CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Berapa Glamour,"-Dulu Cipta Lagu Untuk Artis, Kini DJ Fuzz Buat ‘Jingle’ Untuk Usahwan Tempatan

6-1-2022 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1403| Komen: 1

Description: Nama DJ Fuzz sememangnya cukup popular sebagai seorang penerbit muzik yang telah menghasilkan banyak lagu untuk artis popular tanah air.
Nama DJ Fuzz sememangnya cukup popular sebagai seorang penerbit muzik yang telah menghasilkan banyak lagu untuk artis popular tanah air.

Namun ramai tidak tahu dia kini adalah orang penting di sebalik penghasilan nada pesona (jingle) bagi produk-produk popular yang kerap dimainkan di radio dan media sosial.

Biarpun tidak lagi sama seperti dunia glamor sebelum ini, namun DJ Fuzz amat berbesar hati dapat membantu ramai usahawan tempatan meningkatkan lagi jualan produk mereka.


Foto: IG

"Sekitar tahun 2017 perniagaan saya sebagai sebuah syarikat rakaman tidak begitu memberansangkan. Jadi saya ubah strategi mendekati usahawan untuk menghasilkan jingle produk mereka.


"Saya tubuhkan syarikat Mixology Media yang memberi fokus untuk pasarkan produk mereka. Bukan sahaja menghasilkan jingle malah turut mencari mana-mana influencer untuk bantu dari segi pemasaran.

"Jika dilihat dari sudut glamor memang ia tidak seperti dahulu. Namun ia sebenarnya meningkatkan lagi kerjaya saya sebagai seorang penerbit muzik," ujar DJ Fuzz.


Meskipun sudah mempunyai nama besar dalam industri muzik, itu tidak bermakna DJ Fuzz meletakkan harga terlalu tinggi kerana niatnya adalah untuk membantu usahawan tempatan meningkatkan perniagaan mereka.

"Sebagai penerbit untuk seorang artis, lagu tersebut adalah sebagai produk akhir. Namun dalam perniagaan ini, lagu yang saya hasilkan adalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna tentang produk mereka.

"Saya tidak meletakkan harga terlalu tinggi dan apa yang dihasilkan adalah mengikut bajet sesebuah syarikat. Apa guna melabur duit banyak untuk sebuah lagu jika tidak mampu untuk tingkatkan jualan produk.

"Saya lebih senang sekarang ini. Di luar negara ramai penerbit muzik yang telah juga mencipta jingle untuk produk. Kerja baharu ini turut menaikkan lagi kerjaya saya sebagai seorang produser," jelas DJ Fuzz.

Tambahnya lagi penghasilan jingle atau mungkin sebuah lagu penuh adalah pelengkap dalam dalam strategi pemasaran sesebuah produk.

Pengguna kini akan lebih tertarik untuk memberi produk yang mudah mendapat perhatian dan semesti ada lagu yang sering melekat di telinga mereka. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 6-1-2022 11:42 AM
"Saya tidak meletakkan harga terlalu tinggi dan apa yang dihasilkan adalah mengikut bajet sesebuah syarikat. Apa guna melabur duit banyak untuk sebuah lagu jika tidak mampu untuk tingkatkan jualan produk.

"Saya lebih senang sekarang ini. Di luar negara ramai penerbit muzik yang telah juga mencipta jingle untuk produk. Kerja baharu ini turut menaikkan lagi kerjaya saya sebagai seorang produser," jelas DJ Fuzz.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.051270 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top