CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sekeping RM39 Ke?" Soalan Bikin Neelofa Geleng Kepala

6-1-2022 01:25 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 8107| Komen: 56|Original author: Cinta Erina

Description: Soalan lucu netizen pasal face mask bikin Neelofa tepuk dahi

Sumber: Instagram neelofaharrisofficial2

Membina satu empayar dalam perniagaan bukan satu perkara yang mudah, dan bukan semua orang mampu untuk menjadi usahawan. Kita semua sedia maklum bahawa ramai usahawan dan peniaga yang mengaku bahawa mereka mempunyai banyak cabaran dan halangan sebelum dapat membina perniagaan yang dikenali ramai. Jenis perniagaan kita pula perlulah selari dengan minat agar kita lebih bermotivasi untuk usaha yang terbaik untuk kembangkan business kita. 

Seperti kita semua sedia maklum, Neelofa memulakan kariernya sebagai seorang artis dan pasti ramai yang tahu tentang kejayaan selebriti cantik seperti Neelofa. Beliau melakar kejayaan pertama dalam pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2010, Neelofa selepas itu mula berjinak dalam bidang perniagaan bersama ibunya. Perniagaan pertamanya ialah Bellavita. 

Mempunyai keturunan Pakistan dan Arab, Neelofa bukan sahaja terkenal kerana kecantikannya, malah dengan kebijaksanaannya dalam berkata-kata serta hebat dalam menguruskan hal ehwal perniagaan milik sendiri dan juga keluarganya. Selepas mengambil keputusan untuk memakai hijab, Neelofa kini terkenal dengan jenama pakaian dan tudung wanita Muslimah iaitu Naelofar Hijab.

Apa istimewanya PU Riz? Neelofa cerita saat jatuh cinta - “Dia pendengar  yang baik, lemah lembut dan matang” - Hiburan | mStar
Sumber: Google Image

Neelofa kemudiannya telah membuat kejutan kepada peminat dan netizen setelah hubungannya dengan Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz. Hubungan mereka mula dihidu ramai sehingga mereka berdua telah mengikat ikatan perkahwinan pada Mac 2021 yang lalu. Selepas berkahwin, Neelofa dan Haris kini lebih sibuk menguruskan perniagaan milik mereka berdua iaitu Markaz Tijaari. 

Platform perniagaan baru mereka telah menjual berbagai jenis produk hasil idea mereka berdua termasuklah planner, hand sanitizer dan juga face mask. Terkejut dengan harga face mask yang dipromosikan oleh Neelofa pada live tempoh hari bersama suaminya, ramai netizen yang mempersoalkan harga jualan yang dikatakan terlalu mahal. 


Rupa-rupanya, netizen telah menyalahanggap bahawa harga jualan RM39 yang diberitahu oleh Neelofa itu adalah harga satu keping face mask. Neelofa yang terkejut dengan pertanyaan netizen itu telah menepuk dahi dan menerangkan hal yang sebenar bahawa harga tersebut adalah itu pembelian bagi 20 keping face mask. 

Lucu dengan soalan yang diajukan, PU Riz juga menerangkan bahawa mereka tidak mungkin menjual harga sekeping mask dengan harga yang tidak masuk akal. 

Selepas ini sebelum memberikan komen, para netizen buatlah kaji selidik dulu. Jadi tidaklah Puan Neelofa kesayangan ramai ini terkejut hingga menepuk dahi dek melayan ragam dan kerenah semua.  -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dubuk 6-1-2022 01:27 PM
sini ialah tong sampah
Quote cruz2 6-1-2022 01:31 PM
Nape lately ni content hajah pesen gitu?hari tu psl kononnya netizen salah sebut nama lakinya.ni psl salah phm rege mask pulak.both sampai bertepuk2 dahi hajah kita ni
Quote makadek 6-1-2022 01:32 PM
Diorg ni mmg oppurtunist kan semua benda jual tk lama keperluan bby islamic
Tunggeng jubo selagi boleh


Aku tgh tgk hmi bersama nora ripin
Td dh tgk hmi bersalam ella
Peh baik dia baik peminat sama2 menghargai
Terharu tgk
Quote MatDeghem 6-1-2022 01:32 PM



macha..... sudah makaen?
Quote 3chanceno 6-1-2022 01:53 PM
Edited by 3chanceno at 6-1-2022 01:54 PM

Bod gosip boleh ciduk dari Ig retis & TT takde input eh?  Ramai merata bukak benang based on ciduk dari ig retis di bod nie.

Cari forum tolong marketing barang2 dari kapel terpaling yislamik ke? #tanyajer

Quote stingeritters 6-1-2022 01:55 PM
Tiap kali masuk benang lopak....macam terasa ada air con...tak tahu pasal apa tapi confirm redup sejuk hati jiwa raga serta tubuh....

Quote uori 6-1-2022 02:10 PM
RM39 untuk 20 keping pun masih tak masuk akal
#donekecam #asalkecam
Quote missyL 6-1-2022 02:39 PM
Mahal lg 39rgt 20 keping
Baik beli k94 ke ape ntah kat shopee 10 keping 2.50. Helokkk. Mcm2 kaler ade
Pakai pn buang je.

Quote missyL 6-1-2022 02:40 PM
uori replied at 6-1-2022 02:10 PM
RM39 untuk 20 keping pun masih tak masuk akal
#donekecam #asalkecam

Mmg mahal pn uols
Quote Carcosa 6-1-2022 02:41 PM
Itupun kelakar ke
Quote Kurex 6-1-2022 02:48 PM
Nonggeng agama
Quote Minami2013 6-1-2022 02:55 PM
3chanceno replied at 6-1-2022 05:53 AM
Bod gosip boleh ciduk dari Ig retis & TT takde input eh?  Ramai merata bukak benang based on ciduk d ...

Tak ig, tik tok.. komen2 netizen kat ig artis pun boleh jadi satu thread. Begitu lah level bodgos forum cari skrg ni.

Anyway, publisiti murahan pun still dikira publisiti. Gitu le forum cari ni.
Quote wandacoffee 6-1-2022 03:04 PM
sampah sarap lepas banjir betul la level news ni....aduhaii..dah takde news sgt ke sampai geleng kepala pon nak tepek sini
Quote twins 6-1-2022 03:13 PM
tak payah buang duit beli mahal2 mask makcik ni... yg pntg mask tu cukup syarat...
aku ok jer pakai yg sekotak 50pcs  20 hengget... medical grade lagi..... dah2 lah mengkayakan org sombong ni....
Quote Mooverine 6-1-2022 03:22 PM
Minggu ni minggu Neelofa sedunia ka apa.. banyak news pasal dia dan adik dia.. news yang bosan lagi tu
Quote slyfynx 6-1-2022 03:36 PM
Eh, sibuk TT nk promote.
Nobody gives a flipping f la weh
Quote margo20 6-1-2022 03:49 PM
Aku beli mask dkt 99sp je 50 keping rm5 sbb nk pakai buang je pun
Quote apedehal 6-1-2022 03:51 PM
Bila masa bijak dlm berkata kata ni?agak2 la tt nk buat lawak pun
Quote TeropongThaico 6-1-2022 03:51 PM
Ai cari mask yg mur mur je cukup la. Janji medical grade.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.145861 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top