CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Profesor Perubatan Bunuh Anak Isteri Sebab Takut Dengan Omicron

9-12-2021 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1262| Komen: 9

Description: Bangalore: Takutkan varian Omicron menyebabkan seorang profesor perubatan di India membunuh isteri dan dua anaknya bagi 'membebaskan' mereka daripada kesakitan.
Bangalore: Takutkan varian Omicron menyebabkan seorang profesor perubatan di India membunuh isteri dan dua anaknya bagi 'membebaskan' mereka daripada kesakitan.


Kejadian ngeri itu dilapor berlaku di Apartmen Divinity di Indiranagar, timur Bangalore dengan tertuduh dikenali Dr Sushil Kumar.

Profesor perubatan forensik bertugas di Kolej Perubatan Rama itu turut menghubungi adik lelakinya selepas insiden dan memintanya memaklumkan kejadian kepada pihak polis.


Gambar Hiasan

India Times melaporkan mangsa adalah isteri Sushil, Chandraprabha, 48, anak lelaki, Shikhar, 18 dan anak perempuan mereka yang berusia 10 tahun.


Polis menemui nota dipercayai ditulis Sushil yang berbunyi, "saya sudah bosan mengira jumlah mayat dan tiada yang terlepas daripada Omicron."

Sushil juga memaklumkan yang tindakannya semata-mata 'membebaskan semua orang daripada kesakitan'.

Apabila adiknya yang bekerja di pusat kesihatan awam tiba, dia menemui kakak ipar, anak saudara lelaki dan perempuan terbaring dengan tukul yang dipercayai digunakan membunuh mereka terletak berhampiran.

Omicron adalah varian baharu Covid-19 yang menjadi ancaman terbesar kerana dikatakan lebih berbahaya daripada varian sedia ada.

Sekurang-kurangnya lima kes varian itu dikesan di India dan tiada kematian dilaporkan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 9-12-2021 11:41 AM
Polis menemui nota dipercayai ditulis Sushil yang berbunyi, "saya sudah bosan mengira jumlah mayat dan tiada yang terlepas daripada Omicron."
Quote slavehunter 9-12-2021 11:45 AM
Dr Brainwashed.
Quote Artemesiaa 9-12-2021 11:50 AM
Dr dah ting tong fobia tak tentu hala elok dia je dicampak masuk mental spital
Quote Dwdrum 9-12-2021 11:54 AM
saya sudah bosan mengira jumlah mayat dan tiada yang terlepas daripada Omicron."

Sekurang-kurangnya lima kes varian itu dikesan di India dan tiada kematian dilaporkan.

Ini bukan brainwash tetapi benak.... Keluarga sendiri jadi mangsa... Jika burnout pun cari lah pakar pulih kan semula mental....

Quote bloodyamuk 9-12-2021 01:07 PM
fobia virus ke atau aefi vaksin sampai sakit mental paranoid?
Quote ladybugz 12-12-2021 07:21 AM
ptsd maybe? only can imagine what the medical team had to go thru waktu india kritikal dgn covid cases. mayat2 bergelimpangan mcm ww1&2, nazak dan separa nazak terseksa.. diorg la yy witness firsthand. dah terlampau trauma plus exhaustion
Quote dua_chzy 12-12-2021 07:27 AM
ladybugz replied at 12-12-2021 07:21 AM
ptsd maybe? only can imagine what the medical team had to go thru waktu india kritikal dgn covid cas ...

Kan? Simpati baca berita ini.
Quote ultra78 12-12-2021 07:27 AM
Sakit mental lagi bahaya daripada virus
Quote edayildiz 12-12-2021 08:51 AM
heols dh vaksin belom? ke jd gitu sbb vaksin...vaksin jgk yg dipersalahkan...rip

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055222 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top