CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Seharusnya Makanan Malaysia No 1 Di Dunia

29-6-2015 03:41 PM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 25294| Komen: 158|Original author: GhostWalking

Description: Sememangnya, Malaysia harus menduduki carta tertinggi bukan kerana bersikap bias namun kombinasi budaya dan adat resam di Malaysia begitu unik, sehingga menghasilkan makanan yang bervariasi dan kaya d ...
Oleh Adib Za

Jika baru-baru ini CNN meletakkan Malaysia di tangga ke-6 sebagai destinasi makanan terbaik di dunia, nampaknya cef bertaraf antarabangsa, Chef Wan telah bangkit melontarkan pendapatnya.


Tidak bersetuju dengan kedudukan yang diberikan oleh CNN itu, Chef Wan berkata,

"Pilihan 5 terbaik bagi saya ialah, tempat pertama, Malaysia, seterusnya Itali, Thailand, Jepun dan India," ujarnya melalui Astro Awani.

Bukan bertindak bias mahupun berat sebelah, Chef Wan memiliki alasan yang tersendiri,

"Mengapa Malaysia? Saya melihat makanan itu sebagai variasi dan juga rencah yang mencerminkan sesuatu budaya, sebab itu Malaysia seharusnya berada di tangga terbaik dunia!"

Dalam pada itu, Chef Wan menyelar pemilihan negara Filipina yang jauh di atas Malaysia (tangga kedua) kerana menurutnya negara itu menawarkan makanan yang paling teruk di Asia.


"Filipina terkenal sebagai makanan yang paling teruk di Asia, anda boleh bertanyakan kepada mana-mana cef dan mereka akan memberitahu bahawa saya betul,"  terang Chef Wan lagi. 

Sememangnya, Malaysia harus menduduki carta tertinggi bukan kerana bersikap bias namun kombinasi budaya dan adat resam di Malaysia begitu unik, sehingga menghasilkan makanan yang bervariasi dan kaya dengan rasa. Kombinasi masakan Melayu, Cina, India dan juga etnik di Sabah juga Sarawak cukup membuktikan keharmonian yang dimainkan dalam sesuatu destinasi makanan terbaik. 

(Sumber foto: Free Malaysia Today)


Dalam hal ini, dilihat Filipina menduduki tangga yang lebih tinggi, bukan kerana masakan merekalah yang terbaik, namun mereka memiliki rakyat yang paling tinggi sifat patriotik. 

Lihat sahaja pertandingan nyanyian dan ratu cantik di peringkat dunia. Meskipun, ia bukanlah penyumbang ekonomi terbesar, namun negara itu dan rakyatnya sanggup berhabisan untuk memberikan sokongan padu pada negara mereka dan menaikkan nama negara di mata dunia. 

Di sini, lambang kecintaan pada negara itu dilihat sangat penting dan lebih utama, dan rakyat negara tersebut ternyata berjaya mengekspresikannya dengan baik serta sempurna. Kita sebagai rakyat Malaysia, cukupkah mengekspresikan rasa cinta itu? Di manakah letaknya tahap patriotik kita kepada negara? Tepuk dada tanyalah hati. - CARI Infonet
11

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
17

Sedih
15

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tanganbercakap 26-6-2015 07:10 AM
Filipina dan vote berpisah tiada
Quote dodolgemok 26-6-2015 07:13 AM
Puak2 pilipin ni mmg sentiasa dok depan komputer 24/7 utk vote contest hauk camni sbb tu boleh menang.bertabahlah sis wan
Quote becir 26-6-2015 07:14 AM
Ex opismate aku, a pinoy penah ckp food diaorg mmg quite bland..datang malaysia baru dia belajar makan cili and spices.
Quote GhostWalking 26-6-2015 07:14 AM
antara hencapannya ummah:


http://missosology.info/~missyorg/forum/viewtopic.php?f=1&t=674285


kredit to missology.info

Quote sambaldurian 26-6-2015 07:15 AM
Ak tgk pun mknn filipina mcm bland je. Pucat je warna tgk dlm TV.bg ak Thai food nmpak selera sikit.
Quote rospinki 26-6-2015 07:32 AM
pilipin punya masakan mcm masakan tk ckup bahan. pucat lesi..serupa org2 dia. bau hanceng je rupa.

cefwan punya masakan tu pon overdo aku tengok..silapnya dia jadi duta malaysian food but the way he cook make it look complicated and too much ingredients. well.. speking broken i
Quote kelapaparut 26-6-2015 07:33 AM
Chicken aldobo tu ayam + pisang kan, pelik kan masakan filipina, pastu mkn baby itik xsiap,kesian itik xsempak tgk dunia
Quote dino 26-6-2015 07:38 AM
dodolgemok replied at 26-6-2015 07:13 AM
Puak2 pilipin ni mmg sentiasa dok depan komputer 24/7 utk vote contest hauk camni sbb tu boleh menan ...

aku tgk itu chef filipina yg botak gemuk.... die masak satu menda pun tak terliur....
Quote dodolgemok 26-6-2015 07:41 AM
dino replied at 26-6-2015 07:38 AM
aku tgk itu chef filipina yg botak gemuk.... die masak satu menda pun tak terliur....

Tgah waktu klimaks puasa tgok masakan diorang pon xterliur.yucks..
Quote dino 26-6-2015 07:45 AM
dodolgemok replied at 26-6-2015 07:41 AM
Tgah waktu klimaks puasa tgok masakan diorang pon xterliur.yucks..

makan embrio itik lg
klau thai food ka.... itu klau top tak heran.....
Quote Kittie 26-6-2015 07:46 AM
Ewww~~~ Tertengok lak gmbr janin itik tuh.
Quote dodolgemok 26-6-2015 07:47 AM
GhostWalking replied at 26-6-2015 07:14 AM
antara hencapannya ummah:



Abes chep wan dihencap ummah pilipin siap kutuk muka chep wan lgi.kahkahkah...
Quote ellejo 26-6-2015 07:48 AM
aku rasa makanan paling hauk pilipin.
thai dgn Malaysian sedap, kaler2 pun cantik. tp ada makanan Malaysia rasa apa benda ntah.masam2 sikit, manis2 sikit, pahit2 skit.
Singapore ntah apa2. caca marba. takde identiti
Indon ada makanan yg sdap,ada makanan yg anjing pun sedih nak makan
Quote dodolgemok 26-6-2015 07:49 AM
dino replied at 26-6-2015 07:45 AM
makan embrio itik lg
klau thai food ka.... itu klau top tak heran.....

Ko jangan kutuk itik tu, national dish diorang kahkahkah.siap claim delicious and healthy lagi.zizik dgan appetite smpah mereka..
Quote GhostWalking 26-6-2015 07:53 AM
dino replied at 25-6-2015 11:38 PM
aku tgk itu chef filipina yg botak gemuk.... die masak satu menda pun tak terliur....

konsep dia poyo gila siap panggil budak dia "monkey".kejadah sangat aku benci tengok show tu
Quote dino 26-6-2015 07:57 AM
GhostWalking replied at 26-6-2015 07:53 AM
konsep dia poyo gila siap panggil budak dia "monkey".kejadah sangat aku benci tengok show tu

mcm berangan sgt kan.....
Quote ellejo 26-6-2015 07:57 AM
teringat Andrew Zimmermann review ikan Masin Thailand yg dibangga2kan
the worst he ever tasted.


takde plak ummah nak hencap.sebab kokesen kah?
Quote GhostWalking 26-6-2015 08:09 AM
dodolgemok replied at 25-6-2015 11:47 PM
Abes chep wan dihencap ummah pilipin siap kutuk muka chep wan lgi.kahkahkah...

hahahhaha katanya makanan tu nampak lagi elok dari muka chef wan.tu baru kat forum belum tempat lain lagi
Quote primemova 26-6-2015 08:20 AM
Food filipin ni mmg hauk dan tak terkenal langsung.... Kita biasa tgk kat luar negara ada restoran thai food, resto vietnamese food, resto malaysian food, resto indinesia food, resto indian food, chinese food, japanese food... . Tp tak pernah tgk restoran filipin food..,, aku bet mesti ramai termasuk aku taktahu apa benda makanan2 filipin ni?

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.172679 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top