CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Boleh Dihukum Kalau Berleter Terhadap Murid?

23-11-2021 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4149| Komen: 51

Description: Guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid.Sebagai ingatan kepada cikgu-cikgu terutamanya sekolah rendah yang bakal memulakan sesi persekolahan secara bersemuka penuh bermula 22 November ini ...
Guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid.Sebagai ingatan kepada cikgu-cikgu terutamanya sekolah rendah yang bakal memulakan sesi persekolahan secara bersemuka penuh bermula 22 November ini.


Berleter di dalam kelas juga adalah dilarang kerana merupakan salah satu bentuk hukuman yang akan memberi kesan kepada mental dan emosi murid.

Senarai yang dikeluarkan oleh Unit Disiplin KPM ini adalah berdasarkan kepada aduan yang diterima daripada ibu bapa yang tidak membenarkan guru-guru untuk menyentuh dan menghukum anak-anak mereka.



Berhati-hatilah kerana hukuman undang-undang telah tersedia untuk menghukum cikgu-cikgu yang cuba melawan arus.


Tugas guru sekarang hanyalah semata-mata penyampai ilmu dan tidak lebih daripada itu.

Ibu bapa pula merupakan insan yang paling banyak bersama anak-anak dan tentunya sangat kenal dengan peribadi setiap anak-anak mereka.


Akhirnya, guru dan ibu bapa ada tanggungjawab masing-masing.

Sekiranya ibu bapa memberi tanggungjawab kepada guru untuk mendidik anak-anak mereka tentang adab, maka berilah autonomi kepada guru-guru untuk melakukannya selagi mana tidak keterlaluan.

In shaa Allah peringatan ini adalah peringatan kepada diri sendiri sebagai seorang guru dan juga sebagai seorang bapa kepada murid.

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan. -CARI

Sumber: Utama Daily

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 23-11-2021 10:04 AM
Selalu nya yang kuat nag tidak ngaku nag depa kata nasihat or teguran...
Quote naina 23-11-2021 10:20 AM
Bosannya lahai. Cikgu masuk kelas just ngajar2 lepastu diam dan keluar. Si rambut tengah ni punya rules ntah apa2.
Quote chazey 23-11-2021 10:24 AM
naina replied at 23-11-2021 10:20 AM
Bosannya lahai. Cikgu masuk kelas just ngajar2 lepastu diam dan keluar. Si rambut tengah ni punya ru ...

Ni peraturan dari zaman abahcow Muntri KPM lagik jika ai tak silap. Ka zaman Mahadzir? Lupa.
Quote mclaren 23-11-2021 10:27 AM
Apa kriteria berleter vs beri nasihat atau motivasi? It really depends on the recipient. If cikgu bagi morivasi tapi anak murid rasa berleter, then how? Apalah nak jadi dengan generasi sekarang ni. Too triggered.
Quote naina 23-11-2021 10:27 AM
chazey replied at 23-11-2021 10:24 AM
Ni peraturan dari zaman abahcow Muntri KPM lagik jika ai tak silap. Ka zaman Mahadzir? Lupa.

Tak leh la cikgu Farah viral tu membebel2 sambil makan.
Quote Thunderclouds 23-11-2021 10:30 AM
Hukuman fizikal no5 tu zmn sek men dlu ada cekgu mmg stail dia bila masuk kelas kami kna start diri atas meja dlu patu dia tnya soklan subjek dia. Nk duduk lam kelas dia mmg kna study. Kalo x smpai abeh masa la hg diri ats meja/kerusi
Quote johan-adx 23-11-2021 10:33 AM
jauh beza anak2 murid skrg dgn zaman aku dlu...
dlu dibaling dgn duster,diketuk dgn pembaris kuning papan hitam tu,tarik sideburn,penampar,jerkah tu biasa..
Quote lifeline 23-11-2021 10:35 AM
jap berleter pon xleh
so maksudnya kalau masuk kelas , kelas x bersapu kira cikgu kena diam je la eh?
ke skrng budak2 dah tak kemas2 kelas ikut jadual mcm zaman iols2 dlu2?
Quote chazey 23-11-2021 10:39 AM
mclaren replied at 23-11-2021 10:27 AM
Apa kriteria berleter vs beri nasihat atau motivasi? It really depends on the recipient. If cikgu ba ...

Berleter tu maksudnya jika kelas ko 3 masa = 1 jam 30 minit, 1 jam 30 minit tu juga la ko guna untuk marah2 bebudak non stop bercakap siap picking on them one by one.
Quote makadek 23-11-2021 10:46 AM
chazey replied at 23-11-2021 10:39 AM
Berleter tu maksudnya jika kelas ko 3 masa = 1 jam 30 minit, 1 jam 30 minit tu juga la ko guna unt ...

Kaka cazey gawang takkk
Quote Normabaru 23-11-2021 10:46 AM
stfu..hehehe
Quote annehuda 23-11-2021 10:58 AM
bukan ke ni yg cikgu2 perjuangkan? nak tumpu pada mengajar je. kalau idak mesti tiap2 tahun viral puisi yang cikgu ni buat mcm2 keje, kutip duit yuran pun claim buat keje akauntan gitu
Quote rikiruj 23-11-2021 11:10 AM
Suruh robot je la ajar budak2 ni.  Robot takde emotion, buat apa yang diprogram sahaja.  Budak dengar ke tak dengar ke belakang kira janji depa mengajar.
Quote ninja9 23-11-2021 11:12 AM
Guru-guru tak nak analisa kah artikel kat atas tu.. memang realitinya mcm tu ker
Quote chacon 23-11-2021 11:13 AM
bodoh punya syarat...makin lama makin bagi budak2 naik tocang..lepas ni budak2 tak jadi orang cikgu pun dia pijak.... tengok la balik sejarah dulu2..ada ke mati kena rotan ngan cikgu. melentur buluh biarlah dari rebung.. gedik sangat aihhh nak ngubah itu ini  
Quote mclaren 23-11-2021 11:14 AM
chazey replied at 23-11-2021 10:39 AM
Berleter tu maksudnya jika kelas ko 3 masa = 1 jam 30 minit, 1 jam 30 minit tu juga la ko guna unt ...

Adeh banyak nya tenaga dan semangat cikgu leter lama macam tu ha ha ha.
Quote Skuau 23-11-2021 11:19 AM
Mende ni....sgt 'subjektif'....samada ia leteran@bebelan...yg menasihati dlm bentuk kiasan atau....'penderaan mental,emosi'......baik/mohon dirujuk kpd pakar terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.
Quote CikYaYaYa 23-11-2021 11:21 AM
Hahaha aq blh kata kebanyakkan hukuman fizikal yang xboleh tu sume aq dh rsa msa sekolah dlu. Bila balik citer kat mak, mk bkn ksian pon siap.kata padam muka lagik sbb ko degil laa tu sal tu kenaa denda
btw mengarut betoii peraturan. Mbebel pon xboleh k..? Abiss budak2 tu bt salh cikgu kena buat2 xnampak jelaa ea. Eee mengada nbetoi budk2 sekarang. iols menyampah betoi nk2 tgk kt tiktok duk F word kat cikgu. Agak2 laaaa
Quote suzlye77 23-11-2021 11:39 AM
Leter ni ikut penerimaan pelajar, klu ko benci guru ni,ko nampak kelibat pun benci,ada pljr yg suka guru ni,ko berleter berjam2 pun okay jer...gitu teori sy...

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.057999 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top