CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kontroversi Dukung Heroin, Zul Ariffin Kata Tak Rasa Apa-Apa,- "Macam Dukung Kerusi Je"

2-12-2021 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6147| Komen: 40

Description: Tidak lokek berkongsi ilmu, pelakon popular, Zul Ariffin, 35, menyatakan kesediaannya untuk memberi tunjuk ajar kepada mana-mana pelakon baharu yang digandingkan bersamanya sama ada dalam filem mahupu ...
Tidak lokek berkongsi ilmu, pelakon popular, Zul Ariffin, 35, menyatakan kesediaannya untuk memberi tunjuk ajar kepada mana-mana pelakon baharu yang digandingkan bersamanya sama ada dalam filem mahupun drama.


Bagaimanapun, menurut Zul, ‘syarat’ utama yang ditetapkan olehnya adalah pelakon tersebut perlu sanggup untuk membuang ego dalam diri selain meletakkan dedikasi yang tinggi untuk belajar dan memperbaiki mutu lakonan.


Foto: IG

“Penonton dan peminat meletakkan harapan besar untuk melihat lakonan dan gandingan yang berkesan apabila melihat seseorang pelakon yang diminati tampil di kaca televisyen. Saya terbuka untuk bergandingan dengan sesiapa pun sama ada dia pelakon baharu atau lama.


“Malah saya juga tidak kisah untuk membantu, mengajar pelakon baharu asalkan mereka mahu belajar, letakkan dedikasi dan buang ego mereka ke tepi.

“Penonton percayakan lakonan saya dan bila saya keluar di kaca televisyen, mereka meletakkan harapan untuk melihat keberkesanan lakonan dan dengan siapa saya bergandingan,” katanya.



Zul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 di Hotel Royale Chulan The Curve, semalam.

FFM31 akan berlangsung pada 10 Disember depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang mempertaruhkan 55 buah filem.

Buat pertama kalinya, pemenang Filem Terbaik akan membawa pulang trofi dan geran Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000.

Selain itu, dalam rendah diri, pelakon filem Penunggang Agama itu berkata, dia bukanlah seorang pelakon yang baik, namun akan cuba untuk menjadi pasangan aktor yang mudah memberi kerjasama.



“Bila berlakon, kita tidak boleh ‘fly’ solo. Kalau saya seorang yang memberi, ia tidak akan menjadi. Jadi saya tidak kisah untuk ‘baby sit’ pelakon gandingan saya di set penggambaran, walaupun saya tidak dibayar untuk berbuat demikian,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keterbatasan lakonannya selepas memilih untuk mendalami agama bersama Ustaz Ebit Lew sebelum ini, aktor ini ada jawapan tersendiri.

Menurutnya, dia mahu memperbaiki lisan dalam usaha menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.



“Ramai sudah tanya soalan ini dan apa yang boleh saya katakan, saya akan cuba jaga lisan dahulu. Perubahan itu akan berlaku secara perlahan-lahan.

“Bila berlakon, bukan saya yang request untuk dukung heroin saya. Tetapi saya hanya mengikut perjalanan cerita yang ditetapkan.




“Kalau dukung pun, saya tak rasa apa-apa. Terasa seperti mendukung kerusi sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, Zul pernah terkait dengan kontroversi mendukung heroin dalam sebuah drama lakonannya sehingga mencetuskan kontroversi. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Siput_Sawah 2-12-2021 02:53 PM
skeri aku tgk urat urat yg menjalar kat kulit dia tu.
Quote beta_carotene 2-12-2021 03:03 PM
video 36 minit yang membazirkan masa..
Quote ashcroft86 2-12-2021 03:05 PM
Herloknya heols gmabar yang salam jumaat tu.
Quote mamajawie 2-12-2021 03:21 PM
walaupun gelimat tengok urat 1 badan tapi tetap penampakan tasty yachhh
Quote Acikgomen 2-12-2021 03:23 PM
Soh pelakon yg nak beganding dgn heshe buang ego tuh tingat pulak jah ronsen
Selalunye heshe akan layan geletis rentis yg pairing dgn heshe, tapi masa dgn jah ronsen nampak heshe buat bodo jehhh
Sian jahhhh
Quote dudaberhias 2-12-2021 03:26 PM
Sooo heolss nak kata lobak masin heolss kendur je lah masa dukung heroin tu?

Tapi iols side bam zul sebab heroinnn heols dukung tu semua haukkk2... Patutnya dukung @Acikgomen yang meletop kebaboom dan @kurex

Ni tak pepasal macam kena rebus lobak masin heolss angkat cikki2 berwajah lessy yang muka tua sebelum usia tu

Kalau tukar iols jadi bamzul pun terus menopos iols kat situ, esok dah pakai lampin dewasa lepas dukung cikki2 tu
Quote Acikgomen 2-12-2021 03:28 PM
dudaberhias replied at 2-12-2021 03:26 PM
Sooo heolss nak kata lobak masin heolss kendur je lah masa dukung heroin tu?

Tapi iols side bam zul ...

Takut patah pulak tangan heshe kalo dukung acik
Quote CiskekYumm 2-12-2021 03:29 PM
Meluatnya
Berlakon tak best, dialog tak keluar abis duk kulum ayat, cover macho.
Bergesel suka lah, dgn senyum senget tu.
Eee geli
Quote Afifi82 2-12-2021 03:33 PM
Geli tengok urat2 kat peha dia tu. Besar bagak sangat la badan dia ni.
Quote lasagna 2-12-2021 04:10 PM
Afifi82 replied at 2-12-2021 03:33 PM
Geli tengok urat2 kat peha dia tu. Besar bagak sangat la badan dia ni.

dia kan buzz lightyear aka peti es 4 pintu.. cer perati tgk
Quote QueenIsabella 2-12-2021 04:10 PM
ya didukung pun badan mcm papan lapis mcm budak darjah 3 je pung!
sian jah.. antara jejantz yg meng ‘who are youss’ kan si jah.. walaupun gigih si jah menggesel2 dkt bamjul ni dulu, ig story segala kan! sedeyh la jah
Quote Kurex 2-12-2021 04:11 PM
semoga dapay didukung zul ripin sambil zul ripin lalu zul ripin pangku kurex pangku atas ribanya yang berurat dan kekar itu
Quote Afifi82 2-12-2021 04:13 PM
lasagna replied at 2-12-2021 03:10 PM
dia kan buzz lightyear aka peti es 4 pintu.. cer perati tgk

Kan? Geli sungguh la tengok mcm kayu balak gitu . Seram sis. Hihihihi.
Quote winky1 2-12-2021 04:14 PM
Statement yg boleh backfire anyways siapa kerusi tu atau kerusi2....
Quote Kurex 2-12-2021 04:14 PM
dudaberhias replied at 2-12-2021 03:26 PM
Sooo heolss nak kata lobak masin heolss kendur je lah masa dukung heroin tu?

Tapi iols side bam zul ...

bamzul angkat @Acikgomen guna jengkaut lalu humban ke gaung..
Quote hanihan16 2-12-2021 04:19 PM
kerusi disamakannya ngko dik najwa. dah la dia kata dia babysit ngko, bertabahlah iye
Quote sharlenetexas 2-12-2021 04:23 PM
Acikgomen replied at 2-12-2021 03:23 PM
Soh pelakon yg nak beganding dgn heshe buang ego tuh tingat pulak jah ronsen
Selalunye heshe ak ...

Mana jubah bamjul acik? Kena kambus belakang rumah ke?

Quote niena90 2-12-2021 04:36 PM
Dia ni berlakon la watak apa2 pun tetap sama feeling2 serious machonya, butir2 dialog x lepas keluar dgr pun mcm x ikhlas. Tak versatile lgsg, tak paham nape suka sgt pggl dia berlakon.
Quote Acikgomen 2-12-2021 05:07 PM
Kurex replied at 2-12-2021 04:14 PM
bamzul angkat @Acikgomen guna jengkaut lalu humban ke gaung..

Gamak kannnn chuols nak soh jolrepen buang acik ke gaung
Sape lagi yg akan bediri teguh dibelakang chuols memberi sokongan tehadap cinta telarang chuols dgn jolrepen pensel kontot neh

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.050878 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top