CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hebat Bergaya Ke Sekolah- Anak Darjah Tiga Minta Beg Gucci, Mak Ayah Terus Belikan

11-1-2022 08:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14163| Komen: 258

Description: Ketika kanak-kanak seusianya berusaha memujuk ibu bapa membelikan beg jenama Smiggle, Muhammad Qalish Muhammad Zaki pula tampil lebih bergaya ke sekolah dengan beg Guccinya..
Ketika kanak-kanak seusianya berusaha memujuk ibu bapa membelikan beg jenama Smiggle, Muhammad Qalish Muhammad Zaki pula tampil lebih bergaya ke sekolah dengan beg Guccinya..


"Bila anak hang darjah tiga dah minta beg Gucci," tulis ibu kanak-kanak berkenaan, Siti Rahaizah Ramli, 33, di media sosialnya.



Bercakap kepada mStar, wanita yang lebih mesra dengan nama Eyza Zakiey itu berkata, anak kesayangannya itu sememangnya kurang meminati beg dipenuhi gambar kartun seperti kanak-kanak lain sejak kecil lagi.

Malah, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu juga cukup mahir dengan barangan berjenama termasuk kereta.


"Dia memang dari kecil tak minat beg kartun, mungkin sebab dari kecil dah terbiasa macam ni dan dia memang dah kenal dengan jenama-jenama ni, macam LV, Gucci, Prada, Chanel. Tambah kalau bab-bab kereta, semua jenis kereta dia kenal horse power berapa semua dia tahu," katanya.

Berminat dengan beg jenama yang digunakan bapanya, Qalish, kemudiannya meminta beg yang sama untuk digunakan ke sekolah.



"Dia cakap beg lama dia 'panjang' (besar) sampai punggung, jadi dia nak juga beg Gucci macam papa dia.

"Kasut pun sama... selalu kami beli kasut dewasa dekat dia tapi saiz paling kecil. Beg tu pula, kebetulan masa tu kami tengah shopping, tu yang dia minta belikan dia beg baharu.

"Jadi kami pun belikan saja. Tak apa la, kita kerja keras untuk anak-anak juga," katanya yang mempunyai perniagaan kosmetik jenama sendiri, Perfectus Cosmetics.

Anak tunggalnya itu bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa di Alor Setar, Kedah.




Mengakui dia sendiri tidak pernah merasa hidup 'dimewahkan', Eyza berkata dia tidak ingin ambil pusing dengan komen-komen negatif yang ditinggalkan sesetengah individu di ruangan komen video tersebut.

Katanya, dia tidak nampak sebarang kesalahan untuk berkongsi rezeki yang dikurniakan Allah SWT untuk ahli keluarga dan membahagiakan keluarganya.

"Saya tak kisah apa orang nak kata, lain orang lain caranya.

"Dulu saya susah, saya tak dapat merasa semua ni, sekarang saya buat bisnes jual foundation RM5. Alhamdullilah dengan izin Allah, kami berjaya sehingga ke tahap sekarang, walaupun masih ikan bilis, saya bangga dengan diri sendiri sebab ini semua atas hasil titik peluh sendiri," katanya, menambah bag tersebut dibelinya pada bulan 11 yang lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asudau 11-1-2022 08:24 AM
Edited by asudau at 11-1-2022 08:26 AM

dah agak, mak bapak founder mekap timbang kilo..

Quote stingeritters 11-1-2022 08:25 AM
Edited by stingeritters at 11-1-2022 08:28 AM

Pengetua2 sekolah harus peka dgn trend sebegini...harus made known to parents that while they dont encourage students  to bring expensive items into school...the school will also not be responsible for any  loss or damage of those items while in the vicinity of the school...
Quote bulalof 11-1-2022 08:26 AM
kira satu kejayaan hebat ke ni?

harap2 tak melingkup dlm pelajaran.
Quote Simunggu 11-1-2022 08:28 AM
ada rezeki lebih bagi anak lah....jangan bagi GRO sudah...
Quote haruslah 11-1-2022 08:30 AM
Oooooo founder
Patut la....
IS xkan nak guna beg swan lak (ade lg ke)
Tp i sokong je keja keras utk anak2
Kalau x, utk sape lg kannnn
Quote tukul 11-1-2022 08:31 AM
Meriak aje kerjanya ye...nak jugak letak content..nak satu dduniaa tau makpak kaya
Quote green~tea 11-1-2022 08:31 AM
As we scroll down the news content, mcm tertunggu2 statement "last but not least"

Wait for it... wait for it....

Tadaaa...

Ternyataaaa founder timbang kilo or jual popcorn jerhhh
Quote angelofish 11-1-2022 08:33 AM
anak kecik tu tahan ke kecaman .mak bapak bodoh lapar perhatian
Quote Thunderclouds 11-1-2022 08:35 AM
haruslah replied at 11-1-2022 08:30 AM
Oooooo founder
Patut la....
IS xkan nak guna beg swan lak (ade lg ke)

Ada lg jenama swan tu. Lama btoi dh. Dr zmn acik sek lg dh ada.
Quote asudau 11-1-2022 08:36 AM
kalau dari lahir suka beg berjenama, kenapa darjah 3 baru mintak kan..haha

nengok fatima, pi cucuk sebulan dah ada beg goyard
Quote matchstick 11-1-2022 08:36 AM
Dh agak..jenis yg baru merasa 'kaya' je suka meriak gini
Quote Thunderclouds 11-1-2022 08:40 AM
I borong beg kt decathlon ja utk ank2 bwk p sek & sek agm. Murah & tahan lasak. Beg paling mahal ank2 pakai brand karrimor rega 80henggett..brand smiggle manggle ni i tatau
Quote sranua 11-1-2022 08:41 AM
Seb baik anak aku minat barang Korea, beli beg Korea je lah. Atas mak bapak jg sebenarnya nak bentuk anak ni mcm mana, dan dalam kemampuan. Sekolah antarabangsa ni agaknya kurangla kot kaki buli mental.....ye lah semua org kayo...citer cuti level swiss, london, hong kong.....xde la nak sebut kampung kami ceruk tok kun...kg bendang raja,,khennn.
Quote kechikchomel 11-1-2022 08:45 AM
anak2 Bill Gates dulu pergi sekolah pakai beg apa?
Quote kucingitam 11-1-2022 08:46 AM
asudau replied at 11-1-2022 08:24 AM
dah agak, mak bapak founder mekap timbang kilo..

hahahah...sama..yg peghak semua nak menunjuk kekayaan ni kebanyakkannya founder timbang  kilo..takpun MLMers
Quote kucingitam 11-1-2022 08:48 AM
stingeritters replied at 11-1-2022 08:25 AM
Pengetua2 sekolah harus peka dgn trend sebegini...harus made known to parents that while they dont e ...

mmg ada sis peraturan sekolah gitu..sekolah anak aku pakai pensel picit pun takleh..semua pakai pensel kayu ja..
Quote stingeritters 11-1-2022 08:57 AM
kucingitam replied at 11-1-2022 08:48 AM
mmg ada sis peraturan sekolah gitu..sekolah anak aku pakai pensel picit pun takleh..semua pakai pe ...


Yup aku pasti the general rules ttg isu keselamatan dan conformity dah sedia ada disekolah...

Because sekolah seharusnya dijadikhen platform yg terbaik bagi memupuk suasana selamat dan semangat keseragaman dan bukannya utk memupuk nilai nilai kekayangan dikalangan murid murid yg boleh menyebabkheun perasaan prejudice dikalangan mereka....

Quote cmf_premierleag 11-1-2022 08:58 AM
Di mata akak,bag tu buruk ya walau gucci
Yg buatkan bag tu  buruk sbb design (eeuwwww) and design pattern monogram (very tacky)
Tasteless
Quote kyrana 11-1-2022 08:58 AM
Nanti ko mati akan ada soalan ditanya. Nape bazir2 beli beg sekolah anak mahal2.

Lihat semua komen(258)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.065692 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top