CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raih Simpati - Scammer Curi Gambar Anak Orang Mohon Sumbangan

11-1-2022 10:40 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 1251| Komen: 9

Description: Menangguk di air keruh!

Menangguk di air keruh!

Seorang pengguna Twitter, phena29 membongkar taktik penipuan itu di Twitter apabila seorang individu menggunakan gambar bayi berserta alasan sakit demi mendapatkan sumbangan dan simpati daripada orang ramai.


Individu tidak bertanggungjawab itu menggunakan gambar bayi rakannya untuk mengaut keuntungan mudah. 

Scammer tersebut menggunakan nama Twitter aaashhhhhh_ dan membuat bebenang di Twitter memohon sumbangan orang ramai untuk rawatan 'anaknya' seorang bayi istimewa yang  mempunyai penyakit jantung dan tiroid.



Namun, sebaik taktiknya terbongkar, penipu itu sudah menutup akaunnya. 

Kredit : Twitter @phena29

Sementara itu, ibu kandung bayi itu juga telah membuat laporan kepada pihak polis Balai Serdang, Bandar Bharu, Kedah pada Ahad lalu untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.


Kredit : Twitter @phena29

Zaman sekarang ni pelbagai kaedah penipuan sanggup dilakukan individu tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan atas kebaikan rakyat Malaysia.  

Oleh itu orang ramai dinasihatkan selidik terlebih dahulu sebelum menyumbang kepada akaun persendirian seumpamanya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 11-1-2022 11:05 AM
sngnyee buat duit
Quote Mooverine 11-1-2022 11:38 AM
bukan setakat bayi, gambar kucing dan anjing sakit pun kena curi scammer.
Quote cikatilia 11-1-2022 11:44 AM
sebab tu jgn senang2 upload pix anak kesana kemari.. nak nak acccount tu public
Quote AKAZ85 11-1-2022 01:53 PM
kemain ramai kakyung nampak orang share, retweet kat twitter.. agaknya dah kaut berapa ribu laaa mangkuk ni kan...celaka betul..senang betul ko buat duit
Quote Artemesiaa 11-1-2022 01:54 PM
Macam2 cara mereka gunakan hanya untuk menipu sebab tu elok siasat dulu benar tidaknya
Quote lo_la 11-1-2022 02:02 PM
Senangnya. Tak faham orang yg takde conscience ni.
Quote cyber_mania 11-1-2022 02:10 PM
Wah. Senang nya buat duit. Ni la kan. Kalau jenis taip twitter / fb panjang2, buat karangan bagai. Pembohong belaka. Semoga sakit perut memulas2 sampai bila2 sbb makan duit harom.
Quote Minami2013 11-1-2022 02:14 PM
Kat fb pun ada scammer mcm ni.
Quote Shazid 11-1-2022 02:26 PM
Macam2 lah....sng2 buat duit

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.185385 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top