-1-2022 08:29 AM
bukan awak ja trauma.. saya pun macam trauma ni.. hujan non-stop dari semalam, terus malam tadi tak dpt tidur balik-balik check luar rumah takut banjir.
sebelum ni, saya tak la peduli sangat kalau hujan lebat non-stop tapi bila tengok apa berlaku last month, automatik sekarang kalau hujan lebat memang terus cemas
Quote kucingitam 12-1-2022 08:59 AM
besar dah budak epit ni...
Quote dudaberhias 12-1-2022 10:23 AM
ok... takde la trauma tapi perasaan risau tu tetap ada...
Quote Adrif 12-1-2022 11:49 AM
Mooverine replied at 12-1-2022 08:29 AM
bukan awak ja trauma.. saya pun macam trauma ni.. hujan non-stop dari semalam, terus malam tadi tak  ...



tengah nyenyak tido, dengar hujan turun tengah malam. terus isi angin swimming pool budak2 ni
dia punya risau tu..
kalau apa2 jadi, campak budak2 kecik ni dalam swimming pool terapung  

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.055276 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top