CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Cikgu Tak Vaksin Dicampak Duduk Stor Zink, Rita Rudaini Marah Sekolah Di Perak

23-11-2021 02:14 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 5944| Komen: 139|Original author: Oleh: Saiful

Description: Rita Rudaini marah lagi! Kali ini Rita tak puas hati apabila mengetahui cikgu yang menolak vaksin ditempatkan di stor alatan sukan sebagai bilik pengasingan di sebuah sekolah menengah di Perak.
Rita Rudaini marah lagi! Kali ini Rita tak puas hati apabila mengetahui cikgu yang menolak vaksin ditempatkan di stor alatan sukan sebagai bilik pengasingan di sebuah sekolah menengah di Perak.


Pelakon itu mempersoalkan kakitangan sekolah yang masih berasa takut dengan golongan yang tak vaksin walaupun mereka dah lengkap 2 dos vaksin.


Foto: IG

"Aiik? Dah kena 2 dose pon goyang dengan cikgu tak vaksin ke cik pengetua dan cikgu-cikgu lain?

"Nanti mati pegang bendera," tulis Rita.



Dalam video yang dimuat naik oleh Rita, ia menunjukkan seorang cikgu yang dikenali sebagai Hafizan, mendedahkan tindakan zalim pentadbir sekolah.

"Assalamualaikum, saya Cikgu Hafizan SMK St Michael, Ipoh Perak. Jadi sepertimana yang kita tahu, saya diasingkan, jadi saya diberikan satu bilik untuk saya tinggal, duduk berasingan.

Jadi bilik yang diberikan pada saya asalnya adalah Stor PJ, jadi Stor PJ ada kerusi meja tetapi ditukar. Hari ini saya ditukar ke bilik yang lain. Jadi bilik itu saya dah pergi lihat dan ia merupakan sebuah stor cleaner."





Bilik tersebut hanya berdindingkan zink dan tiada plug.

"Saya dah cuba masuk ke dalam bilik itu. Cuma ada meja dan tidak ada apa-apa kerusi. Ada kipas, tapi tiada plug untuk saya gunakan sewaktu menggunakan laptop dan sebagainya. Bilik itu diperbuat daripada zink. Saya masuk sekejap sahaja. Sangat panas."

Jadi macam mana pendapat anda, patut tak Rita marah tentang isu ini? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 23-11-2021 02:19 PM
Sepul ni peminat setia ritrud ni
Quote taji2906 23-11-2021 02:21 PM
adakah ritrude mulut celabas memperolehi kemenangan yg pertama?
Quote jejaka_hensem 23-11-2021 02:24 PM
Sape suruh tak nak ambik vaksin,kan dah kena duduk bilik zink tu
Quote dudaberhias 23-11-2021 02:25 PM
sekolah st michael ni sekolahh reputasi tinggi jugak di ipoh nun yachhh...
tapi yihhhh tak habis2 ko nak meroyan rita oiii... thread lama tu pun sedih tak sampai 3 page lebih...
maksudnya orang dah lali terhadap artikel2 royanan sheolss.... sebab takde kepentingan di bumi ni...

si ritrud lenyap dari muka bumi ni sekalipun takde sape heran...
Quote katak hijau 23-11-2021 02:25 PM
Sebagai penjawat awam ikut sajalah. Dah keluar pun pekeliling tu. Yg bawak degil sendiri dah kenapa?
Quote pinksarah 23-11-2021 02:27 PM
kita tunggu respon sek st michael ipoh perak
Quote gigi 23-11-2021 02:28 PM
nasib baik dok kat stor, klu dok dlam jamban.....meroyan le sampai kedut kedutan ye
Quote KamikuP 23-11-2021 02:29 PM
Ni sekolah Micahelians ni mmg tersohor di Ipoh yaa uolls
Well cikgu selayaknya lah ko duduk dlm bilik zink maha panas nak bagi special treatment ke pada cikgu yg tak vaksin..? Dari tutur kata mcm sskjp jahhhhhh
Quote Parit.Hilton 23-11-2021 02:29 PM
iols dah tgk video tu, cikgu tu pun bercakap slang sskjp. faham2 la ketegaq macam mana

ok la dapat jugak bilik. kalau pengetua suruh duduk tengah padang padan muka hang.

tak sedar diri ke penjawat awam. ikut je la arahan. apa yg susah sangat?

cikgu lain kena relief kelas hang tak pikiaq pulak nohhh?

menyusahkan!
Quote SedihPedih 23-11-2021 02:35 PM
mcm mental pun ado juga
Quote jijilaaa 23-11-2021 02:37 PM
haish...aku ni kesian kat cikgu2 yang kena campak kat toilet kat bilik zink nih...tapi tu lah kan. bila kau degil..pihak sekolah bertindak sebegitu. g la vaksin...jgn buat pihak sekolah serba salah.
Quote eira2310 23-11-2021 02:39 PM
ni sekolah toptop di ipoh nun..nsb la hang cikgu..gi la minta tukar kt sekolah pendalaman sana nun..jauh dr org..sekolah org2 asli ke..lebih berbakti org kata...
Quote pia250110 23-11-2021 02:42 PM
okla tu cikgu,,nanti esok2 gb letak ekon la tu,,,duk sorg2 lg syok,,bawak tv ke,,katil ke,,penat2 baring
Quote pia250110 23-11-2021 02:44 PM
mojarean_X replied at 23-11-2021 02:41 PM
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2021/10/05/tindakan-disiplin-untuk-guru-yang-gagal-ambil-sunti ...

baik duk dlm stor zink,,dr cucuk vaksin kan mati plok,,,syukurrrrrr
Quote AshkieLa 23-11-2021 02:46 PM
nak viral mintak simpati,
indirectly tabur pasir dalam periuk nasi sendiri...
tu tempat ko mengajar.. dapat gaji bulan2...
Quote Kurex 23-11-2021 02:48 PM
Padanlah diceraikan.. dulu sebelum kawen, bekas laki tak nampak kebodohan si tua ni..
Quote anakjiran 23-11-2021 02:49 PM
adehhh macam2 dia ni
Quote brown_pupil 23-11-2021 02:59 PM
zalim mende.. ko penjawat awam kot.. dah memang tertakluk dengan konsep - Saya yang menurut perintah.. ample time has been given.. tapi ko sendiri yg degil.. duk je la dalam tu.
Quote genUmi 23-11-2021 02:59 PM
cikgu ni x sayang kerjaya

Lihat semua komen(139)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-12-2021 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.183199 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top