CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Boleh Main! 5 Permainan Video Yang Diharamkan Di Malaysia,Tapi Kenapa?

3-1-2022 02:13 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 4181| Komen: 7|Original author: Agent13k

Description: Ini adalah senarai 5 video game yang diharamkan di dalam Malaysia.
Video Game sememangnya seronok untuk dimain dan banyak video game sekarang boleh dimain di mana-mana, dari komputer hingga ke telefon pintar. Namun ada beberapa game yang ada kita tidak boleh main kerana ianya telah diharamkan di Malaysia, tetapi video game apa yang diharamkan di Malaysia? Jom kita tengok senarai 5 video game yang telah diharamkan di Malaysia dan kenapa.

1. Dante's Inferno (2010)


Dante's Inferno adalah anda memain karekter bernama Dante, Dante adalah seorang ahli Templar Knight yang mempunyai senjata yang dipanggil Death's Scythe dan Holy Cross. Siapa musuh dalam Dante's Inferno? Musuh dipanggil "Seven Deadly Sins" iaitu dosa-dosa besar dalam kitab Bible, tetapi kena diharamkan di Malaysia? Sebenarnya, ianya melanggar hukum Syariah, menunjuk muka syaitan dan neraka dan keganasan yang melampau, JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) telah mengharamkan Dante Inferno sekaligus.


2. Manhunt (2003)


Manhunt yang dikeluarkan oleh Rockstar Games pada tahun 2003 untuk platform Xbox, PC, Playstation dan Nintendo Wii. Manhunt adalah game yang mana anda adalah seorang banduan yang berdepan dengan hukuman mati kerana anda dipaksa untuk masuk dalam filem genre "Snuff" oleh seorang pengarah kecil yang mahuk anda bunuh orang depan kamera. Game ini mendapat ramai perhatian dan ramai terkejut dengan keganasan yang anda boleh buat dalam game Manhunt, Mohammed Idris selaku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah meminta Menteri Malaysia untuk mengharamkan Manhunt. Manhunt juga diharamkan di negara Australia, Arab Saudi, Itali, Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Jerman. Manhunt 2 yang keluar pada tahun 2007, Malaysia juga mengharamkan game itu.


3. Pokemon GO (2016)


Pokemon GO yang pernah menjadi viral pada tahun 2016 sememangnya jadi satu fenomena yang besar dan ramai yang menyertai Pokemon GO untuk mencari Pokemon tersebut, tetapi pelbagai kes yang buruk berlaku seperti kemalangan jalan raya, jatuh dari tempat yang tinggi, kecurian dan banyak lagi. Ramai ibubapa, penjaga dan pemilik syarikat meminta mengharamkan Pokemon GO. Game itu diharamkan untuk sementara waktu sehingga gembar-gembur Pokemon GO hilang.


4. Postal 2


Kalau anda pernah dengar Game Postal 2, anda pasti sudah tahu kenapa game ini diharamkan dan Postal 2 adalah game yang anda boleh buat macam-macam dalam game ini tetapi kebanyakannya bukan perkara baik, ianya amat ganas dan layak diharamkan. Game ini dijadikan filem tak lama kemudian dan filem itu cuba mengekalkan elemen dari game tersebut tetapi gagal dan filem itu mengalami kerugian yang teruk.


5. Fight Of Gods (2017)


Fights of Gods yang dikeluarkan pada tahun 2017, mendapat perhatian di Malaysia serta-merta kerana game ini, anda boleh bermain watak tuhan dari pelbagai agama. Ini memaksa Malaysia mengharamkan Steam Store sekaligus kerana elemen agama yang tidak patut ada dalam game dan selepas sehari kemudian, Steam telah mengharamkan Fights of Gods di Steam dan Malaysia mengembalikan Steam di Malaysia semula.


Sekarang dah tahu kan kenapa diharamkan? Semoga bermanfaat. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuuu 3-1-2022 03:56 PM
Yg lain tu aq leh terima,tapi yg pokemon go...still its a bit to much la,sampai mufti pon haramkan,tetap jugak kemalangan jadi sebab manusia2 bangang ni xreti ikut peraturan walaupon x main games ni
Quote MarissaOberlin 4-1-2022 02:52 PM
aman-aman je hakak main pokemon go hingga kini.
idok le jadi murtad ke apa
Quote copy_paste 4-1-2022 03:39 PM
dulu siap ada data free utk pokimon go,
Quote kennedyjones102 8-1-2022 06:44 PM
We offer the most reliable Assignment Help which assure you of the best grades at the most affordable rates. We understand the budget constraints of school understudies, undergraduates, and post graduate scholars. Rest assured both your task and grades are totally secure with us.
https://greatassignmenthelper.com/nz/


Quote Supersirap 8-1-2022 08:11 PM
Banyak je game yg terlepas untuk diharamkan di sini, apa-apa pun info yang sangat menarik dan terima kasih TT
Quote andi2022 29-4-2022 06:46 PM
<a href="https://www.hcs.harvard.edu/">here</a>
here
https://www.hcs.harvard.edu/
[here](https://www.hcs.harvard.edu/)
Quote jijilaaa 30-4-2022 12:08 PM
i dulu addicted dgn mobile legend...tp that time internet cam immak...astu stop main. turun rank. skang dah pasang fiber..dah xde mood plak nak main game. seiring dgn usia.. iols dah berubah ke candy crush je

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.055658 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top