CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dunia Semakin Jahanam, Gangguan Seksual Dianggap Remeh,"-Shahrulezad Bidas Annuar Musa

22-11-2021 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3657| Komen: 19

Description: Pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin berkongsi rasa terkilan terhadap kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang menasihatkan pemain industri seni tanah air tidak mempe ...
Pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin berkongsi rasa terkilan terhadap kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang menasihatkan pemain  industri seni tanah air tidak memperbesarkan isu gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan mereka.


Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Shahrulezad seperti hilang kata-kata apabila Annuar mengeluarkan kenyataan seolah-olah cuba menjadikan isu gangguan seksual sebagai perkara biasa dan dianggap remeh.


Foto: IG

“Serius, Tan Sri? Saya speechless (hilang kata-kata) apabila Menteri cakap seperti ini. Apabila budaya gangguan seksual cuba dinormalisasikan dan menjadi sesuatu yang tidak perlu diperbesarkan dan dianggap remeh,” tulisnya.


Ujar pemilik rumah produksi Radiusone itu, dia tidak menafikan bahawa gurauan berunsur lucah sememangnya terjadi dalam kalangan kru dan juga artis sehingga menjadi budaya dalam industri.

“Gurauan berunsur seksual antara kru dan artis. Mula-mula sekadar gurauan yang akhirnya membawa ke peringkat yang lebih serius. Yang muda dan senior bercakap lucah (gurauan) sesama sendiri dengan niat bergurau seakan-akan menjadi satu budaya dalam industri.

“Dahulu ketika masuk industri, saya juga terganggu dengan perkara ini (gurauan lucah), tetapi lama- kelamaan, saya sendiri kadang-kadang mendiamkan diri (salah saya) sebab sikit-sikit kita dah mula terpaksa terima budaya ini,” katanya.



Bagaimanapun, Shahrulezad atau mesra disapa Ijat dalam kalangan pemain industri mengakui bahawa perkara tersebut (gurauan lucah) sebenarnya salah tidak kira secara lisan mahupun gerak tubuh.

“Jauh di lubuk hati, saya tahu salah. Sangat salah. Gangguan seksual sama ada lisan mahupun gerak tubuh adalah salah.

“Pelapis industri akan beranggapan perkara ini adalah budaya sama seperti saya sekarang. Adakah kita lakukan perkara yang sama apabila berada di rumah? Di hadapan anak-anak atau cucu kita?” jelasnya.

Sehubungan itu, pengarah drama Takdir Yang Tertulis itu berkata, dia berasa sangat terganggu apabila Annuar Musa menyifatkan isu gangguan seksual dalam kalangan pemain industri dianggap perkara remeh dan tidak perlu diperbesarkan.

“Tan Sri jawablah sendiri dengan generasi akan datang apabila keadaan semakin tidak terkawal. Selamat datang ke dunia yang semakin jahanam.

“Melayu yang semakin hilang jati diri Melayu dan tidak tahu malu lagi,” katanya.



Terdahulu, sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa Annuar Musa menasihatkan pemain dalam industri seni tanah air tidak memperbesarkan isu gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan mereka.

Jelasnya, pemain industri seharusnya lebih mengutamakan hal-hal positif daripada isu-isu terpencil yang didakwa berlaku.

“Saya rasa isu itu tak perlu diperbesarkan. Fokus pada perkara positif daripada kes-kes terpencil,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote trexxxxxi 22-11-2021 11:18 AM
Terbantut sekejap nak rate bila tinguk selfie heshe

Untuk tidak OT,
Tak patutlah Menteri bagi statement sebegini
Quote prince_marhaen 22-11-2021 11:27 AM
satu klinik hidung dengan Lannacau Nordink ke ni? Btw meols setuju dengan heshe sebab perangai macam ni jijik ye...lama-lama pelakon & selebriti kanak-kanak pun kena 'normalisasikan' budaya double meaning & gurau lucah ni...
Quote azimodin 22-11-2021 12:06 PM
Xkisah la kat mana sekalipon be it kat rumah, office or sekolah, sexual harassment xseparutnya dipandang remeh. Gurauan yg berbentuk double meaning pon x patut di pandang ringan.

Biar la orang cakap kita ni overly sensitive dan tak sporting gitu, yg penting kita x normalise perbuatan x bermoral
Quote mrsbale 22-11-2021 01:18 PM
Tgk AM ni mcm bush.
Versi pakcik kertu miang.
Tgk dak ijat ni lak mcm MJ.
Mcm ML pun blh. MakcikLana
Quote dudaberhias 22-11-2021 01:22 PM
iolsss tak boleh fokus apa dia cuba cerita sebab fokus iolsss hanya terlehat dekat lobang hidong heolss yang huduh serupa corong resdong.. sebijik hidong lana... memang sah buat kat klinik sama pada rate harga paling rendah... dah murah pun mintak kurang lagi siap shake2 coins kat shopee nak dapatkan cashback... soo masuk2 ni nak jeling dan beliak kat dua2 annuar dan heolss...
Quote Raiisya 22-11-2021 01:36 PM
Mmg x masok akal lh menteri boleh ckp sexual harassment benda remeh.. Bnda serius kot gangguan seksual.. Ingt bnda lawak ke? Eee.. Menyampah lh dgn menteri mcm nie.. Siapa yg undi dia nihh?? Yihh sngt..
Quote mrsbale 22-11-2021 01:41 PM
Org politic bila dah start nk pro normalize benda2 yg obviously an offense/injustice/crime ni samada depa nak cover certain people or cover diri sendrik…
Quote BoongaKertas 22-11-2021 01:45 PM
AM tu iols mcm tak terkejut kalau statement tu dari dia.
Quote mclaren 22-11-2021 03:52 PM
Dia nak sokong rakan sepenjawat dia SK tu lah.. pedo.
Quote Adrif 22-11-2021 04:09 PM
aku tak faham orang yang suka berlawak double meaning, normalize sexual harassment ni.
apa dalam otak diorang entah la
Quote Begbiru 22-11-2021 05:01 PM
kalau pemimpin pun boleh ada mindset camtu...berangan lah nak ada undang2 pasal sexual harrasment kat malaysia ni
Quote pinksarah 22-11-2021 05:51 PM
tan sri sendiri pon suka gurau lucah lettew..

tu psl anggap isu remeh dan minta jgn diperbesarkan..

dasar tua kutuk
Quote TeropongThaico 22-11-2021 06:06 PM
Ni ke tahap pemikiran politicians kat meleis ni...
Hancur anak muda kita
Quote Cintakapuri 22-11-2021 06:17 PM
Heshe suntik botox ka??? Ketat sggh muka. Satu lg hidung heshe dah knpa oi
Quote silampumeja 22-11-2021 06:18 PM
Tapi dia ni pun kengkadang up status mengundang kelucahan je... Sangap la... Segala
Quote annadonna 22-11-2021 06:50 PM
Aku nak dengar statement audio dari mulut dia sendiri. Reporter suka manipulate
Quote becir 22-11-2021 06:53 PM
Annuar Musa ni yg kata kita kena kasi peluang kedua kat student msia yg pedo tu..what do u expect orang tua bodo camni
Quote tripleid 22-11-2021 09:22 PM
Wahat u ekspek from barisan  menteri low class yg membanjiri kabinat mlysia innih??..bagi statemen pun mcm x penah masuk sekolah
Quote pukulrata 23-11-2021 09:57 AM
Org cmni mmg celaka.kena kat anak bini dia baru dia tau.slagi xkena remeh je la kat dia.xkira menteri..lebai dgn ostad pun ada ramai prangai kimak Gini.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.047824 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top