CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Marah Sebab Lupa Ucap Hari Lahir, Wanita Minta Polis Pujuk Kekasih Merajuk

25-11-2021 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 372| Komen: 5

Description: New Delhi: Seorang wanita di India menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan bagi memujuk teman lelakinya yang merajuk selepas pasangannya terlupa mengucapkan selamat hari lahir.
New Delhi: Seorang wanita di India menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan bagi memujuk teman lelakinya yang merajuk selepas pasangannya terlupa mengucapkan selamat hari lahir.


Wanita itu yang berasal dari Chhindwara di Madhya Pradesh dilaporkan bercinta dengan teman lelakinya di Sarani.

Hubungan antara pasangan kekasih itu mula menjadi goyah selepas wanita itu tidak mengucapkan selamat hari lahir.


Gambar Hiasan

“Kekasihnya marah lalu mereka berdua bertengkar.Akibatnya, lelaki itu memilih untuk menjauhkan diri daripada wanita tersebut.


“Wanita itu sudah beberapa kali cuba mendekati dan bercakap dengan teman lelakinya, namun semua usahanya menjadi sia-sia.

“Ekoran tidak tahan dengan perangai teman lelakinya, wanita itu menghubungi polis untuk meminta bantuan bagi memulihkan hubungan mereka,” jelas laporan itu.

Berdasarkan laporan India Times, polis kemudian memanggil lelaki itu ke balai polis dan cuba berbincang dengannya.

“Akhirnya, polis berjaya menyatukan pasangan itu dan menasihati mereka untuk berkahwin,” jelas laporan tersebut. – CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 25-11-2021 02:12 PM
Kesiannye polis india jadi one stop center ..
Quote NekNgah 25-11-2021 03:44 PM
Hahahaha.... kalau Ngah jadi perempuan tu, Ngah tinggalkan aje.  Nampak sangat lelaki tu tak matang, sekadar terlupa wish birthday dah merajuk sampai macam tu sekali.

Polis India pun macam dah tak ada kerja melayan hal remeh temeh macam ni.  Tepuk dahi..
Quote batu kikir 25-11-2021 04:03 PM
Kalau jantan yang merajuk.....................simbah je asid kat muka dia.
Quote angelofish 25-11-2021 07:40 PM
carik lain la dik...nanti kena pukul pulak kau bila kawen.
Quote mandear11 26-11-2021 04:31 AM
ni mcm kes aku dulu....Operator DIGI jadi org tgh...friend finder...tu..kita kat umah dia FF tu bagi location lain..WW3 masa tu...kol digi..suruh dia pujuk and explain..hahahahahahahahahaha

Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2021 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.187302 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top