CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suki Low Akui Gementar Bawa Lagu Irama Malaysia

10-12-2021 10:59 AM| Diterbitkan: usopikhwan| Dilihat: 2411| Komen: 12|Original author: usopikhwan

Description: Walaupun namanya tidaklah begitu gah seperti peserta lain, Suki Low atau nama sebenarnya Low Sook Yee 32, merupakan pilihan utama yang bakal memberi saingan dalam Gegar Vaganza musim ke-8. Ibu kepada ...



Walaupun namanya tidaklah begitu gah seperti peserta lain, Suki Low atau nama sebenarnya Low Sook Yee 32, merupakan pilihan utama yang bakal memberi saingan dalam Gegar Vaganza musim ke-8. Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sebenarnya merupakan isteri kepada eksekutif muzik, Jeremy Chong. Mungkin ramai yang sudah lupa Suki Low merupakan juara One in a Milion, mengalahkan Faizal Tahir, Alif Sattar dan Dayang Nurfaizah pada tahun 2006. Menjadi jutawan pada usia muda  menyebabkan beliau memakai nama Suki OIAM pada ketika itu.



Baru-baru ini Suki Low perlu membawa lagu Badarsila yang dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dalam satu sesi temubual bersama F8Buzz, Suki mengakui dia sememangnya gementar membawa lagu itu.


“ Sememangnya nervous and pressure bila dapat lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza sebab saya merupakan salah seorang peminat beliau. Sebab itu bila dapat lagu ini perkara pertama saya fikir macamana nak buat persembahan yang memuaskan dan tidak menghampakan. Saya harap jika Datuk Seri tonton persembahan ini dapat puas hati lah dengan persembahan saya”. Katanya.



Penyanyi Terlalu Mencintaimu ini turut mengakui ini persembahan pertama beliau membawa lagu Irama Malaysia dalam pentas besar ini.


“ Ya, saya pernah menyanyi lagu Cindai dan Nirmala tapi itu zaman sekolah. Itu tidaklah pressure sangat sebab itu merupakan persembahan kebudayaan sekolah tetapi untuk persembahan besar yang ditayangkan secara live ini merupakan pertama kali”. Katanya pada F8Buzz.


Selepas persembahan Suki turut mendapat pujian daripada Tok Ram yang merupakan juri tetap selama lapan musim.


“ Saya bersyukur sangat dapat komen yang bagus dari Tok Ram. Sebenarnya beliau banyak membantu saya  dari segi muzik dan selalu memberi nasihat sebelum saya membuat persembahan. Untuk part rap itu pula merupakan idea saya tetapi saya terima kasih kepada Sophia kerana berjaya membawa rap itu dengan baik ”.


Dalam minggu ketiga GV8, Suki Low berjaya mendapat tempat ke-empat selain menyaksikan Nikki Palikat juara dan kumpulan Nico tersingkir. Pada minggu seterusnya Suki bakal membawakan lagu Mimpi yang dinyanyikan oleh Hael Husaini. Semoga Suki Low berjaya sampai ke pentas akhir dan kembali menyinar semula dalam industri hiburan Malaysia. -CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrocer 10-12-2021 11:19 AM
Its ok suki...just do your best....and enjoy yourself ....anyway GV8 memang telah disediakheun utk ALIPP , juaranya...yg lain tempelan saja....
Quote mizruncing 10-12-2021 11:22 AM
sedap jugak suara dia tp mcm takde aura n still rasa biasa2 jurrr
Quote Kurex 10-12-2021 11:24 AM
Dah nak masuk seminggu dia nyanyi, baru hari ni nak up cerita gemuruh takut risau nerbous semuanya???
Quote izzah_mia 10-12-2021 11:46 AM
sweet je suki ni. bak kata tok pinaz suki nyanyi melayu sebutan jelas. macam orang melayu
yang melayu plak sibuk nyanyi nak berslang2x bagai
Quote bbasir 10-12-2021 12:03 PM
suka kt dia ni.. comel plak tu.. nyanyi pun kedengaran ease je kt telinga.. tak semak... n pandai kawal vokal dia... good luck Suki..
Quote fealefea 10-12-2021 12:49 PM
aura bosan ada la
Quote TeropongThaico 10-12-2021 01:04 PM
Suara dia ok gak. Sedap dengar. Tapi minggu ke3 ni dia nyangi dah macam Ct sangat. Tak syok ar
Quote mesmerize 10-12-2021 01:17 PM
ai rasa sheols nyanyi banyak note yg sharp.. tapi suka tengok sheols nampak baik n lembut je orangnya
Quote dudaberhias 10-12-2021 02:20 PM
tapi dia bawa lagu haritu best jugak...
tapi iols memang tetap ngefan nikki buat masani...

yang tak layak bawak apa2 genre sekalipun termasuk dangdut nan haukkk adalah menantu derhaka tu yihhh sangat... kosser plak dia nonggeng2 jubo nak praktis jadi bottom walaupun tiap2 minggu kena bottom
Quote I.K.A888990 10-12-2021 02:31 PM
mmg sedap haritu dia bawak. byk kali gak tgk video ni
patut dlm top 3 suki mgu lps.
xsabar pula mgu ni mcm mana dia bawa
Quote mojarean_X 10-12-2021 02:58 PM
I like suki. Tp dia mcm reserve sikit. Moga all out suku akhir onwards
Quote chinchan78 10-12-2021 03:13 PM
Sore sheols ok tp x da aura..  sorry suki.. support aliff aziz juara gv8

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.170577 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top