CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Influencer Mati Dibunuh Peminat Nombor Satu

23-11-2021 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3771| Komen: 21

Description: Beijing: Gara-gara tidak memulangkan hadiah bernilai keseluruhan lebih RM65,000 yang diberikan peminatnya, seorang pempengaruh (influencer) media sosial di China mati dibunuh.
Beijing: Gara-gara tidak memulangkan hadiah bernilai keseluruhan lebih RM65,000 yang diberikan peminatnya, seorang pempengaruh (influencer) media sosial di China mati dibunuh.


Pempengaruh yang terkenal dengan gelaran Yubei Female Security Guard itu meninggal dunia pada usia 33 tahun.

Memetik portal Today, wanita itu dipercayai dibunuh oleh peminat nombor satunya selepas hubungan mereka berantakan.


Foto: IG

Pempengaruh itu menyertai DouYin (TikTok versi China) setahun lalu dan wanita itu amat terkenal kerana menyiarkan video aksi menari di platform itu.


Sebelum kematiannya, dia berjaya mengumpul lebih daripada 310,000 pengikut di media sosial itu.

Dia sebenarnya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah memandu, malah sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak.

Akhbar berita China melaporkan, dia dipercayai dibunuh oleh peminat lelaki yang ditemuinya pada 2 November lalu.

Walaupun suspek sudah ditahan, laporan masih belum mengesahkan identiti si pelaku.

Ia menyebabkan pelbagai khabar angin mengenai identiti suspek dan motif di sebalik jenayah itu.

Menurut beberapa laporan, pembunuh itu dikenali sebagai peminat nombor satu wanita itu dan dikatakan mengirim hadiah bernilai lebih 100,000 yuan (RM65,581.73) ketika penstriman langsungnya.

Bagaimanapun, minatnya terhadap pempengaruh itu semakin pudar dan dia meminta nilai hadiah yang sebelum ini diberikan kepada wanita berkenaan.

Lelaki itu didakwa membunuh wanita itu selepas mangsa dikatakan enggan memulangkan wang terbabit.

Suami pempengaruh itu memberitahu media, dia tidak menyedari isterinya mengatur pertemuan dengan peminat.

Ia kerana dia mempunyai urusan perniagaan di luar kawasan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_PariS 23-11-2021 01:39 PM
ermmm mendapat
Quote nononcrux 23-11-2021 01:52 PM
hidup senang jln mudah.. mati pon jalan mudah
Quote musangbodoh 23-11-2021 03:25 PM
mesti peminat tu x hensem
Quote cik_kuntum36 23-11-2021 03:29 PM
da bagi mintak balik... buruk siku betul
Quote missyL 23-11-2021 04:10 PM
Seramnye..
Ni cm tiktok lah kn bg bunga semua tu dpt duit..

Tp mane lah bole cmnie. Die dah bg sah org tu dah guna.
Tibe2 nak balik
Gila org cmnie
Quote Decaffeinated 23-11-2021 04:14 PM
tak faham lah tik-tok ni

dia bagi duit ajak kongkek tak dapat ka apa?

Quote gigahertz 23-11-2021 04:17 PM
Kalau ini amoi datang malaysia mesti kurang2 agent property ke , agent insuran ke Founder kosmetik ke.
tapi tak tahu la pulak rate tangga gaji guard kat sana macam mana .
Quote green~tea 23-11-2021 04:25 PM
Buruk siku meh??? Dah kasi kan.. bukan kasi pinjam  
Quote trexxxxxi 23-11-2021 04:35 PM
Urmm dah bagi mintak balik
Siap kena bunuh

Adehhh
Quote cm_asamkumbang 23-11-2021 04:40 PM
Memetik portal Today, wanita itu dipercayai dibunuh oleh peminat nombor satunya selepas hubungan mereka berantakan.


hubungan cinta kah. tak padan dah besomi.
Quote Ayda89 23-11-2021 11:22 PM
Laahhh dah bagi mintak balik lepastu pi bunuh pulak
Quote dani-rox 23-11-2021 11:29 PM
wah peminat no.1 hokeh...

I will burn for you
Feel pain for you
I will twist the knife and bleed my aching heart
And tear it apart


[youtube]PX7LLua5NCM[/youtube]
Quote Tinot7 24-11-2021 01:23 AM
missyL replied at 23-11-2021 04:10 PM
Seramnye..
Ni cm tiktok lah kn bg bunga semua tu dpt duit..

eh.. voley jana duit dgn tiktok ka? dpt bunga dpt duit? camne tuh?
Quote MissYouSayang 24-11-2021 01:36 AM
Decaffeinated replied at 23-11-2021 04:14 PM
tak faham lah tik-tok ni

dia bagi duit ajak kongkek tak dapat ka apa?

Pernah tgk org streaming dekat fesbuk tak? Kan ada org send stars dekat streamer tu.stars yg dpt tu la boleh convert dlm usd.sama cm tiktok.star tu berbentuk gift yg ada ikon roti canai,aiskrim etc
Quote missyL 24-11-2021 09:29 AM
Tinot7 replied at 24-11-2021 01:23 AM
eh.. voley jana duit dgn tiktok ka? dpt bunga dpt duit? camne tuh?

Alamakkkk i tertukar
Bkn tt bigo
Haha
Ampun
Quote Tinot7 24-11-2021 01:46 PM
MissYouSayang replied at 24-11-2021 01:36 AM
Pernah tgk org streaming dekat fesbuk tak? Kan ada org send stars dekat streamer tu.stars yg dpt t ...

streaming kat fesbuk ada stars?
iols tak penah prasan.. pasni kalau ada org streaming, iols nak perati..
Quote Tinot7 24-11-2021 01:47 PM
missyL replied at 24-11-2021 09:29 AM
Alamakkkk i tertukar
Bkn tt bigo
Haha

lorr.. iols tak reti bigo ... kalau twitch mmg iols dgr voley dpt duit masa streaming.. org derma masa streaming
Quote missyL 24-11-2021 02:24 PM
Tinot7 replied at 24-11-2021 01:47 PM
lorr.. iols tak reti bigo ... kalau twitch mmg iols dgr voley dpt duit masa streaming.. org derma  ...

Tu la ramai snggup berbigo berstreaming bersexy bgai. Jana duit
Quote Tinot7 24-11-2021 02:50 PM
missyL replied at 24-11-2021 02:24 PM
Tu la ramai snggup berbigo berstreaming bersexy bgai. Jana duit
Most people download BIGO LIVE and use this app to watch live streaming and make new friends. Meanwhile, some use it to showcase their talents and earn money.


deme anggap buat sexy2, dpt ramai viewers yg sanggup bg duit kott... ye la, mcm bukak pornhub versi kampeni persendirian... takde org pantau bigo nih ke mcm utube? kang budak2 tgk menda2 tak senonoh..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.053797 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top