CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Teruskan Legasi, Fazley Yaakob Teruja Anak Minat Jadi Chef

22-11-2021 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4141| Komen: 26

Description: Dato Fazley Yaakob akui berasa gembira kerana anak sulungnya telah menunjukkan minat dalam bidang masakan mewarisi minat dan legasi yang diusahakannya selama ini.
Dato Fazley Yaakob akui berasa gembira kerana anak sulungnya telah menunjukkan minat dalam bidang masakan mewarisi minat dan legasi yang diusahakannya selama ini.


Menurut Fazley, dia enggan memaksa minat atau menetapkan hala tuju keempat-empat anaknya namun tidak menyangka Ahmad Fariedz Shah atau lebih mesra dikalangan keluarga sebagai Payish ingin menjadi seorang chef. Dedah Fazley yang popular dengan lagu Asmara ini, anaknya itu mula menunjukkan minat sejak kecil lagi malah sering memasak di rumah mereka.


Foto: Murai.my

“Anak-anak ini saya tak dorongkan mereka untuk minat apa yang mereka nak. Saya beri kebebasan apa yang mereka ingin lakukan. Tetapi anak sulung saya ini memang tidak dinafikan yang minat dia dalam bidang masakan sangat ketara sejak umur 7-8 tahun lagi. Jadi bila dia dah mula menjengah ke alam remaja dan berumur 13 tahun, saya tanya dia apa yang dia nak buat nanti


“Jawapan pertama yang dia cakap dekat saya, dia cakap nak jadi chef. Saya kata “Okaylah kalau nak jadi chef kena start dari awal”. Dia pun dah ada bisnes nasi lemak Payish dan dekat dapur rumah ada sahaja benda yang dia akan masak. Saya cuba nak bagi dia peluang untuk berjumpa dengan umum”

“Sejujurnya masa dia umur 2-3 tahun itu saya dah mula perasan. Bayangkan kalau saya bagi mainan, mainan yang macam masakan itu yang dia pegang. Dia tak pegang game atau kereta sekali pun, tapi dia mesti pegang sudip atau pisau mainan masa kecil. Saya rasa apa yang dia tengok masa kecil, itu yang menjadi amalan dia dan sekarang dia memang benda itu” kata Fazley kepada Murai.my.


Meskipun memberi kebebasan, namun Fazley berkata anak-anaknya perlu mendapat keputusan cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi.

“Pengenalan awal kepada dunia masakan itu perlu sebab saya pun dididik awal. Masa umur saya 4 atau 5 tahun, saya dah bantu ibu dan nenek saya. Jadi ini adalah peluang untuk saya didik generasi baru pula.


“Saya tidak akan menghalang cuma syarat saya pada anak-anak saya, Bidang apa sekali pun dia mereka ceburi perlu mendapatkan sijil ijazah pertama tidak kira bidang masakan atau pun tidak” katanya lagi

Menjadi duta jenama AYA selama dua bulan, Fazley akan mempromosikan produk AYA bukan sahaja di restoran nya tetapi juga melalui saluran sosial media. Beberapa sesi “live” di sosial media akan berlangsung dan pelbagai aktiviti juga akan diadakan. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 22-11-2021 12:49 PM
Astaga azrene sora bodi dah rupa kakmah dah
Patut la jeli jadi iras2 fondan la ni, menurun pak mentua dia rupanya
Quote dudaberhias 22-11-2021 12:49 PM
alhamdulilah mujur anak teruskan legasi ayah jadi chef dan bukan menyanyi...

jangan ulangi kesilapan ayah kau dikkk... sambil tu nak jengil2 dekat heolss supaya keluar minggu depan...
Quote gujiwa 22-11-2021 01:08 PM
bukan hari tu memasing diet ke
Quote laksmanabentan 22-11-2021 01:13 PM
gujiwa replied at 22-11-2021 01:08 PM
bukan hari tu memasing diet ke

mungkin untuk keperluan konten aja tuh...

Quote AKAZ85 22-11-2021 01:38 PM
Potensi abe jelly jadi kepit besar ni.. Gaya dah ade.. Yg bini pulak menurun betul muka kak mah dengan saiz2 badan sekali.. Minggu depan elok ko keluar je laa abe jelly.. Bawak lagu sendiri pon gigil2.. Ni nak bawak lagu orang lak.. Dok je laa dapur tu bagi makan bini ko je
Quote prince_marhaen 22-11-2021 02:08 PM
Alahhhhhhhhhhhhh....terpaling bapa memahami terpaling penyayang...terpalinggggg chefffff di muka bumi Malaysia ni (pergi luar kena gelak je kot)...btw anak-anak dan adik dedek shayang dah semakin membentuk wajah dan saiz ibu mertua ye...yang paling jahat la konon...diornag je suci teraniaya...walhal propa jugak jenis 'janji content'....
Quote Thunderclouds 22-11-2021 02:18 PM
Dia ni mcm xdak hala tuju lgsung. Mula tu nk nyanyi,patu nk jd chep eh! Patu nk jd ahlul akademik (ok,yg tuh dh bkuburr) patu nk jadik chep blk eh,ni nk nyanyi pulek. Pick one and stick to it! Make it work. Tua bangka dh.
Quote winky1 22-11-2021 02:26 PM
Adikabang incentuous bunyi geli
Quote mojarean_X 22-11-2021 02:45 PM
Wahh mkn byk thread menantu kak mah ni.
Quote mawarkhayalan99 22-11-2021 02:46 PM
sedap ke uols masakan heols ni. tak pernah pulak rasa
Quote anony-mous 22-11-2021 02:50 PM
Acikgomen replied at 22-11-2021 12:49 PM
Astaga azrene sora bodi dah rupa kakmah dah
Patut la jeli jadi iras2 fondan la ni, menurun pak  ...

Terus i tgk balik. Ya ampun ingatkan kakmah. Tu la rupa kakmah kalau x alter. Lawa.

Anyway, apa2 yg keluar dari mulut dia ni x sah kalau x poyo
Quote SpyLeman 22-11-2021 04:19 PM
Tak...hari tu leklok ckp sepanjang jadi chef dpt 33 awards, udah smlm dia ckp 64 award. Mari tang mana award semua tu? Kutip kat sungai congkak ape?
Quote Kurex 22-11-2021 05:26 PM
Geli tengok muka dia
Quote Normabaru 22-11-2021 06:02 PM
dah bulat macam tu.. maunye xminat jadi chep
Quote mistified 22-11-2021 06:27 PM
Aah...bini dia mcm kak ros sebelum kak ros alter muka. Copy paste muka mak.
Quote akies 22-11-2021 06:30 PM
Si wife tu dah serupa macam ibunya sendiri.

Quote azimodin 22-11-2021 06:57 PM
Thunderclouds: Dia ni mcm xdak hala tuju lgsu ...


Mmg ada orang camni chouls. Macam member 1 memula buat bisnes tupperware, pastu jadi consultant Marikeyyyy (dok gebang merikey bagus), pastu jual produk timbang kilo (ni pon claim muka jadi glowing) pastu sekarang jadi ejen MLM lain pulak. Dah la suka up status member x support bisnes sheouls. Habistu dia jual barang ntah hape2 tak kan la tiap2 bulan member nak kena support.

Eh tiberrr OT
Quote miracle_forever 22-11-2021 07:10 PM
dudaberhias replied at 22-11-2021 12:49 PM
alhamdulilah mujur anak teruskan legasi ayah jadi chef dan bukan menyanyi...

jangan ulangi kesilapa ...


sempat heols up diri sendiri.. kaka dude nmpk tak hashtag #ifiwasyouidwannabemetoo

yihhhhh si misai kontot sangat perasan!
Quote dudaberhias 22-11-2021 07:16 PM
miracle_forever replied at 22-11-2021 07:10 PM
sempat heols up diri sendiri.. kaka dude nmpk tak hashtag #ifiwasyouidwannabemetoo

yihhhhh si mis ...

yihhhhh verangannn.... aura kepoyoan heolsss terlampau the kuatt... masuk GV menyanyi tu pun nampak kepoyoannn dan fefeelingnya tu walaupun suarat macam kambing nak mengembek tk lepas...

tengok cara posing gambar dalam artikel belah kiri tu pun dah tahu...
lepastu punya la gigih style rambut sana sini sampai la jadi rhoperr jin toncit macam sekarang ni tetap la haukkkk...
yang gambar dia angkat kening tu pun posing fefeeling ziana zain... bluekkkk sama je dengan adik dia tu.... sama2 perasaan dan cuba sedaya upaya nak jadi hensem tapi tetap la haukkkk

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.054064 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top