CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belajar Dari Kartun, Budak 3 Tahun Pandai Telefon Talian Kecemasan Untuk Selamatkan Ibunya

23-11-2021 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1818| Komen: 15

Description: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun memanjat pagar keselamatan dan menghubungi talian kecemasan selepas ibunya dilaporkan terjatuh dari tangga.
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun memanjat pagar keselamatan dan menghubungi talian kecemasan selepas ibunya dilaporkan terjatuh dari tangga.

Thomas Boffey yang tinggal bersendirian dengan ibunya menghubungi talian 999 untuk memaklumkan mengenai keadaan ibunya Kayleigh Boffey, 33 yang pada ketika itu tidak sedarkan diri.

Kanak-kanak tersebut dikatakan tahu mengenai talian kecemasan itu disebabkan dia sering menonton animasi bersiri Robocar Poli - sebuah kartun yang menceritakan mengenai sebuah kereta polis, ambulance dan trak bomba di laman Youtube.


Yahoo News UK

Siri animasi yang berasal dari Korea itu juga dikatakan turut mengajar kanak-kanak tentang bagaimana cara untuk bertindak diwaktu kecemasan.

Ibu kanak-kanak tersebut terpaksa mendapat rawatan di hospital untuk kecederaan di lutut, buku lali, bahu dan pinggulnya namun dia kini sudah kembali berehat dirumahnya di Rowley Regis, West Midlands.

"Saya ingat saya tutup pintu (pagar keselamatan) di tangga kemudian tiba-tiba saya sedar semula bila saya dengar ada seseorang bercakap di telefon dan polis sudah berada dalam rumah," katanya.

Kanak-kanak tersebut yang dikatakan menolak kerusi untuk membantunya memanjat pagar keselamatan yang dipasang turut berjaya membuka pintu buat anggota polis yang dihantar kerumahnya. -CARI

Sumber: mStar Online/ Yahoo News UK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ckenj 23-11-2021 11:23 AM
bijakkknya budak ni.....
Quote CikYaYaYa 23-11-2021 11:30 AM
Omg cerdikknyaa budak niee. Haa bguss kann mak diaa bagi tengok kartun mcm tu. At least ada bendaa yang diorang boleh belajar. Budak2 niee cepat belajar n tiru apa yang diorang tengok
Quote Artemesiaa 23-11-2021 11:32 AM
Wah bijak budaknya tahu apa yang nak dilakukan bila berlaku kecemasan
Quote raxief 23-11-2021 11:37 AM
smart boy...
Quote Kadbaru 23-11-2021 12:08 PM
Bijaknyaa
Quote nononcrux 23-11-2021 01:32 PM
terharunya bijak sekali ini anak
Quote babelina 23-11-2021 03:54 PM
Pandai nya.. alhamdulillah ibu nya berjaya di selamatkan
Quote chazey 23-11-2021 04:06 PM
Robocar Poli tu nilai moral memang tinggi berbanding Upin Ipin. Bahasa pun sopan ja.
Quote supermum 23-11-2021 04:24 PM
Bijaknyaaaa
Quote gideoncross 23-11-2021 08:07 PM
Good job boyyyy!!!!
Quote Tinot7 23-11-2021 08:15 PM
syabas adik.. pandai mak dia ajar tgk citer2 yg berpekdah.

[youtube]HWjFq9-9vdY[/youtube]
Quote mbhcsf 23-11-2021 08:20 PM
Heyya Thomas....

you are a STARRRRR baby....

brilliant boy!!!!


tengok k cartoon ke? wow ...pandai
Quote lattehazelnut 23-11-2021 08:46 PM
Pandainye..
I hafal lagu robocar poli sbb dulu suka tgk daehan minguk manse..
Quote Bholatchomel 24-11-2021 10:38 AM
bijak2.... mak dia pun ajar diakan. tu pasal mak bapak kena pantau anak tgk apa... belajar apa
Quote Kimjennso 22-6-2022 12:52 AM
Smart kid

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.059804 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top