CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Akma Tuntung Hutang Tertunggak 10 Tahun, Penganjur Nak Bertanding Jadi YB Sarawak

24-11-2021 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1846| Komen: 15

Description: Bengang bayaran belum diterima, penyanyi dan pengacara Akma Abdullah menggesa seorang individu yang didakwa penganjur sebuah teater melunaskan hutangnya yang tertunggak sejak 10 tahun lalu.
Bengang bayaran belum diterima, penyanyi dan pengacara Akma Abdullah menggesa seorang individu yang didakwa penganjur sebuah teater melunaskan hutangnya yang tertunggak sejak 10 tahun lalu.


Ujar Akma, 36, hutang yang dimaksudkan itu ialah 50 peratus baki bayaran teater muzikal Terima Kasih Cinta yang dibintanginya pada sekitar tahun 2011.

Tuntutan hutang itu diungkit semula selepas individu berkenaan dikhabarkan bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan datang.


Foto: IG

“Isu bayaran teater ini sudah lama, dekat 10 tahun. Bukan saya sengaja bangkitkan isu ini tapi cuma mahu dia berlaku adil.


“Kami semua para pelakon teater muzikal Terima Kasih Cinta masih lagi berhubung antara satu sama lain, terkejut apabila mengetahui yang dia kini bakal menjadi calon wakil rakyat.

“Saya agak terkilan dengan apa yang terjadi, macam mana dia boleh terfikir untuk jadi wakil rakyat sedangkan hutang lama masih lagi belum diselesaikan. Ada antara kru yang terlibat sudah meninggal dunia,” ujar bekas bintang Akademi Fantasia musim ketiga.

Terdahulu, Akma dan beberapa pelakon teater muzikal Terima Kasih Cinta meluahkan perasaan tidak puas hati di laman Twitter dan menuntut baki bayaran yang masih tertunggak.



"Kalau mahu bertanding dan menjadi calon, selesaikan dulu apa yang tertangguh.

"Jadi bijak memilih ya teman-teman di Sarawak," luah mereka di Twitter.

Selain itu Akma berkata, dia bersama pelakon lain serta kru sudah memberikan komitmen sepenuhnya bagi menjayakan pementasan tersebut.

Katanya, persiapan untuk pementasan mengambil masa selama enam bulan dan terpaksa menolak 'job' lain bagi memberikan perhatian kepada projek itu.


Foto: mStar Online

Akma terkilan dengan sikap seorang individu yang liat membayar hutang. Sudah 10 tahun berlalu Akma masih tak dapat 50 peratus bayaran lakonan teater Terima Kasih Cinta.

"Kami para pelakon dan kru yang lain memang berhempas pulas menjayakan teater muzikal tersebut, kami mengambil masa enam bulan untuk buat persediaan dan sebagainya.

"Enam bulan tu bukan sekejap ye, kami tidak dapat terima job lain kerana komitmen untuk muzikal tersebut," ujarnya.

Tambah Akma dia sudah beberapa kali cuba berjumpa dengan individu berkenaan, bagaimanapun usahanya gagal apabila pihak tersebut hanya sekadar berjanji untuk membayar.

Teater muzikal Terima Kasih Cinta dipentaskan di Istana Budaya pada 19 Februari hingga 6 Mac 2011 turut dibarisi pelakon hebat seperti Safura, Norish Karman, Vince Chong, Farahdhiya, Amerul Affendy, Iedil Putra dan Tony Eusoff. -CARI

Sumber:mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wahiza 24-11-2021 08:53 AM
awal sgt aku msk sini nak tahu sapa.... hahahha choiiiii
Quote lilcountess 24-11-2021 09:02 AM
uncle bodeng aka datuk wan abdillah edruce aka ayah arabyrd
Quote babelina 24-11-2021 09:29 AM
ayooooooo.. bapak arabyrd ker..
Quote ayukpingu 24-11-2021 09:38 AM
tuntut jangan tak tuntut...time nak pilihanraya ni la apa yang korang nak akan dpt punya... almaklum la, nak mewangi di mata pengundi
Quote dudaberhias 24-11-2021 12:12 PM
Tuntut sampai ke lubang cacing... Yihhh londehkan jah.... Lepastu buat apa yang patut dengan duit tu.. jangan buka bisnes jual produk dan pedajal orang untuk kambuihhh produk2 plak untuk kaya macam Jahlop
Quote lyshafull 24-11-2021 12:15 PM
Tuntut jgn x tuntut iolss sedara hutang 100 pun tuntut xde la konsep sedekah if xde usaha nk crik kerja …
Quote Incanto 24-11-2021 12:18 PM
bodeng ni laki besfren princess Ezurin ya?
Quote Suchi 24-11-2021 01:25 PM
Heheh gara2 nak masuk bertanding time ni la sesuai minta utang kang org tak undi puleks
Quote missyL 24-11-2021 02:51 PM
Mesti baya ni sbb malu klo viral kt swak nti lol
Btw akma skang pn keje wowshop.
Quote chazey 24-11-2021 02:52 PM
lilcountess replied at 24-11-2021 09:02 AM
uncle bodeng aka datuk wan abdillah edruce aka ayah arabyrd

Hina nak mampos kaya keturunan tapi tak mampo bayar hutang!
Quote rayna_raynes 24-11-2021 03:04 PM
wahiza replied at 24-11-2021 08:53 AM
awal sgt aku msk sini nak tahu sapa.... hahahha choiiiii

bapak arabyrd
wan abdillah edruce


Quote ketambangkang 24-11-2021 03:07 PM
lilcountess replied at 24-11-2021 09:02 AM
uncle bodeng aka datuk wan abdillah edruce aka ayah arabyrd

aka laki si magie ke u?
Quote exclusive_vvip 24-11-2021 03:10 PM
ohhh, bapak ex gf zain ruffedge lah ek? Tiberrr zain kene petik..hihi
Quote ayukpingu 25-11-2021 08:26 AM

yer..tapi aku rasa sekarang dah jadi ex-somi maggi
Quote supermum 25-11-2021 09:25 AM
Aah lama dah jadi ex husband megi.

Lihat semua komen(15)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-12-2021 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.076246 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top