CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul Kawan Hamil, Belah Perut, Curi Bayi

29-11-2021 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1817| Komen: 12

Description: Brazil– Seorang wanita dari Brazil dijatuhkan hukuman penjara 57 tahun selepas didapati bersalah memukul rakannya yang hamil sehingga mati dengan menggunakan batu bata sebelum membelah perut dan menc ...
Brazil– Seorang wanita dari Brazil dijatuhkan hukuman penjara 57 tahun selepas didapati bersalah memukul rakannya yang hamil sehingga mati dengan menggunakan batu bata sebelum membelah perut dan mencuri bayi dalam kandungan wanita itu, lapor akhbar New York Post.


Tertuduh, Rozalba Maria Grime, 27, dalam kejadian pada 27 Ogos tahun lalu telah mengajak mangsa, Flavia Godinho Mafra, 24, ke sebuah kawasan tapak tembikar lama di bandar Canelinha.

Grime kemudiannya bertindak memukul mangsa beberapa kali pada bahagian kepala dengan menggunakan batu bata sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Grime, Foto: Newsflash

Dia kemudian menggunakan sebilah pisau untuk membelah perut mangsa dan mengeluarkan bayi dalam kandungannya sebelum menyembunyikan mayat wanita itu.

Selepas melakukan pembunuhan kejam tersebut, tertuduh pergi ke hospital bersama kekasihnya dan memaklumkan kepada jururawat di situ bahawa dia baru melahirkan seorang bayi.

Pihak hospital bagaimanapun mencurigai dakwaan tertuduh, lantas menghubungi polis.

Semasa perbicaraan yang berlangsung selama 15 jam, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia telah merancang jenayah itu dan mengkaji mengenai cara-cara mengeluarkan bayi yang belum lahir dari rahim serta cara-cara memalsukan simptom kehamilan dan melahirkan anak.

Dia disabitkan dengan jenayah pembunuhan kejam, cubaan membunuh bayi, menyembunyikan mayat, menghalang keadilan, menculik kanak-kanak bawah umur dan menafikan hak bayi yang baru lahir. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dealova04 29-11-2021 09:41 AM
kejam nye lahaiii
Quote chinta89 29-11-2021 09:56 AM
Semasa perbicaraan yang berlangsung selama 15 jam, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia telah merancang jenayah itu dan mengkaji mengenai cara-cara mengeluarkan bayi yang belum lahir dari rahim serta cara-cara memalsukan simptom kehamilan dan melahirkan anak.


tp x dpt tipu pihak hospital jgk.. dh ko beranak, mmg la nurse n doc nk check badan tuh
Quote stingerbasics 29-11-2021 10:19 AM
Fuuh semangat...aku ingat ticher chzy.....

Hati hati chzy.....

Kami paham time is bad...so please...jgn upah org utk lakukan perkara ini terhadap ko ok?
Quote Friska 29-11-2021 10:35 AM
Duh horror banget beritanya
Quote Kurex 29-11-2021 11:07 AM
Bugisdumb atas ni ni tak penat ke menyamar jadi mbak indon?
Quote Kitty_catz 29-11-2021 01:52 PM
ehh boleh ehh cenggitu?
Quote lattehazelnut 29-11-2021 02:07 PM
Mcm Lisa Montgomery kan..
Tp biasa org cmni background story diorg sedih sgt..
Quote Artemesiaa 29-11-2021 02:51 PM
Mental betul sampai sanggup berbuat macam tu
Quote Suchi 29-11-2021 03:07 PM
Kat luar negara selalu ade berita gini, kat belah sini takde sapa heran nak curi baby dlm perut orang.
Maybe blm terdesak lagi kot takpun takde keberanian nak belah perut org.
Quote RinIna 30-11-2021 12:50 PM
Giler.. apa motif kau ni hah.. dengki dengan kawan kau ke smpai sggup bunuh
Quote ellejo 30-11-2021 12:56 PM
tempat shithole mcm brazil tu bersepah anak yatim dan street kids. culik je satu. kalo dorang hilang mmg nobody look for them. truth hurt tapi mmg tu hakikatnya di dunia fana ni. ni ko pi susah2 plot a crime.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040795 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top