CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kefli AF Kini Jadi Penghantar Makanan, Betul Ke?

2-12-2021 12:53 PM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 9359| Komen: 75|Original author: ameenarara

Description: Seorang pembaca Gempak telah mendedahkan tentang pekerjaan yang dilakukan Kefli, bintang Akademi Fantasia Musim Ketiga setelah sekian lama menyepi dalam industri seni.
Seorang pembaca Gempak telah mendedahkan tentang pekerjaan yang dilakukan Kefli, bintang Akademi Fantasia Musim Ketiga setelah sekian lama menyepi dalam industri seni.


Foto: Sumber Internet

Dia berkongsi tentang peristiwa setelah membuat pesanan makanan di Grab dan terkejut apabila wajah dan nama penghantar makanan itu adalah Kefli.

Sebagai penonton setia Akademi Fantasia, dia amat yakin penghantar makanan itu adalah Kefli AF3 yang pernah popular suatu ketika dulu.

Foto: Gempak


Dalam pada itu, dia juga dapat mendengar jelas suara Kefli yang memohon maaf padanya kerana air yang dipesan tertinggal di kedai.

Untuk menjelaskan keadaan itu, Kefli meminta supaya dia membuat aduan kepada Grab jika perkhidmatan tidak memuaskan namun dia tidak sampai hati untuk mengadu.

Foto: Gempak

Pembaca itu berharap Kefli dapat bersinar kembali ke dalam bidang seni suatu hari nanti dan mendoakan agar Kefli dilimpahi rezeki.

Semua orang sedang bergelut mencari rezeki dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ini namun asalkan ia halal, kita jalan terus! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 2-12-2021 01:04 PM
x layan AF jadi x kenal
Quote beatgirlX 2-12-2021 01:08 PM
Dia ni cute dulu..gossip ngan Marshaaa...
Hahaha..nampak nau dulu aku layan AF..tapi sampai session 3 je
Quote Fly_over 2-12-2021 01:08 PM
ala kepohnya pembeli tu. tu pun ko nak bagitau gembak buat berita.
Quote bbasir 2-12-2021 01:08 PM
xpe la keje dgn grab food. asalkan halal dan x menyusahkan orang lain.. dorg ni pun org biasa juga.. tak keje xde la makan
Quote dudaberhias 2-12-2021 01:10 PM
eee apa salahnya? janji rezeki halal... entah2 yang kepoh2 ni pun gaji lagi bawah dari kefli yang hari2 mengigih hantar makanan tu... pakej rumah macam kapal pecah lagi buruk dari si kefli...
Quote orkidorkido 2-12-2021 01:10 PM
Why not? Come on la, maybe dia ok jer hidup. Rajin cari rezeki cara halal. Buat macam ni macam memalukan dia jer. Come on la
Quote dudaberhias 2-12-2021 01:15 PM
orkidorkido replied at 2-12-2021 01:10 PM
Why not? Come on la, maybe dia ok jer hidup. Rajin cari rezeki cara halal. Buat macam ni macam memal ...

khennn kaka... lepastu macam merendah2kan pekerjaan rider dan penghantar makanan...
tak nampak ke kat twitter berderet2 orang tunjuk komisyen berbelas K tu...

ni yihh... ada acik2 duk gebang anak deorang engineer hujung2 gaji 2k jah rhopernya...
Quote Pujangga22 2-12-2021 01:15 PM
ingt gaji food rider sikit ker..
Quote cik_ingeniare 2-12-2021 01:21 PM
Musim musim pandemik ni meols support ja siapa yg buat extra money dengan grab or others.. kalau rajin memang lebih wehh dari gaji minimum negara kita ni
Quote Kurex 2-12-2021 01:21 PM
Kalau dia ni hantar makanan dekat rumah iols, iols akan pelawa dia masuk rumah lepas. Kalau hujan, iols sendiri bawakkan payung jemput dia masuk..
Quote Kurex 2-12-2021 01:24 PM
Btw, pekerjaan ni ok je la acik oi.. bukannya dia buat kerja bukan2 pun. Hayoooo
Mesti ni acik kepam yg minat AF lepas tu follow diari semata2 nak gosip dgn member..
Quote mesmerize 2-12-2021 01:26 PM
kenapa perlu war2 kan pada press? biarkanlah nak jadi rider foodpanda ke delivery boy J&T ke.. kerja yang halal, jauh lagi elok dari konon2 kaya hujung2 rupanya jadi scammer
Quote dudaberhias 2-12-2021 01:28 PM
Kurex replied at 2-12-2021 01:21 PM
Kalau dia ni hantar makanan dekat rumah iols, iols akan pelawa dia masuk rumah lepas. Kalau hujan, i ...

Khennn, tapi herlok lagi ke heols sekarang ni?l
Kalau syafi tee, hun haqeem yang hantar makanan tu silap2 iols bagi tips sekali dengan pakej kerja dengan iols terus sebagai PA gittew.

Kita kena la tolong orang yang sedang mencari rezeki

Btw elok la dia kerja food delivery ni dari kerja dok pedajal orang suruh kambuih produk2 expired timbang kilo yang tak laku tu kekonon nak menolong dan kongsi rezeki, hujung2 rupanya deep dalam hati nak kayakan diri sendiri je
Quote wallflower 2-12-2021 01:31 PM
Rezeki halal. Dari duduk je mengeluh job kureng. Bkn semua ditakdirkan menyinar dlm industri seni.Even orka yg ada modal buat album sundrik, tetap sendu.
Quote Acikgomen 2-12-2021 01:33 PM
beatgirlX replied at 2-12-2021 01:08 PM
Dia ni cute dulu..gossip ngan Marshaaa...
Hahaha..nampak nau dulu aku layan AF..tapi sampai session  ...

Masa nak masuk af tu heshe ade awek kan
Awek tu tetiap minggu dok pi tgk konsert bagi sokongan
Ujong2 af abis, ko break up dgn minah tu sbb nak tumpu kat karier nyanyian kononnnnnn
Takut peminat lari lettewww
Ujong2 ko takde awek pun peminat lari jugak
Quote mendeluk 2-12-2021 01:35 PM
Ok ape. Yang tak tahan dekat twitter ramai anggap kerjaya artis ini kaya raya. Walhal tak. Kalau takde job, hilang lah carian rezeki. Unless kau ct.
Quote Nurul_007 2-12-2021 01:37 PM
dia ni  AF batch sama dengan mawi world.mawi je yg popular masa tu dengan marsha yg lain tak menyinar pun.kalau ada pun akma skrg jdi host amelia jadi pencipta lagu.muka cute tak menjamin pun masa tu sebab mawi popular gila masa tu.ok lah rezeki masing2

Quote winky1 2-12-2021 01:38 PM
No issue.... Bukan ambil hak org menipu atau merompak
Quote Nurul_007 2-12-2021 01:39 PM
Acikgomen replied at 2-12-2021 01:33 PM
Masa nak masuk af tu heshe ade awek kan
Awek tu tetiap minggu dok pi tgk konsert bagi sokongan
Ujo ...

ya meols ingat ni sebab jadi artis terus tinggal gf sama juga mcm mawi ujung2 tinggalkan tunang.misti gf tak menyesal tinggalkan kefli ni

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062401 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top