CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipenjara Sebab Humban Budak Dari Tingkat 10, Dalam Penjara Meliwat Pula

16-11-2021 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2174| Komen: 10

Description: London: Seorang lelaki di United Kingdom (UK) yang menjalani hukuman penjara kerana menghumban budak dari tingkat sebuah muzium kini ditangkap kerana meliwat banduan lain.
London: Seorang lelaki di United Kingdom (UK) yang menjalani hukuman penjara kerana menghumban budak dari tingkat sebuah muzium kini ditangkap kerana meliwat banduan lain.


Daily Star melaporkan perbuatan Jonty Bravery, 20, dipercayai menodai banduan terbabit ketika mandi di penjara Belmarsh, dekat tenggara bandar ini.

Portal itu melaporkan perbuatan lelaki itu terbongkar selepas mangsa memberitahu banduan lain, yang kemudian memaklumkan pegawai penjara mengenai kejadian berkenaan.

Foto: Daily Star

"Polis masuk ke penjara pada Khamis dan menangkap Jonty. Dia disoal siasat selama berjam-jam," kata seorang sumber kepada akhbar The Mirror.


"Seorang lelaki berusia 20-an ditahan kerana disyaki meliwat dan dibawa ke balai polis London Selatan.

"Dia dibebaskan dan dihantar semula ke penjara. Siasatan sedang dijalankan," kata jurucakap polis Metropolitan UK.

Sementara itu, jurucakap Perkhidmatan Penjara berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan polis bagi membantu siasatan.

Bravery yang autisme dan pada usia 17 tahun, dia menghumban seorang budak lelaki Perancis berusia enam tahun dari tingkat 10 bangunan Muzium Tate di tengah London, pada Ogos 2019.

Berikutan itu, Bravery dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, minimum 15 tahun untuk kesalahan dilakukannya.

Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan otak dan tulang belakang patah berikutan kecederaan yang dialami akibat tercampak.

Keluarga mangsa tidak pernah mendedahkan identiti Bravery, tetapi memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan anak mereka.

Mereka juga berkongsi perjuangan kanak-kanak lelaki berkenaan untuk kembali berjalan dan makan.

Tetapi, bulan lalu, keluarga itu mendedahkan mangsa yang kini berusia lapan tahun sudah kembali ke sekolah.

"Mengenai 'pahlawan kecil' kami, ujiannya di sekolah berjalan dengan baik, berada dalam keadaan selamat dan dia gembira untuk pergi (ke sekolah)," kata ibu bapa kanak-kanak berkenaan dalam kenyataan bersama. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mziskandar 16-11-2021 09:40 AM
x de kad oku ke?
Quote kelip2_07 16-11-2021 09:46 AM
ooo penjara seumur idup..kt cni dh bunuh msk peti ais br kena  br 6 taun  jerr
Quote KamikuP 16-11-2021 09:47 AM
Mcm rela jer banduan tu dinodai oleh jonty nih.. takkan le tak bole melawan pelik pulekk
Quote Kurex 16-11-2021 09:56 AM
20 tahun tapi muka persis 40an
Quote musangbodoh 16-11-2021 10:02 AM
nie kalo ikut otak nya letak kt lutut...tp hati kering dia plak boleh buli senior dlm jel tu
Quote VirusDetected 16-11-2021 12:13 PM
Quote Artemesiaa 16-11-2021 12:21 PM
Elok humban dalam lubang boya je dah tak layak bercampur dengan orang lain
Quote Jitu 16-11-2021 12:25 PM
jd betul lah sabun jatuh jgn kutip
Quote any42 16-11-2021 01:07 PM
humban dlm penjara pun bt msalah dlm penjara. dah tu kna humban kt mna pulak ni
Quote Xim 16-11-2021 01:32 PM
Thread dah ada : https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5005306

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.044702 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top