CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mohon Jangan Jadikan Orang Miskin Sebagai ‘Content’

26-11-2021 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4411| Komen: 69

Description: Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, ungkapan itu dilihat bertepatan bagi menggambarkan budaya bersedekah perlu diamalkan setiap orang bagi membantu golongan kurang bernasib b ...
Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, ungkapan itu dilihat bertepatan bagi menggambarkan budaya bersedekah perlu diamalkan setiap orang bagi membantu golongan kurang bernasib baik.


Bagaimanapun, budaya bersedekah yang menjadi sebahagian daripada tuntutan agama dilihat sedikit tercalar apabila ada segelintir individu dengan sengaja membuka aib golongan miskin ketika melakukan kebaikan tersebut.

Dalam konteks ini, kesusahan golongan asnaf dipamer sebagai ‘content’ apabila menerima bantuan seterusnya memberi tekanan kepada keluarga apabila aib kesusahan dijaja.


Tangkap layar perkongsian Ustaz Yaakub Yusra berkenaan mesin ATM beras bagi kegunaan golongan asnaf, Foto: Kosmo


Menerusi satu perkongsian video di Facebook oleh Ustaz Yaakub Yusra Mohd. Yusoff yang juga Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD), beliau meminta agar kesusahan golongan asnaf tidak dijadikan ‘content’ untuk kandungan media sosial.

“Orang susah tidak mahu diaibkan, kekadang mereka terpaksa, ya Islam mengajar kita tangan memberi lebih baik daripada tangan menerima, tetapi janganlah memberi mendapat kredit dan menerima mendapat malu dan aib.

“Sebab itu kita lihat seluruh manusia dia dunia tidak suka dimalukan atau diaibkan, sebab kita kita harap dlama bab ini semua berhati-hati, memberi tidak salah tetapi memberilah dengan tidak calarkan maruah orang lain,” katanya.

Dalam perkongsian itu, Yaakub Yusra turut berkongsi mengenai projek Mesin ATM Beras MADAD bagi memastikan golongan asnaf terus dibantu selain mencapai sasaran sifat kelaparan dalam kalangan kumpulan tersebut.

Katanya, mesin ATM itu boleh digunakan di pejabat MADAD serta beberapa masjid terpilih di mana asnaf boleh mengambil beras bagi memenuhi keperluan harian mereka.

“Golongan asnaf hanya perlu berdaftar dengan imam atau pihak yang diberikan kuasa seterusnya akan menerima kad khas dan boleh digunakan untuk mengambil beras pada setiap hari.

“Satu mesin ATM boleh menampung kira-kira 250 kilogram beras dan mereka yang berminat untuk bersedekah, boleh menyerahkan beras itu kepada pihak MADAD untuk tindakan seterusnya,” jelasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 26-11-2021 11:34 AM
yayasan n badan2 NGO yang konon2 amat berat kebajikan org miskin la org palestin la org syria la sume tu tunjuk keadaan dhaif dan miskin depa ok ka cmne..heheh
Quote umbut 26-11-2021 11:48 AM
Betul tu.. Aku tgk mostly meleisss suka buat content kekonon ternampak pakcik makcik susah pastu buat karangan ayat berjela2 sambil background lagu sedih. Ko nak tolong tu tolong je lah jgn byk drama.. Ada nampak cina tolong letak makan terus blah takda nak ambik gambar drama bagai..
Quote Zaien 26-11-2021 12:01 PM
umbut replied at 26-11-2021 11:48 AM
Betul tu.. Aku tgk mostly meleisss suka buat content kekonon ternampak pakcik makcik susah pastu bua ...

demi secebis content..pada aku klau org lain yg tak kenal..
cth kejadian penderma x tahu pun diri direcord oleh org yg x dikenali..
okay lagi la.. ni asal nk buat baik.. stndby camera la.. record video la..
acah2 suci..
tahu la jadi cth kot org lain tgk mencontohi tpiiiiiiii iols rs nanti timbul la riak ape smua
haah trus content panjang2 org berpusu2 puji sanjungggg sakan kan...
Quote ilacantik 26-11-2021 12:18 PM
Poverty porn. Semoga forummers yg meols sayangi semua tak macam tu. Buat sampai tangan kiri tak tahu apa yg tangan kanan kasi.
Quote Kurex 26-11-2021 01:19 PM
Jangan jadi mcm kawan aku.. bagi sedekah duit dekat penagih dadah. Lepas tu kata tu urusan dia dgn Tuha
Quote mesmerize 26-11-2021 01:22 PM
mengharap puji-pujian la tu
Quote Cik_jantung 26-11-2021 01:24 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 08:02 AM

..........
Quote azimodin 26-11-2021 01:36 PM
Poverty porn untuk up-kan diri di mata masyarakat. Dulu kan kecoh jugak kes icon humanity india (non muslim) yg run hospice tapi guna jarum yg sama untuk cucuk ramai pesakit. Dapat fund berjuta2 tapi saje je x buat improvement kat pusat rawatan.
Quote ketipongtipah 26-11-2021 02:17 PM
Cik_jantung replied at 26-11-2021 01:24 PM
Masalahnya rakyat2 agama pun ramai buat gituuuuu... Sambil memberi...  sambil bergambar...  sambil b ...

KELUARGA MALAYSIA...bukti mandat rakyat tetap dipelihara gittew
Quote tumpanglalu74 26-11-2021 02:21 PM
Bersamamu tu ape pulak setan?  Takleh highlight rakyat susah sebab gomen maleh cari dorang ke hape??  Pungkok ayam.

Quote c===8 26-11-2021 03:01 PM
umbut replied at 26-11-2021 11:48 AM
Betul tu.. Aku tgk mostly meleisss suka buat content kekonon ternampak pakcik makcik susah pastu bua ...

paling cilanat ayat last.....tolong lah jagakan pakcik/makcik ni untuk saya


Quote wolfheart 26-11-2021 03:22 PM
umbut replied at 26-11-2021 11:48 AM
Betul tu.. Aku tgk mostly meleisss suka buat content kekonon ternampak pakcik makcik susah pastu bua ...

Betul. Nak tolong, tolong je ikhlas. Tak payah lebih2 buat content. Silap2 org yg ditolong tu tak sesusah yg digambarkan pun.

Teringat kes pelawak mat sentul. Org nmpk dia jalan kaki, terus tersebar cerita mat sentul hidup melarat padahal org tu memang selalu jalan kaki sebagai rutin utk jaga kesihatan dia. Pantang nmpk org jln kaki, terus ingat org tu miskin sgt? Apa punya mentaliti?
Quote ezacbee 26-11-2021 03:30 PM
Kurex replied at 26-11-2021 01:19 PM
Jangan jadi mcm kawan aku.. bagi sedekah duit dekat penagih dadah. Lepas tu kata tu urusan dia dgn T ...

Nak suh penagih mati cepat ke?

Quote naina 26-11-2021 03:47 PM
Kat FB kalau nak hari Jumaat maka berbondong2 la page madrasah, rumah anak yatim rumah kebajikan buat content sedih. Gunakan orang cacat sebagai juru cakap, tak pun ustaz2 terkenal untuk tazkirah..lepastu nak sedekah rupa2nya nya ada bayaran minimum rm10..huhu. sedekah jelah berapa pun kita suka.
Quote krustykrab 26-11-2021 04:31 PM
umbut replied at 26-11-2021 11:48 AM
Betul tu.. Aku tgk mostly meleisss suka buat content kekonon ternampak pakcik makcik susah pastu bua ...

Lps tu ajak ramai2 kutuk pusat zakat
Quote cmf_premierleag 26-11-2021 04:32 PM
meleis siap letak muka penerima kut.terang2 letal kt video bagai
tak reti ke nak edit dulu lahanatttt.cover la sket
Quote KIM.K 26-11-2021 04:34 PM
umbut replied at 26-11-2021 11:48 AM
Betul tu.. Aku tgk mostly meleisss suka buat content kekonon ternampak pakcik makcik susah pastu bua ...

Ada satu baru2 ni macam hanat
Selit RM50 dalam pisang bagi pak guard
Gigih tu potong sikit pisang semata nak selit RM50
Pastu amik video terang2 muka pakcik tu
Netizen bersorak plak tu
Quote cmf_premierleag 26-11-2021 04:34 PM
wolfheart replied at 26-11-2021 03:22 PM
Betul. Nak tolong, tolong je ikhlas. Tak payah lebih2 buat content. Silap2 org yg ditolong tu tak  ...

teringat ada kolig aku ni, dia selalu beli burger tepi jalan..sbb saja nk tlg brader tu sbb dia kesian.
skali x lama pastu dia baru tahu brader tu ada alphard vellfire
kwn aku ni lak stok2 turun naik lrt jah keter pun axia je
Quote ifanonline 26-11-2021 04:37 PM
manusia ni kadang2 menagih pujian dari manusia lain...sebab tu dlm soal derma, ramai berkongsi dlm sosmed utk dpt pujian...tetapi dlm islam pun tak salah utk war-war kan derma kita...cuma pandangan masing2 dlm aspek kebajikan

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.322072 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top