CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayangan Berlegar-Legar, CCTV Rakam Bayangan Malaikat Maut?

11-1-2022 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4020| Komen: 19

Description: Brasilia: Sebuah rakaman kejadian rompakan di sebuah stesen minyak memaparkan satu imej bayangan berlegar-legar di sekitar dua penjenayah sejurus sebelum mereka ditembak mati oleh polis, menjadi tular ...
Brasilia: Sebuah rakaman kejadian rompakan di sebuah stesen minyak memaparkan satu imej bayangan berlegar-legar di sekitar dua penjenayah sejurus sebelum mereka ditembak mati oleh polis, menjadi tular di laman media sosial.


Lapor Daily Star, beberapa pengguna media sosial mendakwa imej bayangan itu merupakan Grim Reaper atau malaikat maut.

Sesetengah pihak menganggap figura Grim Reaper muncul sejurus sebelum seseorang meninggal dunia untuk mengambil jiwa mereka. 


Foto: Newsflash
 

Menurut pengguna media sosial, kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu merakam kelibat hantu itu.

Video yang dimuat naik di YouTube menunjukkan dua perompak berkenaan menunggang motosikal mereka menuju ke stesen minyak di Moju, Para, utara Brazil pada malam Tahun Baharu.

Rakaman itu menunjukkan perompak tersebut memberhentikan motosikal di sebuah pam agar individu di belakangnya boleh turun. 

Kedua-dua perompak itu kemudian merompak tiga orang termasuk dua pekerja di pam stesen minyak tersebut.

Mangsa dilihat tidak bergerak dan mengangkat tangan ketika perompak mengambil barang-barang milik mereka.      

Satu kelibat bayangan misteri di hadapan kedai serbaneka di stesen minyak itu dikatakan seperti mengintai dan bergerak seolah-olah mengawasi tindakan perompak tersebut.

Beberapa pengguna media sosial mendakwa imej tersebut sebagai Dark Angel of Death yang datang untuk mencabut nyawa dua perompak berkenaan. 

Sementara itu, NewsFlash melaporkan kejadian tembak menembak berlaku selepas perompak tersebut enggan menyerah diri apabila ditahan polis. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hatida 11-1-2022 11:56 AM
nak tengok video nyaaa...
Quote cikatilia 11-1-2022 12:02 PM
Hatida: nak tengok video nyaaa...


https://www.dailystar.co.uk/news/world-news/cctv-captures-shadowy-image-death-25894905
Quote mamajawie 11-1-2022 12:16 PM
hape aku x nampak pape pun..
Quote alongweeda 11-1-2022 12:30 PM
dkt pintu kedai bayang2 tu
Quote Simunggu 11-1-2022 01:19 PM
cctv glitch ja tu...lalat terbang on camera
Quote ctaz 11-1-2022 08:18 PM
ate....
mane ke video nyer
Quote tumpanglalu74 11-1-2022 08:28 PM
0_PAY-Newsflash-ThievesBra-04.jpg
Quote dani-rox 11-1-2022 10:28 PM

Grim Reaper Florida dan NZ aman2 jah living the life















Quote tumpanglalu74 11-1-2022 10:37 PM
dani-rox replied at 11-1-2022 10:28 PM
Grim Reaper Florida dan NZ aman2 jah living the life

grim-reaper-funny-saying-sad-death-sticker.jpg
Quote dani-rox 11-1-2022 10:40 PM




Quote tumpanglalu74 11-1-2022 10:49 PM
dani-rox replied at 11-1-2022 10:40 PM

612xVbqi-+L.jpg
Quote gigahertz 12-1-2022 12:17 AM
Hatida replied at 11-1-2022 03:56 AM
nak tengok video nyaaa...

Kucing i mati 1 / 1 / 2022
setahun sebelum iaitu pada 31/12/2020
ada satu video kucing i dia nak gi dapur.
i ada kat dapur. tapi dia diri tepi tu statik
dia tenung macam nampak sesuatu.
Quote tumpanglalu74 12-1-2022 12:46 AM
gigahertz replied at 12-1-2022 12:17 AM
Kucing i mati 1 / 1 / 2022
setahun sebelum iaitu pada 31/12/2020
ada satu video kucing i dia nak  ...

Death ney memang malekat maut.  My aunt terjerit2 kata "JANGAN!!!  Pegi! Pegi!" juz before dia mati.  My other aunt was with her & told us about it.
Quote Tinot7 12-1-2022 01:13 AM
gigahertz replied at 12-1-2022 12:17 AM
Kucing i mati 1 / 1 / 2022
setahun sebelum iaitu pada 31/12/2020
ada satu video kucing i dia nak  ...

Takziah....
Quote Tinot7 12-1-2022 01:19 AM
Iols bayangkan siri supernatural

[youtube]Gw41mxrjfqo[/youtube]
Quote Mary_jane 12-1-2022 10:19 AM
Ini i jumpa kat youtube. Grim Reaper bukan berupa 3 monsters dalam Hellbound. Oh my cerita tu.


[youtube]pyUPu1TyN24[/youtube]
Quote jazaa100 12-1-2022 10:40 AM
Edited by jazaa100 at 12-1-2022 10:41 AM

My uncle dia meninggal subuh, mlm tu waktu Isyak, dia suruh anak dia bukak pintu ada 'org' nk masuk.....masa tu dorang kat tingkat atas....ank dia ni tak paham....

Waktu subuh masa dia nazak tu....dia sempat tunjuk isyarat tgn tuunjuk keatas menunjukkn dia nak pergi..... Naik ke langit....masa tu dia dah tak blh cakap dahhh......
Quote mama_cat 12-1-2022 10:59 AM
kawan laki aku cerita masa makcik dia nak meninggal, seminggu dua sebelum dia suruh bukak lampu, sbb takut ada gangguan katanya, malam dia meninggal, dia suruh tutup lampu, tapi bila depa jumpa mendiang, anak mata tarik ke atas, tangan mcm menepis sesuatu.. depa ni cainis, so depa percaya la maybe makcik ni dah buat something against their belief.. tapi as Muslim, kami diam ja la, dgr ja... but deep down we know la kan malaikut maut datang menjemput..  
Quote edayildiz 12-1-2022 11:06 AM
xnmpak sgt pun..tp kan brazil byk menda x elok jer dr elok..mcmana la bff i blh berkenan org situ..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.069101 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top