CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tujuh Tahun Mengidam, Akhirnya Sufie Rashid Miliki BMW Impian

10-1-2022 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2040| Komen: 12

Description: Sufie Rashid meluahkan rasa penuh syukur apabila berkesempatan untuk membeli kereta mewah jenama BMW yang diidamkan olehnya sejak tujuh tahun lalu.
Sufie Rashid meluahkan rasa penuh syukur apabila berkesempatan untuk membeli kereta mewah jenama BMW yang diidamkan olehnya sejak tujuh tahun lalu. 

Bekas juara Akademi Fantasia 2015 itu menjelaskan tidak timbul rasa riak untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya, dia berkongsi rasa teruja dan sekali gus membakar semangat mereka di luar sana untuk mengejar impian.


Foto: IG

"Alhamdulillah, saya sudah lama sebenarnya menyimpan cita-cita untuk membeli kereta BMW ini. Akhirnya selepas hampir tujuh tahun, tercapai juga impian untuk memilikinya.

"Kereta yang saya pakai dulu sudah dijual untuk membeli kereta idaman ini. Sejak Ogos tahun lalu, saya sudah memiliki kereta ini (BMW), cuma selepas dicantikkan dan sebagainya baru saya muat naik di Instagram.




"Bukan hendak menunjuk-nunjuk atau bermegah, cuma saya teruja kerana dapat memiliki, seterusnya menggunakan kereta idaman ini. 

"Semoga perkongsian ini juga turut menjadi pembakar semangat buat mereka di luar sana, cepat atau lambat pasti akan berjaya juga," katanya kepada Harian Metro.

Sufie memuat naik paparan gambar kereta terbaharu miliknya itu di akaun Instagram.


Penyanyi kelahiran Singapura itu mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Ain yang kini aktif mengusahakan perniagaan sampingannya menjual produk makanan biskut dan sambal sejak pandemik melanda negara.

Penyanyi lagu Aku Sanggup itu ketika dihubungi, memaklumkan dia membawa dan menghiburkan seramai 20 kanak-kanak mangsa banjir di kawasan Jelebu, Negeri Sembilan melawat Zoo Negara di ibu kota.




"Kebetulan, tadi  saya berada di Zoo Negara membawa kanak-kanak yang terkesan akibat banjir. Saya bersama rakan-rakan di bawah kelab BMW merancang untuk membawa 20 kanak-kanak ini berjalan-jalan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-1-2022 09:18 AM
tahniah... tidak ler menunjuk pun kalau bmw model yang ni...
tapi iols rengsa nengok orang tambah2 dekat kereta ni nauzubillah min zalik rasa kalau nampak dekat jalan raya padahal tu keta orang lain... takde kena mengena dengan iols pun... lagi2 yang penuh sticker entah hape ke benda macam meja bebudak sekolah tadika...
Quote redz85 10-1-2022 09:22 AM
alhamdulillah masih ada rezeki... semoga sukses ..

kuih tat nenas mak dia nampak sedap
Quote nanasno 10-1-2022 09:26 AM
la dok eco majestic ka. tak pernah nampak. mungkin aku tak knai sebab tu kalau penah nampak pun tak ingat .
Quote lasagna 10-1-2022 09:49 AM
semak btul org spore kat msia nehh.. ke dah jd warganegara msia?
Quote kucingitam 10-1-2022 10:44 AM
eh tolonglah golongan yang sibuk nak bikin2 bmw ni... bmw tu sendiri dah ada kelas tersendiri, kau tambah itu ini terus downgrade dah mcm rempits je..kau ingat tu maibi ke nak bikin2.. tak classy langsung.
Quote prince_marhaen 10-1-2022 11:05 AM
gittchewww.... sorang lagik warga temasik feeling humble kat Malaysia... baru beli keta dah terus masuk aktiviti kelab bmw eh... hihi...janji dapat up level drpd marhaen temasik ke golongan atas-atas kat m'sia ni kan..
Quote cicicumel 10-1-2022 12:04 PM
apa job dia?
Quote laksmanabentan 10-1-2022 12:09 PM

bantu isteri jual biskut & sambal uollss...
update kat tiktok, marketing gitu...
Alhamdulillah syukur boleh beli BMW dari hasil jual biskut & sambal...
Quote whimsicalmusic 10-1-2022 01:23 PM
kucingitam: eh tolonglah golongan yang sib ...


Ya ampun..mmg ni yg iolls rasa..modified tmbh sana sini trus nmpk buruk rempit yg amat
Quote makadek 10-1-2022 01:49 PM
Bmw so yesterday
Quote matseh 10-1-2022 03:35 PM
Ini BMW F82 M4.
Sapa dia aku pun tak tau. Tapi hats off to her for having a fine taste in cars
Quote KamikuP 10-1-2022 04:25 PM
Mak dia approve ke dia beli keter ni?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.343021 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top