CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sering Dikritik Seksi, Nadia Brian Perlukan Masa Untuk Berubah

6-12-2021 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2050| Komen: 15

Description: Menyedari ruangan komen setiap perkongsiannya di Instagram sering dibanjiri dengan teguran agar berpakaian lebih sopan, pelakon Nadia Brian tidak melatah atau melenting.
Menyedari ruangan komen setiap perkongsiannya di Instagram sering dibanjiri dengan teguran agar berpakaian lebih sopan, pelakon Nadia Brian tidak melatah atau melenting.


Bagaimanapun, Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, menganggap ia sebagai satu doa untuk dia berubah ke arah yang lebih baik.


Foto: IG

"Sejujurnya saya amat menghargai komen sebegitu sebab mereka mendoakan benda yang baik-baik. Saya rasa netizen buat macam tu sebab mereka caring.

"Apa-apa pun kena jadi diri sendiri, hormat orang tua dan stay humble, itu perkara yang lebih penting daripada pemakaian kita.


"Nak berubah daripada segi pemakaian itu memerlukan masa. InshaAllah mana tahu dengan berkat doa daripada orang, saya pun boleh berubah," katanya kepada mStar.



Nadia berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) di Hotel Royal Chulan, Damansara baru-baru ini.

Dalam pada itu apabila disoal tentang keinginannya untuk berkahwin lagi, Nadia memberitahu dia tidak serik untuk mendirikan rumah tangga walaupun pernah bercerai sebelum ini.

Jelas Nadia, apa yang dilaluinya itu adalah sebahagian daripada ujian dalam hidup.



"Semua orang mahukan rumah tangga yang berkekalan. Rasa sedih sebab tak dapat nak kekalkan rumah tangga sendiri."But it's okay, saya belajar daripada kesilapan. Saya tak pernah rasa serik atau takut untuk berkahwin semula.

"Benda itu tiada dalam kamus hidup saya sebab ia merupakan sebahagian daripada perjalanan hidup kita untuk menjadi manusia yang lebih baik," ujarnya.



Nadia pernah mendirikan rumah tangga bersama Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai pada 2 April lalu dengan talak satu.

Sementara itu, Nadia turut berkongsi rasa teruja apabila filem lakonan pertamanya sebagai heroin yang berjudul Ratu Kala Jengking tercalon dalam FFM31.




"Saya rasa terharu apabila filem ini tercalon untuk bertanding kerana ia merupakan filem pertama yang saya berlakon memegang watak heroin. Ini merupakan impian saya sebagai seorang pelakon.

"Filem ini sangat mencabar bagi saya kerana sesi penggambaran dilakukan selama sebulan lebih di dalam hutan simpan. Jadi nak masuk pun perlu diiringi polis, tak boleh masuk sesuka hati.

"Saya harap penonton dapat menilai dan menghargai lakonan saya di dalam Ratu Kala Jengking," katanya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MISZZZ 6-12-2021 01:33 PM
semoga dapat lelaki kaya raya lepas ni
Quote ketambangkang 6-12-2021 02:22 PM
bapak nama sidi, celah mana dtg brian
Quote nolya 6-12-2021 02:23 PM
Kenapa perlu mengharapkan berkat doa orang lain untuk  Nadia berubah. Apakah orang lain dapat mengubah Nadia kalau Nadia sendiri tak menginginkannya?  
Quote KamikuP 6-12-2021 02:41 PM
Edited by KamikuP at 6-12-2021 06:42 AM

Ko tak perlukan masa noks.. ko perlukan penyepak itu sahajaSatu lagi, kalau ko botak saling tak tumpah muka persis anak jantan Kak Ton timbang kati
Quote SherryZass 6-12-2021 02:54 PM
KamikuP replied at 6-12-2021 02:41 PM
Ko tak perlukan masa noks.. ko perlukan penyepak itu sahajaSatu lagi, kalau ko botak saling tak tump ...

Adakah jodoh? orang kate muka ada iras tu, berjodohan.hahahaha. tapi heolls tak kaya raya 70 keturunan tak habis.
Quote NFBZCantik 6-12-2021 03:38 PM
KamikuP replied at 6-12-2021 02:41 PM
Ko tak perlukan masa noks.. ko perlukan penyepak itu sahajaSatu lagi, kalau ko botak saling tak tump ...

iolls terhiburrrr. hahaha
Quote miu84 6-12-2021 03:39 PM
If u got it, flaunt it. Begitu
Quote makadek 6-12-2021 03:40 PM
Ko pakey je tudung
Baju tuck in bontot tercelit lg pn tk pe fbians eproh pnya asal kepala ko bertutup
Quote dudaberhias 6-12-2021 04:15 PM
iols malas nak komen bab seksi... tubuh badan dia.. dosa peribadi dia... dia sendiri yang nak tanggung di akhirat nanti.... kita yang follow dan tengok dia pun berdosa dan dosa tu berjalan malah lagi besar hokkeh kena tanggung tu... selagi tak katup akaun atau block orang2 seksi kat ig tu....

nak kecam sheols huduh... kecam je terus hokkeh tak perlu hangkut agama untuk di tunggang sedangkan dosa sendiri berjalan dan boleh di kira oleh umum pulak tu dengan nyata...

baik join akak mengecam jah yihhhh selayaknyalah sheolss ni kena cerai... baru kahwin ada hati demand banglo... elok la ko duduk je dekat rumah sewa pintu karat ko tu sampai bebilaaa

muka penuh cocok2 macam kucing mainecoon terlebih filler... lepastu dekat pipi sheols tu apa? pembaris ke? mesti heshe ni dapat A+ untuk geometry kan sebab hanya perlu guna celah2 garis pipi tu je nak lukis segitiga... yihhhhh
Quote djzara81 6-12-2021 06:46 PM
Muka Nadia Brian ni ada iras Drea De Matteo yg berlakon dlm Sons Of Anarchy.
Quote dudaberhias 6-12-2021 07:13 PM
djzara81 replied at 6-12-2021 06:46 PM
Muka Nadia Brian ni ada iras Drea De Matteo yg berlakon dlm Sons Of Anarchy.

sekali kaka tengok... iras2 patung roro jonggrang dekat candi prambanan tu... kebetulan dua2 muka macam tak siap... mungkin leluhur sana kot...
Quote edoraixora 6-12-2021 07:21 PM
Pakai seksi2 cenggitu, nak masuk dlm portfolio ler mancing ongkaya idung belang...
Quote cheezel 6-12-2021 08:08 PM
Ntahla. Aku suka je tgk dia berfesyen2. Barula warna warni sikit dunia retis. Ni tak, sume fake pakai tudung tapi terbonjol gak
Quote LadyCarefree 6-12-2021 08:30 PM
Xhabis2 psl pakaian orang pasal totop ghambot.
Quote slyfynx 6-12-2021 08:51 PM
Awat bibir tu udah mcm larva rama2 dah.
Cucuk ke?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.055808 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top