CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Sokong Lokal! Ini Adalah 5 Permainan Video Buatan Malaysia!

5-1-2022 06:17 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2075| Komen: 3|Original author: Agent13k

Description: Bisnes permainan video adalah satu bisnes yang tak semua orang berani masuk dan bukan untuk orang yang hanya untuk membuat duit sahaja.
Bisnes permainan video adalah satu bisnes yang tak semua orang berani masuk dan bukan untuk orang yang hanya untuk membuat duit sahaja, ianya memerlukan bajet yang banyak dan daya kreativiti yang tinggi untuk membuat permainan video. Jadi, permainan video apa orang Malaysia buat? Ini adalah 5 Permainan Video buatan Malaysia.

Kredit Foto: EpicGamesStore


kredit foto: Steam

Re:Legend adalah game yang peminatnya sudah tentu pernah main "Stardew Valley" dan "Animals Crossing", tetapi elemen Re:Legend memberi nafas baru untuk peminat yang sukakan elemen "RPG" (Role-Playing Game) dan "Farming Simulator". Re:Legend yang keluar pada tahun 2019 dengan sambutan yang agak suam tetapi masih lagi seronok untuk dimain dan banyak perkara yang anda boleh buat dengan game itu.


kredit foto: MMOCulture

Jika anda peminat Godzilla, Kaiju dan seangkatannya, ini adalah game untuk anda. Game ini adalah jenis "PVP" (Player Versus Player) dan "Action-Fighting" yang mempunyai elemen nostalgia dalam game Gigabash, Anda boleh pilih jenis raksasa yang anda suka dan anda boleh berlawan dengan kawan anda dan gunakan persekitaran sebagai kelebihan anda. Game ini masih lagi dalam pembikinan dan akan dilancar pada tahun 2022.


Kredit Foto: Steam

Kalau anda perlukan game yang jenis tembak menembak ala-ala Apex Legend, Call of Duty dan Crysis, Eximius adalah game yang anda perlu main. Game ini juga mempunyai elemen "RTS" (Real-Time Strategy) seperti Company of Heroes jika anda lebih berminat untuk mengarah skuad pilihan anda, Anda boleh pilih pihak mana yang anda suka dan menyertai skuad itu. Eximius mendapat sambutan yang agak baik walaupun ianya masih baru lagi kerana ianya dikeluarkan pada tahun 2021, Eximius boleh menjadi game yang bagus pada masa akan datang dengan kemaskini dalam game tersebut.


kredit foto: Steam
The Company Man adalah game "2D platform" yang mempunyai elemen Castlevania, yang anda seorang perkerja di sebuah syarikat dan anda perlu berlawan dengan orang dalam syarikat dari peringkat Customer Service hingga ke peringkat atas sekali, ianya adalah satu game yang mencabar tetapi reka bentuk peringkat game The Company Man sememangnya bijak.


Kredit foto: Steam

No Straight Roads adalah satu yang amat unik dan boleh dikatakan hampir tiada game yang mempunyai genre game seperti ini, game ini anda adalah seorang ahli musik dan anda perlu menentang ahli musik lain yang cuba buat EDM sebagai genre lagu nombor satu. Anda gunakan musik sebagai senjata anda untuk berlawan dengan musuh anda, game ini mendapat sambutan yang amat baik dan pelbagai elemen Malaysia ada dalam video game ini seperti Dikir Barat dan penggunaan lagu klasik.

Jadi, itu adalah beberapa game buatan Malaysia, harap-harap pada masa akan datang, kita boleh lihat lagi video game yang dibuat oleh rakyat Malaysia lagi. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 5-1-2022 11:41 PM
terbaik TT
Quote anony-mous 12-1-2022 02:08 AM
Re legend dgn the company man tu mcm best jah. I suka interface the company man tu
Quote Supersirap 12-1-2022 11:54 AM
Baru tahu NSR tu developer from Malaysia, popular game tu di Nintendo switch, tahniah diucapkan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.052052 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top