CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah urut ikut jantina tak selesai masalah

19-6-2013 02:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9004| Komen: 18

Description: SHAH ALAM - Cadangan untuk mewujudkan zon rumah urut mengikut jantina di Selangor dilihat tidak akan menyelesaikan kegiatan tidak bermoral.



SHAH ALAM - Cadangan untuk mewujudkan zon rumah urut mengikut jantina di Selangor dilihat tidak akan menyelesaikan kegiatan tidak bermoral.

Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Umno, Sulaiman Razak berkata, Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya memberi tumpuan untuk menutup rumah urut khususnya yang beroperasi tanpa lesen yang kini menular di kawasan pinggir bandar ekoran pertumbuhan bilangan rumah urut di negeri ini.

"Sekiranya Selangor mahu rumah urut dibuat ikut jantina bukan satu penyelesaian, saya tak nampak itu jalan yang berkesan.

"Soalnya, siapa yang akan melaksana penguatkuasaan?

"Kita minta pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor ambil tindakan untuk tutup rumah-rumah urut lebih-lebih lagi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pernah bertitah supaya tidak ada rumah urut di kawasan Shah Alam," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang mencadangkan supaya mewujudkan zon jantina bagi rumah urut bagi membendung gejala maksiat di negeri itu.

Dalam pada itu, Sulaiman yang juga Adun Permatang itu menegaskan, jika cadangan itu dilaksanakan, PR Selangor akan memperlihatkan bahawa industri rumah urut dan spa semakin bercambah tanpa kawalan.

Malah jelasnya tuduhan PR sebelum yang mengatakan pertumbuhan rumah urut itu diwarisi sejak pemerintahan BN nyata tidak berasas.

"Sepanjang PR menjadi kerajaan di Selangor, inilah aktiviti yang disokong kalau tidak kenapa tidak dibuat penguatkuasaan pun, memang mereka orang di sebalik.

"Tiada kebenaran, di zaman BN di Selangor kalau ada pun rumah urut, hanya yang berlesen dan boleh dikawal, kalau dapati melanggar, kita boleh batalkan lesen dan pemantauan akan dibuat.

"Jangan warisi apa exco lama buat," dakwanya.





1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amirmelati 19-6-2013 01:38 PM
Rumah urrut ikut jantina? kang ada timbul masalah lain i.e syok sesama jantina....
Quote ogata 19-6-2013 01:53 PM
yelah kalau ada yang songsang cmne?
Quote puterikhaleeda 19-6-2013 02:00 PM
mmg tak selesai masalah.. tapi kurang kan masalah...
Quote mizkajura 19-6-2013 02:52 PM
adeh....vogel
Quote True-X 19-6-2013 02:56 PM
ok.. jgn ade kedai urut...

nnt ade pulak perkhidmatan urut dari rumah ke rumah...
Quote PITTSBURGH 19-6-2013 02:56 PM
makin bercambah lah rumah urut kat selangor ni
sesama jantina tu tkape masudnya klu body tu body sesama jantan tk pelah kan
gumbira gelak sakan lah tokeh urut sonsang nanti ya
hadiah apa kah ini utk rakyat selangor
Quote anishacute 19-6-2013 03:03 PM
Maka makin pesat meluasla ummah2 lgbt port kat umah pasni.
Quote putput 19-6-2013 03:39 PM
siap letak gamba urut bogel bagai..ni TT mana dpt
Quote Nash^Roy 19-6-2013 03:46 PM
Pe yg umno ngarut ni.. tahun 2003 lg dah byk umah urut xde lesen kat gombak bt caves ampang etc.. siap aku dgr penguatkuasa leh urut free.. korek pun bole..
Quote pestol 19-6-2013 03:51 PM
alamak abg xpnh lagi pg urut tmpt2 cm ni. urut kt kampung adalah... btw ko ni ahli ketiak ke??
Quote perang_sivil 19-6-2013 03:58 PM
ada ke rumah urut bogel body to body??
Quote mjla 19-6-2013 04:21 PM
Tutup terus jer rumah urut ni.

Batalkan lesen sedia ada.

Quote Al-Patih 19-6-2013 04:22 PM
SHAH ALAM - Cadangan untuk mewujudkan zon rumah urut mengikut jantina di Selangor dilihat tidak akan menyelesaikan kegiatan tidak bermoral.

abih ...Unit Perubatan Tradisional & Komplentari kat spital kerahjagaan ...macam mano ...
Quote coolie83 19-6-2013 05:39 PM
pejadah idea tu...bek ko tarik balik lesen je..yg bg watpe lesen bukak premis rumah urut.,of course ada hanky panky punya
Quote lolipopmanish 19-6-2013 06:35 PM
gambo hiasan tu tak menahan
Quote Muntz 19-6-2013 07:13 PM
Kalau ikut jantina, aku berani bet, boleh selesai 50% masalah, at least. Aku setuju gak cadangan nie.
Quote Danisk 19-6-2013 07:32 PM
kat brickfield ok jer urut ikut jantina. Kat BB pon ada 1
Quote PEPPERMAN 19-6-2013 07:44 PM
even kalo ikut jantina pun, kalo niat nya nak mencari untung sekelip mata, ttap juga akan dibawak pompuan2 tukang urut.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.184644 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top