CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh Tak Layak Sertai GV8, Ini Jawapan Saiful Apek

19-11-2021 08:56 AM| Diterbitkan: usopikhwan| Dilihat: 6247| Komen: 50|Original author: usopikhwan

Description: Siapa yang tidak kenal dengan pelawak lagenda Saiful Apek dan Yassin Senario. Baru-baru ini mereka berdua mengejutkan industri hiburan apabila menyertai program realiti terbitan Astro iaitu Gegar Vaga ...


Siapa yang tidak kenal dengan pelawak lagenda  Saiful Apek dan Yassin Senario. Baru-baru ini mereka berdua mengejutkan industri hiburan apabila menyertai program realiti terbitan Astro iaitu Gegar Vaganza musim baru.


Berikutan itu, ada netizen mempersoalkan kredibiliti  mereka  berdua yang rasanya tidak layak menyertai program tersebut. Di atas dakwaan netizen itu, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Bin Mohammad Yusoff 52, tampil menangkis dakawan itu.


Dalam satu sidang media, Apek berkata pihak produksi yang mahukan dia dan Yassin berada di pentas GV8. 


"Layak atau tidak, soalan itu berbalik pada pihak produksi. Sebenarnya saya tanya juga apa relevannya kami. Tapi mungkin mereka sudah buat research tentang kami kerana saya dan Yassin pernah berada dalam Senario dan mempunyai tujuh album yang kesemuanya 70 buah lagu”.



Selain itu apek turut berkata pihak produksi meyakinkan mereka untuk menyertai GV8. 


"Mereka berjaya yakinkan kami untuk menyertai pertandingan itu. Kami bukan membawa nama pelawak semata –mata sebaliknya ada task dan tema yang kami perlu selesaikan setiap minggu. Kami berasa sedikit selamat apabila ada yang akan guide kami macam Tokram dan Cikgu Siti Hajar," katanya.



Gegar Vaganza musim 8, dijangka ditayangkan di Astro 21 November ini. Antara nama besar yang turut serta adalah Adibah Noor, Bandi Amuk, Fazley Yaakob dan Kumpulan Nico. Program yang selalu mendapat sambutan luar biasa penonton ini biasanya di tayangkan setiap Ahad, jam 9 malam. Semoga Saiful Apek dan Yassin Senario dapat menempuhi setiap tema lagu yang telah ditetapkan. Buktikan pelawak juga BOLEH!! -CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 19-11-2021 09:11 AM
layak atau tidak, bukan keputusan natizan... itu keputusan tokey astro, GV dn penaja..

teringat 3gp  berdapur dgn apek

apek masak maggi atas dapur
Quote nononcrux 19-11-2021 10:12 AM
suka hati la dia nak masuk GV, bedarah telinga ke woi.. hahaha
Quote dudaberhias 19-11-2021 10:22 AM
Tapi iols suka lagu saiful apek aspalela dulu2, harap dia dapat perform lagu aspalela sebelum tersingkir sebab tengok rhoper apek ni minggu kedua dah keluar... Minggu pertama je kekal sebab takde sape akan keluar
Quote dekmieDandy 19-11-2021 10:26 AM
so agak-agak ada zapin cinta sms tak atas pentas GV nanti

iolls suka lagu tu
Quote BarbiePink 19-11-2021 10:32 AM
suka hati ler

heols nak masuk pun
iols smpai skrg stil suka lagu

asparella ke amenda tajuk lagu heols tuh


Quote buragazz 19-11-2021 11:23 AM
Aku lagi rensa dengan Nico dan Fazley... Apek ngan Yassin boleh nyanyi dan banyak lagu...
Quote sleepandream 19-11-2021 01:02 PM
[youtube]ZFwi6JsScIE[/youtube]
Quote kiah_mai_pulak 19-11-2021 01:08 PM
dudaberhias replied at 19-11-2021 10:22 AM
Tapi iols suka lagu saiful apek aspalela dulu2, harap dia dapat perform lagu aspalela sebelum tersin ...

minggu pertama rasanya elok si apek ni bawak lagu aspalela tu. baru lah orang boleh ingat ni dis pernah ada lagu sendiri, takk gittewww??? kalau mggu ke-2 tersingkir elok kambus je yasin tu kat belakang rumah dgn kek2 mama sabariah tu kan
Quote luvcomot87 19-11-2021 01:37 PM
Suara yassin okay la,kalau live pn xpecah sgt.. Apek boleh improve lg vokal die.. nk bnding dgn fazley hauk giler live aritu dgn shakingnyaaa... Letihh tgokk
Quote matchstick 19-11-2021 02:22 PM
calon terkeluar minggu 1-2 la tu..
Quote ezacbee 19-11-2021 02:29 PM
buragazz replied at 19-11-2021 11:23 AM
Aku lagi rensa dengan Nico dan Fazley... Apek ngan Yassin boleh nyanyi dan banyak lagu...

Betul, apek n yassin suara ok lg.
Yg nico n fazley tu klo nyanyi ke laut dalam. Tapi perasan hebat.
Quote buragazz 19-11-2021 04:13 PM
ezacbee replied at 19-11-2021 02:29 PM
Betul, apek n yassin suara ok lg.
Yg nico n fazley tu klo nyanyi ke laut dalam. Tapi perasan hebat ...

Dah ler Album sendu di Aidilfitri pastu lagu "inilah Nasibku" tu je yang orang ingat... Fazley tu ada la jugak tapi tu pun kesenduan...
Quote Carcosa 19-11-2021 11:00 PM
Nico tu lagi hauk. Harap dia bacalah ni
Udah2 lah hoiiii. Dgn muka berkarat ko tu.. Tak habes2 Inilah Nasibku dgn berkepak2 sambil pakai baju kotak2, tak merah, hijau.
Ehhh aku hidup zaman ko femes dulu. Aku dah majukan hidup aku dah, walaupun aku bkn retis
Ko tak habis2 Inilah Nasibku. Dahla hoiiii. Suara kau hauk Ya Robbi....
Quote lasagna 22-11-2021 08:29 AM
ehhhh geng senario pernah masuk Juara Lagu sebaris dgn Tokti yaa dolu2 kalau tak silap.. BBNU yg tak tau haa ni bukan calang2 ni..
Quote dudaberhias 22-11-2021 08:31 AM
Persembahan apek dan yassin ok2 jer semalam... tapi Juara GV8 tetaplah :


[youtube]K4Lb7IBl_yk[/youtube]
Quote lasagna 22-11-2021 08:36 AM
dudaberhias replied at 22-11-2021 08:31 AM
Persembahan apek dan yassin ok2 jer semalam... tapi Juara GV8 tetaplah :

heloklahh tapi Aliff Aziz ni. Patut lah bini dia sanggup jer. tibahhhhhhhhh..
Quote jijilaaa 22-11-2021 08:52 AM
husband aku masa apek nyanyi...sekali dgn dia nyanyi..konon kata mengimbau kenangan zaman kanak2...part suara maybe biasa2..tp part performance, ramai terhibur dgn diaorg
Quote AshkieLa 22-11-2021 02:21 PM
ok jer diorg ni semalam..
nico next week lagu sendiri... so better diorg ni out drpd SAYA.
takpun si Fazley... suka aku malam tadi dia last... kahkahkahkah...
dahlaa masa part Q&A sebelum nyanyi tu... dia sibuk buat citer sedih lagi sampai nangis2...
yihhhhh
Quote AcikBuncit 22-11-2021 02:51 PM
Apek ngn yasin bkn kekuatan dorg nyanyi pn. Dorg pn bkn originally penyanyi. Tp dorg performer yg hebat. Tak perlu vokal power terbelah langit pn org trhibur.. Yg ptt malu sek2 mmg penyanyi tp xleh nyanyi.. Luls

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.373961 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top