CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 3 Tahun Lemas Ketika Mandi-Manda Bersama Keluarga

22-11-2021 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2340| Komen: 9

Description: Kudat: Aktiviti riadah mandi-manda keluarga di Pantai Kampung Bangau, di sini, semalam, berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak lemas.
Kudat: Aktiviti riadah mandi-manda keluarga di Pantai Kampung Bangau, di sini, semalam, berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak lemas.

Dalam kejadian itu, kanak-kanak berusia 3 tahun disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemukan berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.13 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

Foto: Harian Metro


"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan operasi terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara permukaan di lokasi sekitar pantai berkenaan.

"Mangsa akhirnya ditemukan pasukan SAR bersama penduduk kampung pada jam 4.25 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

Katanya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat pada jam 6.29 petang," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 22-11-2021 03:06 PM
kanak-kanak berusia 3 tahun disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemukan berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Quote chazey 22-11-2021 03:09 PM
Takziah. Lain kali bawa lagi budak umur 3 tahun mandi sungai dalam sebegitu.
Quote musangbodoh 22-11-2021 03:40 PM
tgk air pun hitam...dlm tu
Quote Thunderclouds 22-11-2021 03:46 PM
Laut,air terjun,sungai mmg big no no utk ank2 i. But sometimes, the tragedy takes over. Salam Takziah.
Quote harkktuih 22-11-2021 03:52 PM
mcm pelik pulak pantai kat kudat color air hitam mcm tu..
Quote cha-cha 22-11-2021 03:57 PM
Takde gigi air ke mandi di tepian je duduk kat pasir air singan buku lali? Maksudnya budak ni dibawa swimming ke tempat dalam ke?
Quote buragazz 22-11-2021 04:01 PM
Kenapa la dibior budak 3 tahun mandi.. apa la dia tau.. sedangkan dalam besen pun boleh lemas ini kan pulak sungai...
Quote adawiyah_hakim 22-11-2021 04:49 PM
takziah utk keluarga mangsa. tgh musim lemas skrg ni... berhati-hati lah
Quote kakikuDibibirmu 22-11-2021 08:06 PM
Lemas:

[youtube]fsKLFH9qwoM[/youtube]

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.189569 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top