CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Akhirnya Terbongkar Juga Punca Siti Saleha Nak Sangat Cerai Dengan Suami

2-12-2021 02:19 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 41315| Komen: 99|Original author: Oleh: Saiful

Description: Tiada persefahaman, menjadi punca utama Siti Saleha tuntut cerai daripada suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.
Tiada persefahaman, menjadi punca utama Siti Saleha tuntut cerai daripada suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.

Punca berkenaan didedahkan sendiri oleh  peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili aktres berkenaan.



Foto: IG

Menurut mStar Online, Siti Saleha bersama peguamnya hadir bagi prosiding mendengar laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung kes tuntutan perceraiannya namun ia ditangguhkan pada 17 Januari depan.

Hakim Syarie Mohd Hairuddin Abdul Rahim menetapkan tarikh berkenaan bagi membaca laporan JKP dan menentukan sama ada perintah perceraian dengan talak atau shiqaq perlu dikeluarkan atau tidak.



Foto: mStar Online

Difahamkan Siti Saleha ditemani oleh ibu bapanya.

Azmi berkata, "Prosiding tadi adalah untuk menilai proses JKP tapi ditangguhkan pada 17 Januari kerana defendan dan wakil JKP tidak hadir.



"Defendan dan wakilnya tidak hadir pada sesi sebelum ini kerana berada di luar negara.

"Jadi JKP akan diadakan sekali lagi sebelum 17 Januari dan hakim akan membacakan laporan itu sama ada menilai perintah shiqaq perlu dikeluarkan dan seterusnya pelantikan hakam."



13 Oktober lepas , Siti Saleha hadir ke mahkamah bagi kes sebutan perceraiannya dengan Ahmad Lutfi.

Untuk rekod Siti Saleha dan Ahmad Lutfi berkahwin pada 28 Julai 2017.



Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bedahmenjuyah 2-12-2021 02:27 PM
Payah nampaknya nak dpt cerai. Bertabahlah Sally. Moga yg baik2 aja. Dia pun bukan kaki kontroversi so moga dipermudahkan.
Quote cruz2 2-12-2021 03:04 PM
Ermmm mcm lakinya bermslh..semoga dipermudahkan.saleha ni pon bukan jenis jaja cerita peribadi merata2
Quote AshkieLa 2-12-2021 03:38 PM
17 Jan sebut balik...
siyot punya jantan... cerai jela.
dahla pompuan ade eddah... saje letew kan.
Quote rbmy 2-12-2021 03:40 PM
cruz2 replied at 2-12-2021 03:04 PM
Ermmm mcm lakinya bermslh..semoga dipermudahkan.saleha ni pon bukan jenis jaja cerita peribadi merat ...

suaminye kerje gomen kan...ke bukan?
Quote makadek 2-12-2021 03:45 PM
Payah nya nk cerey
Kawin pn payah serba serbi payah
Quote Lagubestbest 2-12-2021 03:53 PM
kes somi tak kaya ke cmne ni? mcm nadia brian..
Quote Acikgomen 2-12-2021 03:56 PM
So ape sebab musabab deyols becerai sepol
Chuols sengaja kan buat tajuk tered clickbait
Quote SpyLeman 2-12-2021 03:57 PM
Suaminya buat susah2 ni sbb masih sayangkan isteri atau saja nak susahkan isteri?
Quote cmf_PariS 2-12-2021 04:00 PM
moga baik2 saja pada beliau
Quote lasagna 2-12-2021 04:04 PM
tak pe laa sally, dh hubby chuols pun tak dpt nk bahagiakan uols.. berpisah jer laa. chuols pun bukan ada byk kontroversi pun, chuols bleh hidup berdikarikan.. offer drama pun byk juga.
Quote dejure 2-12-2021 04:10 PM
makadek replied at 2-12-2021 03:45 PM
Payah nya nk cerey
Kawin pn payah serba serbi payah

Mmg susah kalau perempuan yg minta cerai..senang kalau laki dia ada kes polis ke,mcm leha ni penah kena cedera dgn laki dia dan dia ada simpan bukti.kalau x mmg payah nk dpt cerai
Quote hanihan16 2-12-2021 04:16 PM
dia ni walaupun berlakon kadang cakapnya ada slang sikit, tapi i suka je banding dgn pelakon lain yg berslang2 ni.
Quote gigihadid 2-12-2021 04:17 PM
Acikgomen replied at 2-12-2021 03:56 PM
So ape sebab musabab deyols becerai sepol
Chuols sengaja kan buat tajuk tered clickbait

tau xpe.. clickbait sungguh tajuk die..
Quote manehnya 2-12-2021 04:18 PM
Lawa cm ni pun laki x nak sefahamkan sefahaman... Apa yg susah nya jaga hati perempuan ni..? Yes to everything ja kan?
Quote sharlenetexas 2-12-2021 04:27 PM
Mak sheols dtg KL ke?
Quote fazila17 2-12-2021 04:33 PM
Moga dipermudahkan segala urusan

Suka sally ni… pandai bawak diri dlm industri
Quote dudaberhias 2-12-2021 04:34 PM
Bercerai je lah kalau dah itu yang terbaik... Tak sefahaman tu mungkin banyak sebab la tu... Susah hokkeh kalau tak sefahaman dalam relationship, tapi rugi la sheols tak dapat tangkap vvip... Ni dah jadi jejandan takde chance la nak jadi wife.. sekadar concubine dan consort boleh la
Quote silampumeja 2-12-2021 05:08 PM
Lagubestbest replied at 2-12-2021 07:53 AM
kes somi tak kaya ke cmne ni? mcm nadia brian..

Dua2 laki geng org umno kan ... Zaman umno mendonia sebelum pru 2018.  Skrg so-so je rasanya
Quote chekacheku 2-12-2021 05:11 PM
Ni dah tawar abes la hati ni..yg laki plak xpaham2 rs diri tu perfect sgt..

Lihat semua komen(99)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-1-2022 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.078780 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top