CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fail Semula Saman, Tuntut Barang Kemas AS$14.57 Juta Daripada Rosmah

23-11-2021 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3059| Komen: 33

Description: Kuala Lumpur – Syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL (Global Royalty) dari Lubnan akan memfailkan semula saman menuntut ganti rugi AS$14.57 juta daripada Datin Seri Rosmah Mansor.
Kuala Lumpur – Syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL (Global Royalty) dari Lubnan akan memfailkan semula saman menuntut ganti rugi AS$14.57 juta daripada Datin Seri Rosmah Mansor.


Peguam yang mewakili syarikat terbabit, Datuk David Gurupatham berkata, pemfailan semula itu dibuat, selepas mereka mendapati hanya satu sahaja barangan kemas milik Global Royalty iaitu gelang berlian berharga AS$220,000, yang mana berada dalam simpanan pihak berkuasa selepas dirampas daripada dua unit kondominium mewah Pavilion Residences di Kuala Lumpur.


Foto: Kosmo

“Pihak kami telah memeriksa kira-kira 12,000 barangan kemas di bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM) selama seminggu. Hasil pemeriksaan itu, kami dapati hanya seutas gelang berlian milik Global Royalty dijumpai.


Menurut perjanjian konsaimen, Rosmah perlu membayar nilai barangan kemas sekiranya gagal memulangkannya semula kepada Global Royalty,” katanya ketika dihubungi selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Terdahulu gelang berlian yang bernilai AS$220,000 itu merupakan antara 44 jenis barang kemas yang dituntut oleh Rosmah yang didakwa dirampas oleh pihak polis dalam skandal penyelewengan dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Gurupatham, Global Royalty pernah memfailkan tuntutan yang sama pada 26 Jun 2018 namun menarik semula saman itu pada Oktober 2019.

Jelasnya, tuntutan tersebut ditarik balik kerana perlu memastikan sama ada 44 barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang setiap satu bernilai antara A$124,000 dan AS$925,000 benar-benar berada dalam simpanan pihak berkuasa.

“Tetapi kita kini telah memastikan hanya satu sahaja ada dengan pihak berkuasa jadi secara tidak langsung ia menunjukkan 43 lagi barangan kemas berada dengan Rosmah. Oleh sebab itu, kami memfailkan semula saman ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin ketika dihubungi memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 hingga 27 Mai 2022 untuk pendengaran tuntutan pihak-pihak terhadap barangan yang dirampas daripada kondominium mewah itu.

Pada Mei 2018, pihak polis telah merampas puluhan beg berisi barangan kemas dan wang tunai pelbagai mata wang dari kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavillion Residence, Kuala Lumpur. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 23-11-2021 10:32 AM
wahh ada barang kemas lain yang kak mah sembunyi kann...
Quote Normabaru 23-11-2021 10:42 AM
Saman pastu saman lg...jatuh hukum nya xjugak.. Haihhh.. Sian syarikat tu.. Lama2 design tu pon dh lapok. Xde sapa nk beli.. Mesti owner kedai tu menyesal bg semah ni pakai dulu..ingtkn dpt laba besar.. Rupanya bala besar yang mai.. Kohkohkoh
Quote hareeeesah 23-11-2021 10:45 AM
Kat mana kak mah sorok agaknya ye..
Quote helicornia 23-11-2021 11:06 AM
Kak mah soping bukan macam kita marhaen.kita pi kedai, tp kak mah org kedai dtg bawak brg kt dia utk dipilih. Antara brg tu yg dirampas polis masa serbuan. Tu beza kayangan dgn org bumi
Quote ninja9 23-11-2021 11:15 AM
pergh .. barang kemas main juta-juta
Quote kemaruk 23-11-2021 11:16 AM
Terbukti barang2 mewah barang kemas tu bukan milik rosmah..

Sakai2 dalam ni mana la paham benda mudah camni
Quote Radzor 23-11-2021 11:48 AM
Itu bila dah kantoi. Yg belum kantoi ni mcmana la lavish nya kehidupan mereka bertopengkan politaik penyelamat rakyat.
Quote Belibis 23-11-2021 12:07 PM
kemaruk replied at 23-11-2021 11:16 AM
Terbukti barang2 mewah barang kemas tu bukan milik rosmah..

Sakai2 dalam ni mana la paham benda mud ...

Bukan milik sebab lakinya dah tercidukkkk..kalau masih on top,mungkin dah cash lah.
Quote rashiman 23-11-2021 12:13 PM
Edited by rashiman at 23-11-2021 12:14 PM
laksmanabentan replied at 23-11-2021 10:32 AM
wahh ada barang kemas lain yang kak mah sembunyi kann...

jangan cepat sangat buat keputusan...

perkara ini kena disiasat dulu, mana pergi barang2 kemas tu, yg dikatakan tidak mencukupi....
betul ke ada lagi pada kak mah atau mungkin hilang masa keje2 angkut mengangkut masa menyita...

syarikat barang kemas tu boleh saman dan tuntut gantirugi keatas barangannya terhadap kak mah dan kak mah pun rasanya boleh saman kerajaan yg menyitanya yg menyebabkan barang kemas itu hilang atau susutnilai dll.


Quote musangbodoh 23-11-2021 12:29 PM
bayangkan kak ros pakai tiara
Quote laksmanabentan 23-11-2021 12:49 PM
musangbodoh replied at 23-11-2021 12:29 PM
bayangkan kak ros pakai tiara

woww sgt kannn....
ala2 queen gitu....
Quote Firenzza 23-11-2021 12:58 PM
Pandai kak mah sorok ye.....alibaba & 44 penyamun tarbus..... 1 utk ko 43 utk aku
Quote kemaruk 23-11-2021 01:23 PM
99% orang yang benci rosmah dalam ni mesti pernah/sedang percaya fitnah menabung dari kecil ni
bermula dari fitnah ni la timbulnya kebencian terhadap rosmah

bila fitnah ini kantoi, tapi kebencian tu masih terbuku dalam hati yang busuk, maka dorang akan cari fitnah lain untuk menenangkan hati mereka




Quote kemaruk 23-11-2021 01:25 PM
Belibis replied at 23-11-2021 12:07 PM
Bukan milik sebab lakinya dah tercidukkkk..kalau masih on top,mungkin dah cash lah.

maksudnya syarikat dari luar negara tu akan bagi barang kemas kat rosmah?

atas sebab ape ye? syarikat barang kemas kot

kalau rosmah nak terima sebagai hadiah pon apa salahnya? pakai duit ko ke?

atok kesayangan ko tu dulu jadi PM dapat hadiah kiri kanan dari seluruh dunia

sampai bukak galeria perdana dekat langkawi untuk tayang hadiah2 tu

ko tak tau kot.. bodo la katakan
Quote Kitty_catz 23-11-2021 01:36 PM
itu la gunanya rambut kembang.. acer check dlm rambut sheols
Quote Kitty_catz 23-11-2021 01:37 PM
tiara... fefeling the prettiest woman in the world gichewww... kelas ko mahh!
Quote rashiman 23-11-2021 01:39 PM
kemaruk replied at 23-11-2021 01:23 PM
99% orang yang benci rosmah dalam ni mesti pernah/sedang percaya fitnah menabung dari kecil ni
bermu ...

ramai jugak yg berjaya di hasut dan terperdaya dengan citer rosmah menabung nie....
dengan manusia pun mudah terpedaya dihasut, macam mana pula dengan dajjal....
Quote rashiman 23-11-2021 01:41 PM
kemaruk replied at 23-11-2021 01:25 PM
maksudnya syarikat dari luar negara tu akan bagi barang kemas kat rosmah?

atas sebab ape ye? syar ...

kadang2 pelik jugak....mudah betul puak2 nie diperbodohkan....
Quote MissYouSayang 23-11-2021 01:50 PM
Laki bini cilakak.
Cukai x mo bayar. Hukuman Denda liat nak bayar.Pehtu perabot2 pun nak kebas.ni plak barang kemas pun nak sembunyi2 jgk.paling x malu ada hati si penyamun nak mitak tanah 100 juta.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.172158 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top