CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Ayda Jebat Semakin Kurus, Letih Jaga Anak

24-11-2021 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4813| Komen: 52

Description: Sudah hampir dua bulan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat menyambut kehadiran cahaya mata pertama, Ana Nayla.
Sudah hampir dua bulan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat menyambut kehadiran cahaya mata pertama, Ana Nayla.

Pastinya, pelbagai rasa bahagia dilalui Ayda bersama suami tercinta, Nabil Mahir.



Foto: IG

Sama seperti pasangan lain, Ayda dan suami juga pastinya begitu teruja melalui kehidupan sebagai ibu bapa baharu. Tentu saja ia memberi pengalaman yang cukup istimewa dalam kehidupan mereka.

Sungguhpun bahagia menatap wajah zuriat kesayangan, Ayda mengakui melalui fasa mencabar mengelolakan anaknya, apatah lagi ketika melalui proses berpantang.




"Jujurnya memang saya gembira dapat tengok anak, dapat main dengan dia dan dapat memanjakannya. Ibu mana di dunia ini yang tidak bahagia apabila sudah ada penceria dalam keluarga kan?

"Tapi disebabkan semua perkara mengenai anak saya cuba usaha untuk uruskan, berat badan saya pun turun dengan mendadak. Mungkin sebab letih. Saya sendiri terkejut sebab saya tidak diet pun tapi berat turun.

"Tak sangka pula sebab apa yang saya lakukan hanyalah menjaga Ana, berpantang dan makan banyak. Mungkin juga sebab menyusu badan, sebab itu tahu-tahu berat terus turun sampai 45 kilogram," katanya.



Menurut Ayda, dia tidak kisah jika beratnya turun atau berasa penat, asalkan dia dapat sentiasa menghabiskan masa bersama dengan anaknya.

"Saya gembira habiskan masa dengan Ana, tak kisahlah penat sikit, asalkan kami dapat melihat anak setiap masa dan menguruskan keperluannya," katanya.

Dalam pada itu, Ayda turut bersyukur dan bertuah kerana Nabil banyak membantunya menjaga anak.



"Kalau nak tahu, Nabil banyak jaga Ana. Memang kalau boleh semua perkara mengenai anak Nabil akan cuba selesaikan. Kebanyakan masa pun Nabil yang jaga, dia suruh saya rehat. Tapi saya pula yang kurus," katanya.

Ditanya bila dia akan kembali aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian, Ayda menunggu waktu yang sesuai.

"Mungkin tunggu sikit masa lagi sehingga saya betul-betul bersedia. Jika tanya Nabil, dia okay saja. Tapi saya rasa tunggu sedikit masa lagi," katanya.



Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu, ketika negara masih lagu dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasangan itu menerima kehadiran Ana Nayla pada 21 September lalu dan memperkenalkan cahaya mata mereka kepada umum secara rasmi seminggu kemudian. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 24-11-2021 09:43 AM
dah tu...so?
Quote LadyCarefree 24-11-2021 09:43 AM
Lawak ah panggil Daddy Bil. Biasanya kalau bukan bapak kandung je panggilan gini. Apola nk western sgt tp salah konsep. Elok panggil mak dan abah ke apa laaaaa LOLLLLL
Quote Kurex 24-11-2021 09:44 AM
Ni bukan gosip! Lain la kurus sebab kena santau, mendadih. Aku nak sangat reporter2 sangkak hina ni dilenyek lori.. sampai tak tau mana 1 gosip, mana 1 bukan. Lepas tu beria bukak benang indon dekat CI
Quote yayarin 24-11-2021 09:50 AM
huntong ler lepas beranak boleh kurus. haku lepas beranak kemain lagi debabnya hah
Quote Masukkeluar 24-11-2021 09:54 AM
sejak bila dia gemuk??? pregnant pn kurus, perut je buncit. LOL.
Quote gujiwa 24-11-2021 10:38 AM
Senang betul berat turun ada orang bila penat lagi makin membesar aku la tu kot hahahahah
Quote miemiecha 24-11-2021 10:42 AM
entah ngape deme dua ni xde wow di mata mek..
tp mek komen goklah sikit..
daddy bil? anak sendiri pggl dady bil? bek ajaq ja pggl nabil
Quote Suchi 24-11-2021 10:47 AM
Edited by Suchi at 24-11-2021 10:50 AM

Takyah la merungut kalau berat turun lepas beranak walau tak dayet.
Dah mcm kufur nikmat plak, normal je tu sbb ko tak biasa buat semua tu nnt bila tubuh ko dah biasakan diri takdenya turun dah melainkan ko kejutkan lagi tubuh ko ngn workout yg melampau ke apa.
Selalu sgt baca kat socmed mak2 merungut berat turun sampai 38kg walau byk makan.
Dh ko tinggi pun 148cm nak berat byk mana lagi.
Janji bukan anak ko yg turun berat.Asalkan ko sihat dan susu cukup tuk anak oklah tu. Syukurilaah berat tetap turun walau tak dayet, ramai mak2 lain kena body shamimg sbb tak kurus2 lepas beranak walaupun diet ketat sampai susu badan kering.
Dahla perut lapar sentiasa tp nak makan pun risau takut naik berkilo2.
Laki ngata, org sekeliling pun ngata juga.
Quote TomyamPuteh 24-11-2021 10:49 AM
Anak diorg comel.
Quote SherryZass 24-11-2021 10:52 AM
So??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
Quote kakakgarang 24-11-2021 10:56 AM
buruknya baju versaceyyyy anak sheolls
Quote mawarkhayalan99 24-11-2021 10:58 AM
awak pun asalnya bkn gemok pun dah tu lepas bersalin mmg cepat la turun balik kekdahnyaaaaaa
Quote MatDeghem 24-11-2021 11:10 AM
Budak belum boleh angkat kepala ko dah pakaikan skirt tutu.....rimas.

rasa nya Scha pandai dress upkan anak2 nya. simple dan selesa tapi tetap nampak mahal. Nampak wangi. kan?
Quote prince_marhaen 24-11-2021 11:32 AM
apooooo nabil terencat ni suh panggil daddy bil pulak...bukan anak ko ke? atau masih nak feeling2 budak sekolah dapat anak buah? dah lah rambut takde sideburn...cringe gila peel dah kawin pun cam terencat je..
Quote SpyLeman 24-11-2021 11:33 AM
Cyst tak pegi timang ke cucu cyst ni?
Quote mizruncing 24-11-2021 11:45 AM
biasa2 je anak dia now. masa fresh from oven tu aku pon teruja tgk grey eyes dia
Quote MyLadyMarmalade 24-11-2021 11:58 AM
kakakgarang replied at 24-11-2021 10:56 AM
buruknya baju versaceyyyy anak sheolls

Mcm cap petaling street kan?
Quote kakakgarang 24-11-2021 12:00 PM

aah.. hahaha

versaceyyy tak kan nk come out dgn design mcm tu jehhhh...
Quote dudaberhias 24-11-2021 12:02 PM
MyLadyMarmalade replied at 24-11-2021 11:58 AM
Mcm cap petaling street kan?

Khennn? Ingatkan iols je perasan vuruk
Yihhhhhhh

Baby2 gini takyah ler nak bub gucci, burberry, versace guangzhou bagai kalau dah rhoperrr biasa2 je dikkk... Pakai je kain batik nampak lebih aestetik sesuai dengan style nusantara. Ambil gambar pun cantik... Pakai baju shopee yang biasa pun ok... takpun pakai bonds lagi lawa... Tak mahal mana pun yang bukan LE

Lihat semua komen(52)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-12-2021 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.078883 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top