CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aedy Ashraf Tak Nak Jadi Hipokrit Untuk Puaskan Hati Orang Lain

27-10-2021 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3335| Komen: 15

Description: Pelakon Aedy Ashraf mengakui apa yang dipaparkan di media sosial adalah diri sebenarnya.
Pelakon Aedy Ashraf mengakui apa yang dipaparkan di media sosial adalah diri sebenarnya.

Aedy, 28, atau nama sebenarnya Mohammed Zaedy Ashraf Rosmadi berkata, dia juga tidak perlu menjadi hipokrit di media sosial semata-mata untuk menjaga dan memuaskan hati orang lain.


Foto: IG

"Saya di media sosial tidak hipokrit. Saya lebih suka tunjukkan gaya hidup sendiri macam mana orang nampak saya di Instagram, begitulah saya di luar. Kalau saya pakai seluar pendek di Instagram, memang saya suka pakai seluar pendek di luar.

"Kalau orang nak mengata, saya tidak boleh buat apa-apa sebab saya tidak mahu menjadi orang lain untuk memuaskan hati orang lain. Saya tidak sempurna, saya ada kesalahan, saya ada perkara tak betul yang dibuat," katanya kepada Harian Metro.




Menurut Aedy yang bakal muncul dalam drama Kisah Cinta Kita di Slot Akasia TV3, mereka yang tidak menyukai apa yang dikongsikan berhak untuk tidak mengikutinya di Instagram.

"Sudah tentu sebagai manusia saya nak menjadi yang baik dan sempurna, tapi ia pasti ambil masa dan lalui proses yang betul. Macam dikatakan tadi, saya nak menjadi diri sendiri, saya nak diterima seadanya saya. Kalau tak boleh terima tekan saja butang 'unfollow'.



"Realitinya, saya bukanlah seorang yang baik sampai tak buat salah langsung. Saya pun manusia biasa yang sedang membesar dan melihat hidup dari segi perspektif seorang remaja yang sedang membesar, ini normal," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 27-10-2021 02:51 PM
Yg tegur aurat ni ramai pompuan.. dalam masa sama, pompuan yg tegur ni la mutiara korsani  berdenyut tgk badan jantan..
Quote Suchi 27-10-2021 03:26 PM
Jadi kamu mmg selalu tak berbaju ker dik?
Quote prince_marhaen 27-10-2021 04:59 PM
Takpelah dek...dimaafkan sebab helok... Acik2 yang tegur tu sebenarnya yang dah berdenyut dulu tengok gambar adek, membayangkan adek milik mereka seorang takleh kongsi-kongsi... haha.. tapi rasa besalah nak imagine adek sebab rasa pedo sikit terbayang adek berlakon Tentang Bulan...gicchew
Quote Belibis 27-10-2021 08:11 PM
Kurex: Yg tegur aurat ni ramai pompua ...

Ohhhh..ingatkan loceng ko yang berdenting denting...[em:3:]
Quote MoneyMatters 27-10-2021 08:38 PM
Suchi: Jadi kamu mmg selalu tak berba ...
Suchi: Jadi kamu mmg selalu tak berba ...


Hahahaha jujur sgt la ayat kaka
Quote TerataiMelur02 27-10-2021 08:44 PM
Kurex replied at 27-10-2021 02:51 PM
Yg tegur aurat ni ramai pompuan.. dalam masa sama, pompuan yg tegur ni la mutiara korsani  berdenyut ...

Takde semoga ke rex untuk aedy?
Quote kuzaime 27-10-2021 09:03 PM
"Realitinya, saya bukanlah seorang yang baik sampai tak buat salah langsung. Saya pun manusia biasa yang sedang membesar dan melihat hidup dari segi perspektif seorang remaja yang sedang membesar, ini normal," katanya.

Umo 28 bukan remaja lagi ya dik aedy, cuba dibagi bini, bersusun paku dah anaknya
Quote stania83 27-10-2021 09:12 PM
dia ni masa kecik tak de potensi langsung nak jadi ensem.
Quote rosannazmia 27-10-2021 09:33 PM
La dah 28 dah aedy yek... Mcm aritu kecik lagi.. Mmg dia ni tinggi ye #tanyajer
Quote enot_sibudak 28-10-2021 12:00 AM
maaf aedy.. iols ttp nmpk awak kanak2 dalam cita tentang bulan... hehehehe
Quote nakkomenjugak 28-10-2021 10:13 AM
Ppppffttttt remaja??? Habis iol 29 ni orang dok panggil tua dah kenapa
Quote electricopop 28-10-2021 11:13 AM
Kurex replied at 27-10-2021 02:51 PM
Yg tegur aurat ni ramai pompuan.. dalam masa sama, pompuan yg tegur ni la mutiara korsani  berdenyut ...

Mutiara Korsani berdenyut kembang kemuncupppp! Hahahaha.

Heouls ni elok la jugak dgn badan mcm tu walaupun muka masih adik adik.
Quote namr 28-10-2021 11:23 AM
Dah 28 remaja ape benda..
Quote Kurex 28-10-2021 11:24 AM
TerataiMelur02 replied at 27-10-2021 08:44 PM
Takde semoga ke rex untuk aedy?

Semoga dapat terlena atas abs aedy sambil aedy cerita pasal movie tentang bulan
Quote makton 28-10-2021 11:49 AM
28 tu bukan remaja dekk..
klu nak feeling2 remaja jgk kena ckp "sy umur 28 kategori remaja senja"

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.062447 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top