CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kurang Tawaran Job Je, Tapi Bukan Kontang – Linda Nanuwil

21-11-2021 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2836| Komen: 9

Description: Jika Kau Kekasih. Itu sepotong perkataan yang digunakan sebagai judul bagi sebuah lagu balada yang menjadi periuk nasi buat insan bernama Linda Nanuwil.
Jika Kau Kekasih. Itu sepotong perkataan yang digunakan sebagai judul bagi sebuah lagu balada yang menjadi periuk nasi buat insan bernama Linda Nanuwil.

Lagu hasil nukilan dan tulisan Mohd. Faizal Maas dan penyanyi, Noorulhuda Ab. Wahab yang diluncurkan pada 2005 itu juga dilihat masih malar segar dan menjadi siulan hingga ke saat ini.

Buktinya, lagu tersebut masih menjadi senarai lagu yang diputarkan penyampai di corong-corong radio berbahasa Melayu di negara ini.

Itu juga yang membuatkan nama Linda masih kekal disebut-sebut waima adakala dia seperti ada dalam tiada.

Foto: IG


Bertentang mata bersama penyanyi asal kelahiran Ranau, Sabah itu baru-baru ini, Linda memberitahu masih aktif menyanyi, sekali gus mempertahankan keberadaannya dalam dunia muzik yang dicintai.

“Saya masih ada lah. Masih lagi menyanyi dan berlakon seperti biasa. Cuma saya akui sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, saya agak perlahan sedikit.

“Tapi perlahan itu bukan bermaksud saya terus ghaib daripada industri. Bukan juga bermaksud saya menyepi tanpa sebarang produk,” katanya membuka bicara bersama HibGlam.


Linda atau pemilik nama sebenarnya Norlinda Nanuwil itu bersyukur kerana rezeki dalam bidang seni masih berpihak kepadanya hingga ke detik ini.

Akui penyanyi berusia 37 tahun itu, biarpun keberadaannya disifatkan seperti ‘ada dalam tiada’, tetapi realitinya dia tetap ada untuk terus menghiburkan peminat.

“Alhamdulillah. Kalau ditanya mengenai perkembangan terbaharu, saya baru sahaja terlibat dengan sebuah konsert di Istana Budaya beberapa minggu lepas.

“Konsert Rentak Kita selama dua hari itu merupakan persembahan sulung saya selepas lama kita dikurung dek PKP.

“Alhamdulillah ramai yang datang dan bagi sokongan kepada kami semua untuk bernafas semula. Konsert itu secara tidak langsung jadi suntikan semangat untuk kami terus berkarya,” katanya.

Selain konsert, beritahu Linda dia juga turut menerima beberapa tawaran lakonan seperti telefilem sebagai menambah punca pendapatan.



“Ramai juga yang kata saya dah lama tak menyanyi dan tiada lagu baharu. Tak kurang juga yang cakap saya asyik berlakon saja dan selalu nampak muka dalam kaca televisyen.

“Kalau ikutkan, nyanyian masih menjadi keutamaan dan sebagai mata pencarian utama. Lakonan hanya sebagai tambahan dan suka-suka.

“Tapi ada juga tawaran lakonan yang terpaksa ditolak secara baik disebabkan kekangan masa dan tawaran saat akhir,” ujarnya yang menduduki tempat kelima dalam program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) tahun lalu.

Meneruskan bicara, naib juara Akademi Fantasia (AF) musim kedua itu sekali lagi mengakui, perjalanan seni hingga ke saat ini disifatkan sebagai satu hal yang tidak mudah untuk untuk dikemudikan.

Katanya, dari dahulu lagi, setiap keputusan berhubung kariernya diuruskan sendiri dan adakala dibantu pengurus peribadinya.

“Sebab itu rasanya saya tenggelam timbul. Bukan kerana tak ada produk tetapi kekangan masa untuk aturkan semua perkara termasuk promosi.

“Semasa baru nak naik dan bernafas semula, negara pula dibadai pandemik sampailah ke saat ini. Jadi aktiviti promosi dan kerangka seni itu turut terkait dan terkesan.

“Tak mudah sebenarnya nak bergerak sendiri apatah lagi secara solo. Selepas habis GV tahun lalu, memang agak perlahan sedikit aktiviti seni saya, tapi bukan bermakna kontang terus,” katanya.

Katanya, apapun berlaku dia tetap bersyukur kerana bakatnya masih ditagih dan diterima hingga ke saat ini.

Berkongsi mengenai buah tangan baharu untuk peminat, buat masa ini Linda masih giat mempromosikan single terbaharunya, Ikhlaskan Hatimu.

Lagu yang dihadiahkan komposer terkenal Ajai kepadanya Januari awal tahun ini juga menjadi naskhah sulung selepas 15 tahun dia ‘ghaib’ tanpa sebarang ceritera.



“Ya, itulah single pertama saya selepas lama senyap dan mendiamkan diri dalam industri. Alhamdulillah sambutan untuk lagu itu amat memberangsangkan.

“Kita pun masih dalam proses mengumpul dan mencari material yang sesuai untuk lagu baharu nanti. Kalau ada mana-mana komposer yang sudi dan mahu bekerjasama, sila-silakanlah.

“Jika lagu tersebut kena dengan hati dan sesuai untuk saya bawakan, apa salahnya, dapat juga hadiahkan kepada peminat,” katanya seraya menoktahkan butir kata. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 21-11-2021 01:16 PM
Dia nih kena diet giler2 ni...then lepas Tu pasti byk produk dpt himpit..muka lawa dah...
Quote Hoola 21-11-2021 01:31 PM
Uarebeaitifulll #girlcrushhh
Quote kiah_mai_pulak 21-11-2021 03:04 PM
panjangggg gila artikel
Quote exclusive_vvip 21-11-2021 03:23 PM
kesian dia ni..mcm xde luck dlm industri..ntah sapalah yg beria sgt nak naikkan sheols masa AF2 dulu tu..mcm dah dirancang utk naikkan dia ..tapi i suka tgk muka dia, cantik, x macam perempuan sabahan yg selalu dimomokkan cantik2 tapi end up  kebanyakan rupa set2 bella astilah @ adira..overrated..
Quote SpyLeman 22-11-2021 12:02 AM
wirazam: Dia nih kena diet giler2 ni... ...

Gemokss gilos ke dia uolss???
Quote puanbintang 22-11-2021 09:38 AM
cantiknya dia ni..sayang macam tak berapa nak laku dalam industri...
Quote Suchi 22-11-2021 09:50 AM
Dia muslim ke byk perkataan alhamdulillah dlm artikel nih.
Ke sebab kat sabah boleh guna eh utk agama lain juga.
Quote Pak.dolla 22-11-2021 09:54 AM
Suchi replied at 22-11-2021 01:50 AM
Dia muslim ke byk perkataan alhamdulillah dlm artikel nih.
Ke sebab kat sabah boleh guna eh utk agam ...

Pakdol pun baru nak tanya soalan yg ..pernah nampak dulu ms ig lama dia tu..dia ada buat  1 lagi ig khas utk org kristian..ig tu ada lagu² utk agama dia..
Quote prince_marhaen 22-11-2021 10:27 AM
Dia ni cantik sangat, suara pun power....tapi itulah dekat mainstream media kurang nak naik sangat, maybe sebab sheols macam too privacy, tak ada cerita yang boleh korek, projek or job pun maybe private-private event kan... meols suka dia ni sebab macam tak carik pasal & tak campur hal orang sangat...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.504377 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top