CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gagal Menang Trofi, Merqeen Tak Sedih

15-11-2021 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4613| Komen: 24

Description: Kegagalan membawa pulang trofi Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) Sabtu lalu tidak mematahkan semangat pelakon Meerqeen.
Kegagalan membawa pulang trofi Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) Sabtu lalu tidak mematahkan semangat pelakon Meerqeen.


Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 20, berkata, dia tidak berasa terkilan atau sedih, sebaliknya bangga berada dalam kalangan orang hebat yang tersenarai dalam lima terbaik.


Foto: IG

"Saya okay je tak terkilan dan tak sedih. Bagi saya rezeki orang lain-lain dan Meerqeen tak meletakkan harapan yang tinggi.

"Ini hanya anugerah dan tak melambangkan siapa menang tu dia power atau hebat. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Tahniah kepada Dinie," katanya kepada mStar.


Penyanyi Dinie Rashid memenangi Anugerah Artis Baharu Lelaki Popular dengan menewaskan Meerqeen, Nadhir Nasar, Fadh Majid dan Aliff Iskandar.



Dalam pada itu, Meerqeen berkata, tersenarai sebagai lima terbaik sudah menunjukkan bakatnya mula diterima dalam industri seni.

"Perasaan saya sangat happy apabila tercalon sebab untuk masuk Top 20 bukan mudah ini kan lagi nak masuk Top 5 lagi la bukan mudah.

"Saya sangat bangga, tahun 2021 tahun kedua saya dalam industri. Bila diberikan kepercayaan dalam Top 5 ia bermakna orang nampak bakat dan kebolehan saya," ujarnya.



Tambah Meerqeen, dia juga mengucapkan terima kasih kepada kelab peminatnya yang banyak mengundi dan menyokong kerjayanya.

Tanpa kepercayaan dan undian peminat dia tidak berasa layak berada dalam senarai lima terbaik.



"Meerqeen punya Troopers memang sangat-sangat kuat. Mereka dah buat sehabis baik.

"Saya sangat bersyukur, tapi nak buat macam mana bukan rezeki saya. Mungkin next time atau award lagi besar." ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 15-11-2021 12:26 PM
dia ni personaliti agak hyper... iols tak kenan laki hyper... mohon ubah personaliti jd lelaki mysterious gituh... jgan jd mcm abam jul peti ais plak, itu bosannnnnn.........
Quote dudaberhias 15-11-2021 12:29 PM
tergamak forumer2 cari tak undi heolsss!!!

tergamak @Masukkeluar @Kurex @Cik_jantung @anony-mous tak undi meerqeen dan abang dia hun haqeem yang herlokkkk dan pekat likat macam dodol tu....

dengan ini iolss sedih sangat2 dan sebak ala2 janna nick haritu yang kekayuan dan ingin mengumumkan berundur dari forum ni selama 60 minit...

btw jangan risau dekkk masih pucuk muda ala2 lobak masin gittew khenn... kumpul2 duit banyak2 dan gegirlll lepastu suruh theyols beli undi pukal nanti... nak sponsor apa2 pm kurex yach... tapi biasa la setiap sponsor ada bayarannya... pastikan lubsjubs anda persis taman klcc...
Quote Masukkeluar 15-11-2021 12:31 PM
dudaberhias replied at 15-11-2021 12:29 PM
tergamak forumer2 cari tak undi heolsss!!!

tergamak @Masukkeluar @Kurex @Cik_jantung @anony-mous ta ...

dia ni pendek dan muka biasa biasa je. hahahaha. dlm ig nampak wow tgk kt tv biasa je..


tapi bkn ke rmai bbnu suka dia, awat tak menang??? belum cukup fanatik mungkin fans beliau.
Quote dudaberhias 15-11-2021 12:38 PM
Masukkeluar replied at 15-11-2021 12:31 PM
dia ni pendek dan muka biasa biasa je. hahahaha. dlm ig nampak wow tgk kt tv biasa je..

persis abangnya pun pendek... tapi dia ni tinggi sikit...
tapi sebab herlokkk kita kena maafkan dan abaikan tinggi dia kaka yach...
kalau tidak kita terpaksa hadap la tengok pelakon katik yang hidung persis paruh burung kakak tua kopok losong dengan wajah berlubang2 boleh tuang teh ais iolss rela jejan pendek borneo ni di kaca tv dari jejan yang dah kertu lepastu muka boleh tuang teh ais di ikuti buat teh tarik pakai muka
Quote Kurex 15-11-2021 12:39 PM
dudaberhias replied at 15-11-2021 12:29 PM
tergamak forumer2 cari tak undi heolsss!!!

tergamak @Masukkeluar @Kurex @Cik_jantung @anony-mous ta ...

Tak minat bottom kaka......
Quote Mawar91 15-11-2021 01:22 PM
Masukkeluar replied at 15-11-2021 12:31 PM
dia ni pendek dan muka biasa biasa je. hahahaha. dlm ig nampak wow tgk kt tv biasa je..



Meols pon minat je die tapi x kose nak vote.Baik meols vote CT Nana je
Quote silampumeja 15-11-2021 01:31 PM
Nama commercial  pun aura payah nk ingat dik oi... Cuba letak yg simple and catchy sikit.. Shameer saiful ke... Shameer izam ke... Shameer Saif ke.. Shauqeen Saif ke .. ni gigih gabung2 part susah dlm nama tu buat apa..


Hahahaha i sekadar komen je ye... Xkenal pun ni
Quote Aikiko 15-11-2021 01:32 PM
Katik ke heols nih??
Tapi ngan hun cam tinggi dia ni lagi ek

Tapi herlok belum cukup ranum je...
Segak lagik anak iols tapi pic.takleh post nanti kena cekik ngan mak dia
Hampunnn
Quote innocent_me 15-11-2021 01:37 PM
spesis muka payah nk cam. nama igt, tuan tak cam.
Quote SedihPedih 15-11-2021 02:31 PM
who? adeh....
Quote tobobon 15-11-2021 02:50 PM
Pendek ke heols?? Meols rasa heols ni dlm 178 -179cm gitu...normal height...kalau 180 dan ke atas tu baru tinggi. Kalau 170 ke bawah itu baru pendek
Quote AshkieLa 15-11-2021 03:02 PM
rupa dia ni dgn samsul yusof mcm seiras je nampak...
leh jadi adik beradik..
Quote woven11 15-11-2021 03:09 PM
Suka nadhir nasar lagi
Quote buragazz 15-11-2021 03:11 PM
Who are yuss sangat...
Quote tootii 15-11-2021 03:12 PM
dia belakon ok je .. muka pun ada .. tapi fans dia yg kurang mengundi .. itu je .
Quote musangbodoh 15-11-2021 03:45 PM
kesian dan kasihan
Quote dejure 15-11-2021 03:48 PM
Masukkeluar replied at 15-11-2021 12:31 PM
dia ni pendek dan muka biasa biasa je. hahahaha. dlm ig nampak wow tgk kt tv biasa je..



Kau ni biar betul ckp dia pendek..yg pendek hun haqeem lh dia ni tinggi.
Quote electricopop 15-11-2021 04:39 PM
Muda lagi dik, cuba lagi...
Quote dekmieDandy 15-11-2021 04:43 PM
kenapa ramai cakap dia pendek?? tinggi dia mcm 178 jugak kan

ke bagi uolls still pendek

btw dia kalah sebab takde fanclub je, so takde orang nak organised undi mengilo tu

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.188924 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top