CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asyik Keluarkan Duit KWSP, Risiko Hidup Miskin Selepas Bersara

11-1-2022 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4573| Komen: 58

Description: Isu pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih lagi hangat diperkatakan apabila ada sesetengah pihak mendesak kerajaan supaya membenarkan pengeluaran tersebut untuk kali ket ...
Isu pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih lagi hangat diperkatakan apabila ada sesetengah pihak mendesak kerajaan supaya membenarkan pengeluaran tersebut untuk kali ketiga menerusi i-Citra.


Mereka mendakwa, pengeluaran sebanyak RM10,000 secara one-off itu mampu meringankan beban mangsa banjir yang terkesan baru-baru ini di samping kesan daripada Covid-19.

Desakan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasakan pengeluaran KWSP tidak perlu kerana Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sudah pun memadai untuk membantu mereka yang terkesan dengan bencana alam.


Gambar Hiasan


Memang benar wang daripada KWSP itu adalah milik rakyat, namun mereka seharusnya berfikir panjang, malah menilai sebaiknya keputusan yang ingin dibuat.

Seperti yang kita sedia maklum, KWSP ditubuhkan pada tahun 1951 sebagai simpanan hari tua pekerja negara.

Namun, buat pertama kali dalam sejarah, kerajaan telah mengadakan program pengeluaran khas i-Lestari pada tahun 2020 sebagai usaha membantu ahli KWSP mengatasi kesan Covid-19 ke atas ekonomi.

Ia kemudiannya disusuli dengan i-Sinar dan i-Citra.

Justeru, seusai pelaksanaan ketiga-tiga program ini, berapakah simpanan kita yang masih berbaki di KWSP? Inilah hakikat yang begitu pahit untuk kita telan. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kyrana 11-1-2022 09:02 AM
Hasil isinar icitra sebelum ni ramai je org pandang ke depan dia boleh je tambah aset kalau takde keperluan lain untuk guna.

Ada org beli tanah..tambah dinar dirham. Belum lagi yang bersusun pergi kedai emas.
Quote KamikuP 11-1-2022 09:15 AM
Bagi je la one off 10k duit kitaorg bukan duit kamu pun. OO rasuah bole pulak ye.. ini mmg vavi
Quote cikatilia 11-1-2022 09:38 AM
yg ckp semua sejenis duit berkepuk2..

nak surug berhutang2 ujung2 org xmampu bayar jadi apo?
Quote ifanonline 11-1-2022 09:38 AM
I am curious, rakyat Malaysia ni tak pandai menabung sendiri ka?
Quote Simunggu 11-1-2022 09:44 AM
Edited by Simunggu at 11-1-2022 09:45 AM

kalau mati sebelum bersara...mati kempunan, padahal masa sebelum 55thn adalah masa anak anak masuk uni, masih bersekolah ...duit diperlukan sangat...60thn keatas anak anak dah kerja & berkeluarga mereka pun tak perlu duit kita lagi, kita pula nasib baik ja kalau masih hidup..
Quote stingerkaypoh 11-1-2022 09:45 AM
Byk yg guna separuh.. baki masuk kat instrumen lain.
Quote hotmak 11-1-2022 09:47 AM
kalau dibenarkan, harap gunalah sebaiknya, klu untuk golongan terjejas terutama mangsa banjir, mmg patut lah dorang mintak, 10k tu bukan byk pun klu dah rumah habis total lost

jgn lah yg tak terjejas ni gatal withdraw beli motor tukar sport time atau menikah baru tu tak bolehlah
Quote chandrahusin 11-1-2022 09:48 AM
cerita psl i-sinar, i-lestari & entah apa i lagi
kwn aku bgtau dia nak buat rumah RM70k
hasil tabungan keluar kwsp ni lah
+ sikit2 duit yg dia ada
nasib kita tak sama
yg senang Alhamdullillah
tapi ramai yg susah luar tu
asal kan bukan jenis meminta2 duit org lain
Quote 234126 11-1-2022 10:13 AM
Kwn iol withdraw kwsp walau tak terkesan sgt pun   jadi ongkaya baru terus feeling new money. Padahal hutang je keliling pinggang. Tambah monthly comitment  kaya apo. Tak paham iol. Iol withdraw byr lumpsum yang mana installement ada. Nampak la miskin sebab tak belanja sakan biar la nampak miskin janji hutang habis. Hidup aman tak payah serabut nak keja mcm robot ke tua.  Sekarang ni iol top up sikit2 duit kwsp tu manually.

Kerajaan dah pakai buat rolling la tu, punya kering tak mahu pertimbangkan langsung. Kalau tak one off 10k pun bagi 5k ke atau 1k sebulan pun ok dah. Duit kita bukan duit loan. Orang yang tak banjir pun terkesan jugak. Opis naik air. Project sangkut. Ingat rumah je tenggelam? Bagi la nasihat kat rakyat untuk top up balik duit kwsp. Buat kempen. Bukan tak boleh. Tapi saja sebab duit tu mmg dah takda la tu
Quote misc 11-1-2022 10:34 AM
Kalau gaji sikit makan tahun jugak nak kumpul 10k kat kwsp. Ni kalau dah withdraw jap je habis. Harap pandai2 la berjimat supaya masa tua nanti tak susahkan org sekeliling.
Quote angelofish 11-1-2022 10:35 AM
kalau tak keluarkan.jadi kaya ke masa tua? lawan miskin adalah kaya
Quote zacks 11-1-2022 10:38 AM
Hari tu aku ada usulkan kat kerajaan suruh buat KWSP TIERED DIVIDEND. Pencarum yg kaya raya ada simpanan >RM10k tu, 2-3% dari simpanan depa disalurkan kepada pencarum yg simpanan <RM10k.

Close the gap antara rich & poor kekdahnya.

Tapi habis aku kena kecam kat fb sana.
Quote miss_baby 11-1-2022 10:50 AM
zacks replied at 11-1-2022 10:38 AM
Hari tu aku ada usulkan kat kerajaan suruh buat KWSP TIERED DIVIDEND. Pencarum yg kaya raya ada simp ...

ambik duit pencen gomen la sumbang kat yg miskin
Quote natrahn 11-1-2022 10:57 AM
sekarang pun dah miskin sebab tu nak one off 10k...
Quote umbut 11-1-2022 11:09 AM
Betullah.. Dah bagi keluar nak keluar lagi dan lagi dan lagi.. Cukuplah.. Lama2 licin.
Quote umbut 11-1-2022 11:13 AM
zacks replied at 11-1-2022 10:38 AM
Hari tu aku ada usulkan kat kerajaan suruh buat KWSP TIERED DIVIDEND. Pencarum yg kaya raya ada simp ...

Manyakkkk cantikkkk.. Memang patut kena kecamm..
Quote Nenolen 11-1-2022 11:24 AM
bagi jer lah...ingat rakyat suka suki joli ker...segelintir jer yg mcm tu...dan yg segelintir tu ler yg suka pulak flex kat socmed...ramai jer yg berhemah tapi tak flex kat socmed...kaka guna duit tu tanggung pengajian anak2 kat uni hokey...kaka tak amik ptptn (nie kaka flex kat forum)...tak dak makna nya rakyat jadi beruk dpt bunga...perghhhh
Quote novlin 11-1-2022 11:36 AM
habis tu dorang yg susah skrg tim muda ni sapa plak yg tolong?
tak ada jugak kan?
so bg je la dorg duit dorang tu...
dah tua nanti pandai la dorang nak survive cmana...
Quote ninja boy 11-1-2022 11:39 AM
Pekerja swasta xde joli wang kwsp,  hujung2 utk repair kereta bayar loan anak nak sekolah, kalau lihat keliling terdapat jurang kaya miskin

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.055078 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top