CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Gali Kubur Isteri Sebab Tak Tahan Rindu

30-11-2021 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2023| Komen: 15

Description: Jakarta – Gara-gara tidak tahan menanggung rindu, seorang lelaki dari Ponorogo, Jawa Timur bertindak menggali kubur isterinya yang baru sebulan meninggal dunia, lapor laman berita Suara.com.
Jakarta – Gara-gara tidak tahan menanggung rindu, seorang lelaki dari Ponorogo, Jawa Timur bertindak menggali kubur isterinya yang baru sebulan meninggal dunia, lapor laman berita Suara.com.


Berdasarkan klip video yang dikongsikan di TikTok, lelaki tersebut dilihat sedang menggali kubur isterinya menggunakan cangkul.

Dia dikatakan masih tidak dapat mempercayai bahawa isteri yang amat dicintainya telah ‘meninggalkannya’. 


Foto: Suara.com

“Rindu terhadap isteri yang sudah meninggal dunia sehingga nekad menggali kubur,” demikian tulis keterangan dalam video tersebut.


Tindakan lelaki itu bagaimanapun dapat dihalang oleh penduduk setempat dan pihak polis yang pergi ke kawasan kubur tersebut bagi menghentikan perbuatannya.

Sementara itu, menurut laporan laman berita Tribun News, tindakan lelaki itu bukanlah kali pertama  kerana dia turut melakukan perkara yang sama pada hari ketujuh kematian isterinya.

Lelaki berkenaan juga  dilaporkan mengalami gangguan mental sejak kecil dan dia mengakui menerima bisikan ghaib menyuruhnya melakukan perkara demikian.

Ketika polis tiba, dia dilaporkan telah menggali sedalam 80 sentimeter.

Video lelaki tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen mengenai tindakannya.

“Gara-gara menonton video ini, saya menjadi bertambah sayang kepada isteri. Susah dan senang selalu bersama. Semoga kami dapat sehidup semati,” komen seorang netizen. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 30-11-2021 10:15 AM
di dunia ini semuanya milik tuhan, tiada satu pun milik manusia
Quote Adrif 1-12-2021 02:00 AM
ifanonline replied at 30-11-2021 10:15 AM
di dunia ini semuanya milik tuhan, tiada satu pun milik manusia

betul. terutamanya orang tersayang.
memang susah nak menerimanya, tapi itulah hakikat

atok nenek, mak ayah, adik-beradik, anak-anak
semuanya satu hari akan pergi. sama ada cepat atau lambat

kena redha. dalam dunia ni, semua pinjaman, tiada yang kekal
Quote Simunggu 1-12-2021 08:37 AM
yg hidup akan mati, yg lama akan diganti dgn yg baru...dunia akan kekal, makhluk akan hilang silih berganti...itu kenyataannya
Quote batu kikir 1-12-2021 08:43 AM
Simunggu replied at 1-12-2021 08:37 AM
yg hidup akan mati, yg lama akan diganti dgn yg baru...dunia akan kekal, makhluk akan hilang silih b ...

Dunia pun tak kekal jugak
Suatu ketika nanti dia akan musnah
Quote Supersirap 1-12-2021 08:43 AM
Menanggung kerinduan itu amat perit, tetapi redha lah dengan apa jua yang berlaku
Quote damsel_fiji 1-12-2021 08:46 AM
ummah jawa ni sanggup buat apa jah utk content tiktok ..percaya la sgt korg
Quote Simunggu 1-12-2021 08:55 AM
batu kikir replied at 1-12-2021 08:43 AM
Dunia pun tak kekal jugak
Suatu ketika nanti dia akan musnah

sayang kau dan aku tak nampak bila dunia hancur
Quote Decaffeinated 1-12-2021 09:14 AM
Lelaki berkenaan juga  dilaporkan mengalami gangguan mental sejak kecil dan dia mengakui menerima bisikan ghaib menyuruhnya melakukan perkara demikian.

Perlu ka nak komen?
Quote Decaffeinated 1-12-2021 09:15 AM
Simunggu replied at 1-12-2021 08:55 AM
sayang kau dan aku tak nampak bila dunia hancur

Sabah ada gempa bumi kan?
Quote Simunggu 1-12-2021 09:19 AM

masih juga kau dan aku tak akan nampak dunia hancur...kau yg hancur duluan
Quote dekmieDandy 1-12-2021 11:09 AM
teringat yang dulu tu anak gali kubur mak sebab rindu... kat belah sana jugak
Quote gideoncross 1-12-2021 12:47 PM
Decaffeinated replied at 1-12-2021 09:14 AM
Lelaki berkenaan juga  dilaporkan mengalami gangguan mental sejak kecil dan dia mengakui menerima bi ...

Iol pun fokus bab part ni bila bca artikel ni.
Quote batmana 1-12-2021 12:56 PM
Klu dh mental dari kecil... manalah sah akad nikah..indon2
Quote Artemesiaa 1-12-2021 12:58 PM
Mental rupanya patutlah
Quote syaz_lina 1-12-2021 04:48 PM
Mental.rupanya. apa nak dikata, gila tak wajib solat

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.064611 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top