CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jaga-Jaga Senariounion Tak Cukup Ahli, Kenapa Lan Pet Pet Tolak?

5-1-2022 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2190| Komen: 6

Description: Senario bukan satu nama yang asing dalam dunia komedi tanah air. Sebut sahaja nama mereka, automatik babak-babak sitkom lakonan mereka kembali menggamit kenangan peminat.
Senario bukan satu nama yang asing dalam dunia komedi tanah air. Sebut sahaja nama mereka, automatik babak-babak sitkom lakonan mereka kembali menggamit kenangan peminat.


Kini, kerinduan peminat setia kumpulan pelawak ini bakal terubat apabila sebuah filem berjudul Jaga-Jaga Senariunion akan ditayangkan menerusi Astro First tidak lama lagi.

Filem yang menghimpunkan semula barisan anggota asal Senario iaitu Wahid, Azlee, Saiful Apek, Yassin, Hamdan dan Ilya itu telah memulakan penggambaran sejak pertengahan Disember lalu di sekitar Selangor.

Menurut pengarahnya, Aziz M. Osman, keputusan membikin semula jenaka Senario menerusi naskhah filem dirancang lama, namun tertangguh akibat pandemik Covid-19.


Foto: Kosmo


“Filem ini tidaklah dihasilkan secara mengejut kerana sudah lama dirancang ditambah pula permintaan yang tinggi daripada Senario. Filem ini juga dihasilkan berdasarkan kerinduan daripada peminat mereka yang masih inginkan jenis lawak Senario.

“Bukan hendak cakap lawak sekarang tiada kualiti tetapi Senario mempunyai kelompok peminat tersendiri, makanya terhasillah filem ini untuk mengubat kerinduan ramai,” katanya Aziz kepada HibGlam di lokasi penggambaran Jaga-Jaga Senariounion di Jannah Wedding Place, Beranang baru-baru ini.

Tambah Aziz, dia tiada niat untuk mengambil kesempatan daripada populariti yang dimiliki Senario pada hari ini.

Namun, idea penghasilan naskhah berkenaan bermula daripada pemerhatian terhadap fenomena filem-filem Senario yang pernah menggegarkan dunia perfileman tanah air suatu ketika dahulu.

“Bukan semata-mata untuk mengaut kesempatan tetapi ini merupakan idea baharu yang tercetus dengan menggabungkan tiga filem awal Senario iaitu Senario The Movie, Senario Lagi dan Lagi-Lagi Senario.

“Itu tidak bermakna saya labelkan filem Senario lain tidak bagus cuma kurang elemen ‘wow’ jika hendak bandingkan dengan tiga naskah awal. Jadi, saya himpunkan semula pelakon daripada tiga filem tersebut.

“Harap filem ini akan ditayangkan dalam masa terdekat agar momentum kerinduan tidak pudar,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Saiful Apek pula menyifatkan penghasilan Jaga-Jaga Senariounion menjadi platform untuk kembali beraksi bersama anggota Senario yang amat dirindui.

“Orang pandang filem ini mengubat kerinduan tetapi bagi kami, ini peluang untuk berkumpul semula. Bukan senang untuk kami dapat momen sebegini memandangkan semua sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Alhamdulillah, kami semua masih bernafas dan diberi peluang untuk berkumpul semula,” kata Apek yang kini kembali hangat menerusi Gegar Vaganza musim kelapan bersama Yassin.

Ditanya tentang ketiadaan Lan Pet Pet dalam senarai Senario kali ini, Aziz memberitahu, pihaknya sudah menghubungi Lan, namun atas komitmen kerja, adik ipar kepada aktres Rozita Che Wan itu terpaksa menolak tawaran projek tersebut.

“Kami faham dia bukan berniat untuk menolak tetapi mempunyai kerja lain yang perlu diutamakan. Sehingga penggambaran babak terakhir, kami masih berusaha mendapatkannya, namun tidak berhasil. Mungkin tiada rezeki kami untuk bersamanya kali ini,” ujar Aziz.

Ditanya adakah perkara tersebut berlaku disebabkan faktor lokasi, Aziz memberitahu, terdapat ahli kumpulan yang tinggal di negeri lain, namun sanggup ke Kuala Lumpur demi tuntutan kerja.

“Wahid dan Hamdan bukan menetap di Kuala Lumpur tapi di Ipoh, Perak. Namun, untuk penggambaran mereka boleh datang sini,” tambah Aziz.

Seorang lagi anggota Senario, Azlee pula menjelaskan, watak untuk Lan atau Mazlan sudah digarap oleh Aziz, tetapi akhirnya diberikan kepada orang lain disebabkan penolakan Lan.

“Karakternya masih ada tetapi diganti dengan pelakon lain. Siapakah dia, tontonlah filem ini.

“Walaupun kurang seorang ahli, saya tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berkumpul semula dengan anggota yang lain.

“Ini merupakan reunion yang sangat menggembirakan kami,” tuturnya.

Selain anggota Senario, filem tersebut turut dibarisi pelakon-pelakon lain seperti Syanie, Prono, Am Raja Lawak, Farisha, Badrul Shah dan Bobby Kiran. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 5-1-2022 02:33 PM
“Orang pandang filem ini mengubat kerinduan tetapi bagi kami, ini peluang untuk berkumpul semula. Bukan senang untuk kami dapat momen sebegini memandangkan semua sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Quote luvly_snow8608 5-1-2022 03:46 PM
agaknya masing2 dah lost contact kot. sebab xpernah nampak pon dorang gather2 sama2 even sebelum movie nie. masing2 dah moved on buat hal sendiri2
Quote musangbodoh 6-1-2022 02:46 AM
CARI-MRO replied at 5-1-2022 02:33 PM
“Orang pandang filem ini mengubat kerinduan tetapi bagi kami, ini peluang untuk berkumpul semula. B ...

TT bolehpun komen...ingat sombong walaupun cnp
Quote chicasz 6-1-2022 08:43 AM
Eh bodolah. Tengok gambar pun dah kelakar sbb teringat episode senario yg viral di tiktok baru2 ni. Yg yaasin jadi maid tu
Quote silampumeja 6-1-2022 03:40 PM
meman dah lama project ni masa aziz mintak sebelum pandemik kan... sorang2 ahli buat video bagita: kami sahut panggilan abg long...  tapi xingat lan ada ke tak waktu tu...

tapi i will watch... haritu hamdan join sepahtu ...kelakar gak lawak spontan dia... no doubt filem senario bawah aziz best and suka tengok sampai sekarang walaupun diulang...
Quote silampumeja 6-1-2022 03:40 PM
chicasz replied at 6-1-2022 12:43 AM
Eh bodolah. Tengok gambar pun dah kelakar sbb teringat episode senario yg viral di tiktok baru2 ni.  ...

kan.. hahahaha i pun layan video2 lama sedutan sitkom senario yang lama2.. hahaha

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.438122 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top