CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Berang Lamaran Ditolak Banyak Kali, Wanita Dipaksa Kahwin Mati Disiram Asid

29-11-2021 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2127| Komen: 14

Description: Bandung: Seorang wanita di Jawa Barat maut selepas disiram 'air keras', sejenis asid selepas dikatakan berkahwin kerana terpaksa.
Bandung: Seorang wanita di Jawa Barat maut selepas disiram 'air keras', sejenis asid selepas dikatakan berkahwin kerana terpaksa.

Sebelum ini, mangsa berusia 21 tahun itu sudah tiga kali menolak pinangan suaminya sebelum akhirnya bersetuju.

Persetujuan mangsa untuk berkahwin itu didorong desakan keluarga selain suaminya berulang kali melamarnya.

Gambar Hiasan

"Mangsa kelihatan seperti terpaksa kerana memikirkan keluarga," kata bapa saudaranya, Rizwan Maulana.

Suspek adalah lelaki berasal dari Timur Tengah dan menjadi rakan kongsi perniagaan ibu mangsa.


Menurut Rizwan, suspek sering berkunjung ke rumah mangsa namun jarang berkomunikasi kerana tidak fasih berbahasa Indonesia.

"Walaupun sudah enam tahun menetap di Indonesia namun suspek hanya boleh berbahasa Inggeris dan Arab saja," katanya.

Katanya, selepas berkahwin mangsa dilarang keluar rumah dan membeli barang keperluan harian selain tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang sekeliling.

Suspek bertindak sedemikian hanya selepas bernikah walaupun sebelum ini perlakuannya disenangi keluarga isteri. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 29-11-2021 12:12 PM
menyesal lah keluarga pompuan tu kan, sebab paksa2 dia kawin dengan laki tu.
sialan punya jantan..
Quote angelofish 29-11-2021 12:54 PM
orang timur tengah kan memang layan bini macam tu
Quote musangbodoh 29-11-2021 02:54 PM
x dpt sauk mak...dpt anak lepas gera m tros...cilakak punya pak arab...dorang ingat kasta dorang tggi atas bumi nie
Quote tipah89 29-11-2021 04:30 PM
pak arab ni ganas belaka..mesti nyesal gila family pompuan tu
Quote asfaz 29-11-2021 04:57 PM
Anak taknak , dipaksa2. Sekarang rasa apa? Menyesal pun dah tak guna. Kesian perempuan tu
Quote L211 30-11-2021 01:04 AM
https://youtu.be/rAxXNy1Les0   Ni kisahnya.. jantan arab mmg tak guna..
Quote nononcrux 30-11-2021 08:09 AM
paksa bukan jalan penyelesaian sebaiknya, berbincang kata putus.. kenapa bodo sgt sang keluarga
Quote slyfynx 30-11-2021 08:30 AM
Chop, air keras?
Hard water ke?
Tp hard water ni air yang banyak mineral. Bukan acidic sgt pun.
Quote copy_paste 30-11-2021 08:43 AM
ini yg dikatakan jual anak demi biz,
Quote DayangKirana 30-11-2021 10:16 AM
girl ni cantik, sebab mix arab sunda..
but jantan ereb tu takde rupe mcm 29 pon...more like 39..
muka tua hoccay!
Quote Dwdrum 30-11-2021 12:00 PM
L211 replied at 29-11-2021 09:04 AM
https://youtu.be/rAxXNy1Les0   Ni kisahnya.. jantan arab mmg tak guna..

Ereb ada stuborness pelik dari bangsa lain.... I pernah kena di ganggu ereb due my work..... Even sudah explain i sudah kahwin masih in denial.... Minta tengok ring dan husband segala.... Memang annoying sangat....
Untuk tidak OT Arwah dia cuba tabur duit.. Ambil peluang sebab kelebihan dia... Jijik sangat.. Memang depa buat akan sampai dapat....
Quote 3chanceno 30-11-2021 12:25 PM
Tak boleh brain betul...Dah nikah baru nak aniaya bini

Pasal $ semua boleh termasuk 'jual' anak
Quote cik_kuntum36 1-12-2021 12:35 PM
Kesian nya... menyesal xsudah family dia... sape suh paksa kawen.... org belah2 Timur Tengah ni mmg karas ngn bini dia (dengar cite org jek )
Quote tikusmontok 1-12-2021 01:05 PM
Mooverine replied at 29-11-2021 12:12 PM
menyesal lah keluarga pompuan tu kan, sebab paksa2 dia kawin dengan laki tu.
sialan punya jantan..

Indon... tak nyesal manapun..asalkan pak ereb suap wang rupiah setimbun

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.048238 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top