Restoran Anjung Ikan Bakar Nory, yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi menjual sayur kailan ikan masin dengan harga yang tidak setara dengan kuantitinya, mengakui mereka mungkin tersilap meletakkan harga atau menyediakan saiz hidangan yang salah.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook mereka, restoran terbabit berkata harga bagi hidangan kailan ikan masin tersebut berbeza mengikut saiz iaitu hidangan bersaiz S dijual pada berharga RM6, M (RM12) dan L (RM18). "Mungkin ada kesilapan yang tak disengajakan daripada pihak kami. Harap perkara itu tidak berlaku lagi. "Kesilapan kami, mungkin juruwang kami tersilap memasukkan harga pesanan hidangan bersaiz besar (L) ataupun mungkin pesanan dibuat bersaiz besar tetapi pekerja bahagian dapur telah menyediakan hidangan tersebut bersaiz kecil (berdasarkan gambar yang tular)," tulisnya.
Sementara itu, restoran terbabit berkata, pelanggan yang berdepan dengan isu tersebut sepatutnya tampil bertemu dengan mereka secara terus dan tidak memuat naik di laman media sosial sehingga menjadi tular. "Jika pihak kami silap, boleh datang terus bertemu kami untuk menyelesaikan isu ini dan bukannya ditularkan (di media sosial)," kata kenyataan itu. Pada Ahad tular di media sosial harga sebungkus masakan sayur kailan ikan masin dijual pada harga RM18 di sebuah restoran di Kepala Batas. Perkongsian itu dibuat seorang pelanggan di media sosialnya yang mendakwa harga masakan bagi seorang makan yang dibelinya itu terlalu mahal. Pelanggan berkenaan memuat naik gambar sayur kailan ikan masin yang dibeli berserta resit pembayaran yang memaparkan harga RM18 bagi sebungkus sayur tersebut. Perkongsian pelanggan terbabit mendapat perhatian ramai sehingga tular di laman sosial yang rata-rata mendakwa harga tersebut mahal. Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) kepada peniaga sebuah restoran berhubung hantaran di media sosial mengenai hidangan kailan ikan masin pada harga RM18. Dalam kenyataan pada Isnin, KPDNHEP Pulau Pinang dilaporkan berkata, peniaga itu perlu memberi maklum balas berhubung NPMB dalam tempoh dua hari bekerja bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut. "Berikutan itu penguat kuasa kami telah pun ke lapangan (restoran) untuk menyiasat aduan itu semalam (Ahad) dan mengeluarkan satu notis NPMB kepada peniaga restoran berkenaan dan (mereka) perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari kepada KPDNHEP Pulau Pinang," menurut kenyataan itu. - CARI Sumber: mStar/ Sinar Harian
|
~boolean replied at 30-11-2021 11:56 AM
kedai memang ada hidang saiz S, M, L macam baju ke..?
selalunya aku order ikut hidangan makan 2 ora ...
pinksarah replied at 30-11-2021 01:09 PM
minggu lps kitchen i buat silap, customers ordered dlm grab 3 items, tp kitchen prepared 2 items..
...
ketipongtipah replied at 30-11-2021 05:13 AM
Pengusaha makan grab food ni pon patut dipantau.
Nampak sangat nak save cost.
Byk kali terkena se ...
TomyamPuteh replied at 30-11-2021 11:58 AM
@dudaberhias mmg suka saiz besar.
pinksarah replied at 30-11-2021 01:23 PM
you kena mcm mana?
so far i dgn grab x de masalah lg..
taji2906 replied at 30-11-2021 06:27 AM
bukak kedai apa n katne? boleh support beli
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.119527 second(s), 65 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.