CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Ana Raffali Dikecam Terlalu Agungkan Mat Salih

2-11-2021 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6326| Komen: 69

Description: Penyanyi Ana Raffali tenang berdepan kecaman apabila dilabel segelintir netizen sebagai seorang yang terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris.
Penyanyi Ana Raffali tenang berdepan kecaman apabila dilabel segelintir netizen sebagai seorang yang terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris.

Pemilik nama sebenar, Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali itu memercik perdebatan dalam kalangan pengguna Twitter apabila menegur penggunaan panggilan formal yang selalunya digunakan kebanyakan rakyat Malaysia terutama di sekolah-sekolah.

Ujar Ana, penggunaan ganti nama ‘Sir’ sebagai salutasi atau protokol yang dibudayakan di sekolah bagi guru lelaki sebenarnya tidak betul.

Foto: IG
“Tolong hapuskan penggunaan ‘Sir’ (masukkan nama orang) ketika memanggil cikgu atau pensyarah lelaki melainkan mereka telah menerima anugerah kesatria daripada Ratu England.


“Boleh gunakan ‘En.’ atau ‘Mr.’ dengan yakin atau ‘Dr.’, ‘Prof.’, ‘Datuk’, ‘Datin’, ‘Tan Sri’ dan sebagainya. Tolong,” ciap Ana yang kini merupakan seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah persendirian.

Kata pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku itu lagi, sebagai guru bahasa Inggeris, dia berasa bertanggungjawab untuk membetulkan kesalahan yang sudah lama menjadi satu amalan penggunaan bahasa ketika ini.

“Maaf, saya guru bahasa Inggeris. Kita kena biasakan yang betul. Benda mudah, kalau nak panggil sesiapa pun ‘Sir’, silakan. Cuma jangan guna bersama dengan nama pertama dia.

“Contohnya, have a great day, sir! (betul). Have a great day, Sir Ahmad! (salah),” ciap Juara Keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-25 itu.



Disebabkan rajutan panjang lebar yang dimuat naik Ana berkenaan kesalahan yang menjadi amalan ramai itu, segelintir netizen menyifatkan dirinya suka berdrama dan memanjangkan perkara remeh.

“Kenyataan anda (Ana) memang betul. Pelik kalau ada mat salih akan tanya ‘why are there so many people who received a knighthood in Malaysia‘ (mengapa ramai orang yang terima anugerah kesatria di Malaysia?).”

“Kuat dramalah awak ini,” ciap seorang netizen yang menegur tindakan Ana yang seperti suka memanjang-manjangkan sesuatu isu berkenaan budaya salutasi yang menjadi praktis di Malaysia terutama di sekolah.

Ana membalas: “Itu bukan perkara atau isi utama ciapan (saya). Saya hanya berkongsi penggunaan yang betul untuk perkataan yang dimaksudkan (Sir).

“Yang lain-lain hanya perincian sokongan sama ada untuk diterima atau tidak.”

Sekadar info, kalau mengikut sifir atau ‘undang-undang’ nahu bahasa Inggeris, salutasi formal perkataan ‘Sir’ tidak sepatutnya digunakan bersama nama orang tetapi perkara itu selalu menjadi amalan di kebanyakan sekolah di negara ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 2-11-2021 03:18 PM
Kuat drama menda. Sheols budak TESL. Sheols tau apa yang sheols suarakan.
Quote dudaberhias 2-11-2021 03:18 PM
oh ok, lagipun dia tegur benda betul... takde la perlekeh apa pun sampai netizen2 nak sentap lebih2 walaupun heshe kepammm..
tapi iols pun memang tak pernah guna sir untuk panggil jejan2...

kalau bebudak panggil sir tu pelik jugak... bukan ke ko pun memang berbahasa melayu dikkk.. panggil je la cikgu... takpun guru... atau nak lebih leluhur panggil jah Adipak dekkk ala2 sanskrit gitteww...
Quote hyie 2-11-2021 03:20 PM
betul je apa yang sheols cuba sampaikan tu. Netizen aje yang cepat sentap. Sebab terkena kat diri sendiri khuenz Biasakan yang betul. Kang asik congrate, congrate je la kan
Quote KamikuP 2-11-2021 03:23 PM
Apa yg dia perkatakan itu betul. Nahu dan grammar utk SIR seharusnya pada landasan yg betul.. cewah
Quote kakuzu 2-11-2021 03:25 PM
bukan ke 'sir' bermaksud 'tuan' dan 'madam' bermaksud 'puan'?

tapi kalau alang2 nak tegur/ciap.. panggilan 'ustaz' pun kena diperbetulkan.. bukan asal pakai kopiah/serban/jubah.. terus panggil ustaz


Quote ketambangkang 2-11-2021 03:30 PM
bagus la teguran dia tu..at least yg tak tahu jadi tahu
Quote paz 2-11-2021 03:31 PM
Betul lah tu. Orang nak betulkan pun netizen ni sentap.
Quote slyfynx 2-11-2021 03:31 PM
Teacher <insert name> pun kalau dari segi tatabahasa salah.

Kene gune Mr. <name>, Ms. <name>
Ms. boleh gune untuk yang dah kawin atau single. Sebutan die mizz.

Guna sir boleh, tanpa nama lepas tu.
Good morning, sir. tu betul.
Good morning, Sir <name> tu salah.

Just sharing. Sbb cikgu pun ramai salah mende ni
Quote prettyuglybabe 2-11-2021 03:38 PM
kakuzu replied at 2-11-2021 03:25 PM
bukan ke 'sir' bermaksud 'tuan' dan 'madam' bermaksud 'puan'?

tapi kalau alang2 nak tegur/ciap.. pa ...

ye.. sir bermaksud tuan..tapi pengunaannya kena betul..
tak boleh sir disertakan dengan nama kerana sir tu gelaran anugerah kat england..
bukan suka-suka hati boleh pakai..
macam tun dato tan sri etc kat malaysia..
baca artikel tu habis-habis..

Quote lattehazelnut 2-11-2021 03:47 PM
Serius la ade yg xtaw
Quote addamnor 2-11-2021 03:48 PM
kowser iya nak ber sir sir dengan guru bahasa inggeris lelaki.
you are just good with mr sahaja.. fefeling high hirerchy ke nak kena address sir bagai, walaupun sendu seorang guru seperti reramai jah taraf uols?
Quote makton 2-11-2021 03:54 PM
slyfynx replied at 2-11-2021 03:31 PM
Teacher  pun kalau dari segi tatabahasa salah.

Kene gune Mr. , Ms.

thank you info           
Quote seri_mawr 2-11-2021 03:56 PM
ok la tu..benda betul dia ajar...apa la nitizen...dah org bg ilmu tu syukur la...
Quote KIM.K 2-11-2021 04:04 PM
India malayalam b40 aman2 panggil sar
Quote JunkMail 2-11-2021 04:12 PM
kakuzu replied at 2-11-2021 03:25 PM
bukan ke 'sir' bermaksud 'tuan' dan 'madam' bermaksud 'puan'?

tapi kalau alang2 nak tegur/ciap.. pa ...

Kau kenapa dek? Dah tentu la beliau guru English.. dia tegurlah yang dalam bidang dia. Dah kenapa pulok dia nak tegur pasal penggunaan label ustaz tu .. la haiiii
Quote ezacbee 2-11-2021 04:21 PM
why so seriussss
Quote dejure 2-11-2021 04:44 PM
Dulu aku panggil cikgu dgn gelaran cikgu aje..kat uni panggil encik atau puan..bila dah kerja baru panggil mr,miss atau mrs.xde pula panggil sir sir ni..tgk oh my english baru tahu ohh kena panggil sir ye.
Quote NFBZCantik 2-11-2021 04:54 PM
ok la dia tegur benda yg betul
Quote tipah89 2-11-2021 05:06 PM
ni la orang melesia, orang bagi ilmu kemain bodo xnak dengau..sbb tula retis2 sampah, instapemes n tiktokers boleh idup atas duit sbb rakyat melesia ni terlalu bijak memuji muja benda bodo n bila org bg ilmu abisss kena kecam.

Lihat semua komen(69)

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

14-8-2022 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.066865 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top