CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Wadar Penjara Menyamar Jadi Polis, Motif?

22-11-2021 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1961| Komen: 2

Description: IPOH: Seorang bekas wadar penjara didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan menyamar anggota polis ketika berada dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Khamis lalu.
IPOH: Seorang bekas wadar penjara didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan menyamar anggota polis ketika berada dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Khamis lalu.


Tertuduh, Zakwan Mahuri, 44, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati berpura-pura memegang sesuatu jawatan tertentu sebagai seorang penjawat awam iaitu dengan menyamar sebagai anggota polis.


Foto: Berita Harian

Kesalahan itu dilakukan di pekarangan Pejabat Cawangan Khas IPK Perak kira-kira jam 9.50 pagi pada 18 November lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sufi Aiman Azmi dengan tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh.


Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 21 Disember ini untuk sebutan semula kes. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 22-11-2021 03:10 PM
tertuduh didapati berpura-pura memegang sesuatu jawatan tertentu sebagai seorang penjawat awam iaitu dengan menyamar sebagai anggota polis.
Quote nononcrux 23-11-2021 04:32 PM
motif untuk bermegah-megah la..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053819 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top