CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ringgit menjunam paras terendah dalam 10 tahun

30-6-2015 10:44 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 7321| Komen: 30


sumber foto : http://bm.theantdaily.com/


Menurut para peniaga, susulan kebimbangan isu hutang Greece, ringgit jatuh ke paras terendah bagi tempoh 10 tahun hari ini dalam dagangan berhati-hati.


Jumaat lalu setakat 5 petang, nota tempatan itu diniagakan pada 3.7825/7855 berbanding dolar AS, daripada 3.7660/7690.   

Memetik laporan Bernama, kebimbangan akan kemungkinan Fitch Ratings menurunkan penarafan Malaysia turut mempengaruhi mata wang tempatan.

Ketika berkongsi pandangannya, Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan, berkata butiran rundingan penyelesaian antara Greece dan pemberi pinjaman asing ternyata turut menjejaskan sentimen di seluruh dunia selain memberi kesan ke atas pasaran saham serantau.


Bagaimanapun, jelas Nazri, kesan terhadap Malaysia dijangka minimum kerana pendedahan langsung negara ini terhadap Greece adalah kurang daripada 5% daripada jumlah keseluruhan perdagangan. 

Namun, Nazri tetap berkeyakinan pihak Fitch Ratings tidak akan menurunkan penarafan kredit negara ini biarpun Ketua Bahagian Penarafan Negara Asia Pasifik firma penarafan itu, Andrew Colquhoun, pada Mac lalu berkata kemungkinan penarafan Malaysia akan diturunkan adalah sebanyak 50%.

"Penurunan itu akan menjadi yang pertama untuk negara sejak tahun 1998 dan akan hanya berlaku jika kerajaan tidak mengurangkan pembiayaan awam. Kerajaan sebaliknya menunjukkan komitmen dengan mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan hutang serta mengubah ekonomi menjadi lebih pelbagai dan berdaya tahan," . 


sumber : Bernama





21

Bagus
39

Marah
39

Terkejut
14

Sedih
53

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (194 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jofizo 30-6-2015 09:36 AM
Lagi satu nazri melonjak kegembiraan
Quote AbukRokok 30-6-2015 09:56 AM
nak cari awek kerja oversea.... ada x
Quote zjen 30-6-2015 09:57 AM
semalam ada porumer mengata kalu mesia bankrup .... sumpah pemimpin negara 7 keturunan

so selain bijan siapa lagi di kategori sebagai pemimpin negara ?   kerabat di raja kira tak ?  




Quote eco_internet 30-6-2015 10:02 AM
sukur ekonomi malaysia masih kukuh...thanx najib..
Quote colacoca 30-6-2015 10:07 AM
Cilaka bank negara
Quote bluehedgehog 30-6-2015 10:12 AM
meleis pprt ameno ckap x gi amerika syarikat dan singapura suda la..x berkenaan pun
Quote haruslah 30-6-2015 10:17 AM
raye sakan la singaporean... yeayyyyy
Quote gekkou 30-6-2015 10:20 AM
bukan kat thread sebelah najib kata isu greece tak ada kena mengena dengan kejatuhan ringgit kah?
ke aku salah baca?
Quote spiderman80 30-6-2015 10:25 AM
Berharap ada pakar ekonomi akan masuk berikan sepatah dua kata untuk menghiburkan hati kita.
Quote EJALTI 30-6-2015 10:28 AM
Edited by EJALTI at 30-6-2015 02:40 AM
gekkou replied at 30-6-2015 02:20 AM
bukan kat thread sebelah najib kata isu greece tak ada kena mengena dengan kejatuhan ringgit kah?
k ...

Sebelum nih, Najib claimed.......

Krisis kewangan Greece tidak beri kesan sistemik kepada ekonomi Malaysia, kata Najib

Published: 29 June 2015 10:24 PM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/krisis-kewangan-greece-tidak-beri-kesan-sistemik-kepada-ekonomi-malaysia-ka

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata krisis kewangan di Greece tidak akan memberi sebarang kesan sistemik kepada ekonomi Malaysia.  Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata beliau akan memantau perkembangan di Greece dalam tempoh sehari dua ini.

"Kita akan melihat kesan global tetapi saya mahu melihat perkembangan dalam tempoh sehari dua ini. Faktor utama Greece kekal sama ada ia sebahagian dari zon Eropah atau mereka akan menarik diri darinya. Kita (Malaysia) perlu melihat perkembangan ini.
                                                                                
"Kita juga perlu memantau dan melihat sentimen global dan bagaimana ia memberi kesan," katanya semasa mengulas mengenai sama ada keruntuhan kewangan Greece akan memberi kesan kepada Malaysia.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Kewangan Nasional di Putrajaya, hari ini.

Greece menutup operasi banknya dan mengenakan kawalan modal bagi mengelak kegawatan kewangan selepas kegagalan rundingan dengan pemiutang antarabangsanya.  Negara itu perlu membayar hutang berjumlah 1.6 bilion euro kepada Tabung Kewangan Antarabangsa dalam tempoh 48 jam dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Greece keluar dari zon Euro. – Bernama, 29 Jun, 2015.





Quote EJALTI 30-6-2015 10:30 AM
spiderman80 replied at 30-6-2015 02:25 AM
Berharap ada pakar ekonomi akan masuk berikan sepatah dua kata untuk menghiburkan hati kita.

Calling for @blastoff & kekawan pakar ekonomi CI.....
Quote dodolgemok 30-6-2015 10:32 AM
Berita yg menggembirakan nazri danish
Quote meiya_loya 30-6-2015 10:34 AM
Sebelum nih, Najib claimed.......

Krisis kewangan Greece tidak beri kesan sistemik kepada ekonomi Malaysia, kata Najib


Ceh... Najib yg kononnya MOF neh mmg xley pakai... byk laaa xbg kesan. Malaysia dgn Greece lebih kurg sama je kut, hutang banyak. huwaaaaaaaa...tetiap hari iol stress tgk muka najib kat berita, remuk redam hati iol dapat PM mcm Najib. menjeruk rasa iol.
Quote gaara_X 30-6-2015 10:47 AM
ermmmm....nak beli barang thailand pun dah cam nak beli barang kat malaysia dah harganya skang.....
Quote mattzzx 30-6-2015 10:50 AM
Ada menteri suka bila ringgit jatuh..........
Quote abas8888 30-6-2015 12:22 PM
bila nak sampai 3.8 ni..baru sama taraf dgn tun..
Quote hzln 30-6-2015 12:25 PM
alhamdulillah, industri pelancongan malaysia akan semakin berkembang pesat
begitu juga dgn pasaran eksport malaysia akan mencanak2 naik


makciksyukur.jpg


Quote v(T.T)v 30-6-2015 12:28 PM
Persamaan msia dgn greece adalah bilangan penjawat yg terlalu tinggi, kuat rasuah dan malas
Quote asher 30-6-2015 12:28 PM
nie sumer salah madey...



mat zelan
penghulu kg.nasi goreng tanpa gst

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.092453 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top