CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM19.75 Bilion- Lebih 30 Ribu Rumah Siap Dibina Tak Dapat Dijual Di Malaysia

23-11-2021 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3135| Komen: 45

Description: Kuala Lumpur: Sebanyak 30,290 unit rumah siap dibina bernilai RM19.75 bilion di seluruh negara tidak terjual setakat suku ketiga tahun ini, berbanding 31,112 unit rumah membabitkan nilai RM20.1 bilion ...
Kuala Lumpur: Sebanyak 30,290 unit rumah siap dibina bernilai RM19.75 bilion di seluruh negara tidak terjual setakat suku ketiga tahun ini, berbanding 31,112 unit rumah membabitkan nilai RM20.1 bilion pada suku kedua.


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib berkata, berdasarkan data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), angka itu menunjukkan penurunan 2.64 peratus dalam bilangan unit dan 1.74 peratus dalam nilai pada suku tahun ketiga berbanding suku tahun kedua.


Gambar Hiasan, Foto: Harian Metro

"Terdapat penurunan kadar lambakan rumah yang tidak terjual walaupun tidak ketara kerana terdapat pemaju yang menurunkan harga atau memberikan diskaun bagi membolehkan bekalan rumah sedia ada dapat dijual dalam ketidaktentuan ekonomi masa kini.


"Ini dibuktikan dengan penurunan indeks harga rumah pada suku ketiga (2021) pada 198.6 mata berbanding suku ketiga 2020 pada 199.9 mata yang menunjukkan penurunan sebanyak 0.7 peratus," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) mengenai jumlah terkini rumah tidak terjual setakat September lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 23-11-2021 01:43 PM
Itupun jangannnnn korang propa ckp rumah tgh laku sapa tak grab rugi, padahal rumah korang tak laku, rega tak ganjak2 jugak
Quote sharlenetexas 23-11-2021 01:46 PM
Padan muka. Kdg2 terfikir developer ni cuci duit ke?
Quote adm7 23-11-2021 01:51 PM
Padan muka kapitalis bangsatt. Padann. Cepat la melingkup geng2 ni dengan rakan subahat diorg
Quote Meiizu 23-11-2021 01:56 PM
Tu pun ada lagiiiiiiiii projek
Stop laaa wehh
Quote izzah_mia 23-11-2021 01:58 PM
rumah tak terjual tapi harga tak nak turunkan. bank pun sekarang tak bagi loan penuh tp tak sure utk rumah 2nd sahaja.


Quote cikatilia 23-11-2021 02:12 PM
rumah lantak la sampai berlumut harga rupa gitu jugak
Quote Lagubestbest 23-11-2021 02:13 PM
Meiizu replied at 23-11-2021 01:56 PM
Tu pun ada lagiiiiiiiii projek
Stop laaa wehh

Projek kurang la punca asal rege rumah mahal nak mampos. So banyak projek ertinya bagus untuk marhaen.
Quote Cik_jantung 23-11-2021 02:30 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 07:51 AM

............
Quote zamnie 23-11-2021 02:33 PM
Mmg melampau sgt mahall gilerr rege rmh skrg nih...
Quote Mulotkoyak 23-11-2021 02:39 PM
Ni kes pemaju nk minta gomen bantuan laaa…Harga umah nk mahal melambung tp koridor sejengkal je ko buat. Sibuk target market kelas M40. B40 smp xleh nk lulus loan. Pemaju cmni xperlu dibantu la.
Quote musangbodoh 23-11-2021 03:23 PM
standard tmpt elit rumahpun 3 tgkt...kalu 2 tgkt biasa2 kt rural area...rumah kos rendah pun loan payah nk lepas...sgkut ptptn tros ctos...kepalabana btol...nk juai sebiji sebulan pun ssh
Quote zarul427 23-11-2021 03:34 PM


isu basi dikitar semula
harga mahal-pemaju xnak turun harga- rakyat salah sebab xbeli
haram J btl
Quote cmf_premierleag 23-11-2021 03:42 PM
padan muka developer.semoga terus terusan mereput
Quote Meiizu 23-11-2021 03:48 PM
Unsold ni kebanyakan projek high end khenn
Quote jijilaaa 23-11-2021 04:00 PM
tu pun rumah baru still naik mcm cendawan baru tumbuh lepas ujan ye.....
Quote gigahertz 23-11-2021 04:26 PM
Meiizu replied at 23-11-2021 07:48 AM
Unsold ni kebanyakan projek high end khenn

Rumah high end ni biasanya rumah besar2 .saiz mau 20 x 80 pastu 4-5 bilik.

pastu nun kat hulu ceruk mana ntah dia buat.
kalau rumah jenis macma ni famili besar
anak , mak bapak , menantu , ipar duai , mentua
duduk sekali berbaloi la. famili sekarang kecik2.

Quote gigahertz 23-11-2021 04:35 PM
Cik_jantung replied at 23-11-2021 06:30 AM
Rumah teres pun dekat sejuta ... Gila babi.. menteri mmg xnk buat pape sbb menteri banyak duit.. sap ...

rumah harga bulannan dah RM 2k
celik mata kena prepare RM 66.67 setiap hari termasuk sabut ahad.
Quote ultra78 23-11-2021 04:39 PM
Mismatch antara demand dan supply.
Quote AbukRokok 23-11-2021 04:46 PM
Mulotkoyak replied at 23-11-2021 02:39 PM
Ni kes pemaju nk minta gomen bantuan laaa…Harga umah nk mahal melambung tp koridor sejengkal je ko  ...

buat kondo 320k.... balkoni hanya muat badan saja kira2 3 jengkal saja

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.154509 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top