CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Gagal Dapat Kerja Sebab Syarikat Tak Nak Orang Gemuk, Nafas Berbau Bawang Putih

26-11-2021 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2346| Komen: 63

Description: Tahun 2021 sudah mengampiri penghujungnya, namun isu 'body shaming' bagaikan tidak berkesudahan.
Tahun 2021 sudah mengampiri penghujungnya, namun isu 'body shaming' bagaikan tidak berkesudahan.

Terbaharu, seorang pengarah pengambilan pekerja dari London tampil membuka cerita mengenai kisah beberapa individu yang gagal dalam temuduga mereka.


Dedah Faye Angeletta, ada syarikat yang tergamak memberikan alasan tidak masuk akal kerana enggan menerima calon pekerja tersebut.


Gambar Hiasan

Tambahnya lagi, ada calon pekerja yang tidak diterima hanya kerana dianggap memiliki badan terlalu gemuk.

Dalam satu temubual bersama Indy100, Angeletta akui berang dan turut menyelar sikap majikan syarikat berkenaan.

"Kalau anda (majikan) nak ambil pekerja berdasarkan rupa lebih baik anda buka agensi model," ujarnya.

Selain alasan gemuk, Angeletta berkata, ada juga calon yang gagal temuduga kerana mempunyai nafas yang berbau bawang putih. - CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brown_pupil 26-11-2021 09:54 AM
company aku pun ada ukuran BMI yg kena patuh. Kalau dah teruk sangat, memang akan kena warning. Berpatutan lah, ko dah terlalu overweight cemner nak berkejaran kat site. Belum tambah masalah penyakit yang comes with it.
Quote Samerosie 26-11-2021 10:05 AM
The original article sebut si boss yg reject candidate gemuk tu jual rumah, customer facing, kalau gemuk sangat sampai nak berjalan pun mengah, lepas tu mulut pulak bau garlic bila nak bercakap dgn customer, customer pun larik.
Quote Samerosie 26-11-2021 10:07 AM
brown_pupil replied at 26-11-2021 09:54 AM
company aku pun ada ukuran BMI yg kena patuh. Kalau dah teruk sangat, memang akan kena warning. Berp ...

Betul tu.  Kena lah tengok scope kerja.  Kalau kerja kat site susah la kalau obese, kurang pendengaran etc.  Merbahaya.
Quote airmineral 26-11-2021 10:17 AM
ikut jenis bidang keje la kan..
lagi 1, kalau tahap obes seriau juga kalau asik cuti xsihat, ganggu produktiviti company plk nnt

apa2 pun mmg kesihatan jadi keutamaan
Quote musangbodoh 26-11-2021 10:39 AM
kt mesia...bangsa yg dipilih...amekko
Quote Suchi 26-11-2021 10:49 AM
Kalau keje ko kena wat review makanan ke mukbang ke apa takpe la kot.
Sbb aritu iols baca komen org lelaki dia kata kalau pompuan pipi bulat yg kata sedap makanan kat kedai makn tu maknanya dia percaya laa sedap.
Kalau yg runcing badan kurus depa tak percaya sbb hat ni biasanya bukan kaki makan jenis makan tak abis kalau bawak makan kat kedai.
Bergantung kepada bidang keja ko gaklaa.
Kalau kena keja di lapangan yg memerlukan byk pergerakkan nnt ko gak yg merungut itu ini.
Quote DayangKirana 26-11-2021 12:10 PM
yer..those main peranan jugak dekk..
ni dah smpai tahap obese, dengan BO lagi..
adoi, memang on the bottom list le pegi nye..
Quote umbut 26-11-2021 12:18 PM
Betullah.. Kalo gemuk obes dah menyusahkan kerusi space. Soh buat kerja naik tangga turun tangga nanti penat. Soh keluar buat marketing pun penat. Client tengok pun ermmm.. Tapi kalo ko obes ada talent okler.. Senang citer kuruskan badan. Takda pilihan.. Manusia nak tgk yg sedap mata memandang
Quote KIM.K 26-11-2021 12:25 PM
Mulut bau bawang memang kesalahan ko sendiri dik. Sembur la earosol e.g ridsect H20 bagi neutral bau

Makcik aku cikgu morbid ko bayangkan nak naik tingkat 4 bangunan sekolah kena berhenti selalu amik napas
Quote Cik_jantung 26-11-2021 01:19 PM
Sorry to say... Klu aku jd bos pun aku xnak amek org ones. Bukan sbb bias tp sbb tak effective. Pergerakan akan terbatas. Masalah kesihatan akan berlaku.. sakit n mc . Ini kenyataan.. kena terima. Staf lain akan rasa bengang juga klu selalu nk cover kerja dia jer.

Jadi jgn salahkan comp yg taknak amek . Cubala turunkan berat dgn sungguh2.
Quote Kitty_catz 26-11-2021 01:42 PM
haku pun kut obese mmg reject sbb taraf kesiahatan tu kira tak memuaskan.. sok2 masuk spital bagai dah ke kaver 60 days.. apoooo

lgpn ofc haku ni kan panjat tangga.. mau terjelipok patah riuk MC pulekk

as of mulut berbau tu, pakai mask ni kurang le jughek bau2 mulut staff tp kut kejanyeh jumpa customer mmg tak seswai la if ada halitosis..

meols ingat lg dulu ada insurance agent ni nk pomot , mulut bau petai,, tau le lepas lunch but pls la gosok gg ke spare mints byk2 ke.. cam shial!
Quote Artemesiaa 26-11-2021 01:49 PM
Itulah realitinya kini semua tu diambil kira bukan takat kelulusan dan pengalaman je
Quote sharlenetexas 26-11-2021 01:55 PM
Kalau ketibas ketibus tu kesian la kat kelig.

Quote lurkingaround 26-11-2021 02:24 PM
.
https://www.sinarharian.com.my/a ... eluang-naik-pangkat - Polis gendut tiada peluang naik pangkat: Filipina - 30 Jan 2020

https://www.bharian.com.my/wanit ... hkan-orang-keliling - 2019/05 - gemuk-menyeksa-diri-susahkan-orang-keliling

Bila orang terlalu gemuk tak dapat kerja atau naik pangkat, salah siapa.? Salah sendiri lah.! Bukan salah syarikat.

Mungkin ada kerja yang sesuai untuk mereka.

Perlu ingat, orang2 terlalu gemuk atau obis juga boleh dibunuh oleh virus Covid.
.
Quote syamzana 26-11-2021 02:34 PM
Skip kerja iols dulu mmg xleg gumuks ada sakit terutama 3serangkai tp kalo under control ok la. Mmg kene buat medical check up. Pergi field work bergantung kepada brp lama dpt approval dr doc tu. Ada je staf muda2 lg dpt 1thn je, so every year kene buat medical check up. Utk org normal sihat 3thn sekali kene buat. Kalau medical xlepas sbb bmi terlebih, doc bg 6bulan je utk kerja. Jenuh nak renew every 6mons. So gumukss is no no no ye.
Quote noor2 26-11-2021 03:29 PM
Terashe akak...akak dah la gemok 100kg
Quote Mikaella 26-11-2021 03:34 PM
aku senang dapat kerja sebab kurus dan cantik. ini hakikat. bos pun nak tengok pemandangan indah bila stress kerja

malahan aku sentiasa diundang ke private party
Quote naina 26-11-2021 03:38 PM
Mikaella replied at 26-11-2021 03:34 PM
aku senang dapat kerja sebab kurus dan cantik. ini hakikat. bos pun nak tengok pemandangan indah bil ...

Tak mustahil sebab chuolss memang suka tunjuk boobs untuk memudahkan urusan kan
Quote Mikaella 26-11-2021 03:50 PM
naina replied at 26-11-2021 03:38 PM
Tak mustahil sebab chuolss memang suka tunjuk boobs untuk memudahkan urusan kan

masa interview mana boleh tunjuk boobs sis. depan kawan-kawan pun aku cover line.

cuma di kaunter sahaja untuk melicinkan urusan.


Lihat semua komen(63)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2021 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.079780 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top