CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Dinie Rashid Dituduh Pura-Pura Buta Untuk Raih Simpati

27-10-2021 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1639| Komen: 12

Description: Kekurangan yang ada pada diri, bukan satu halangan penyanyi baharu Dinie Rashid untuk terus mengejar impiannya berjaya dalam bidang nyanyian.
Kekurangan yang ada pada diri, bukan satu halangan penyanyi baharu Dinie Rashid untuk terus mengejar impiannya berjaya dalam bidang nyanyian.

Walaupun ada segelintir pihak menuduhnya menipu memegang gelaran Orang Kelainan Upaya (OKU), Dinie, 29, berkata mungkin mereka tidak faham mengenai masalah penglihatan yang dihidapi selama ini.


Dinie memberitahu dia disahkan mengalami 'molecular dystrophy' yang mengakibatkan saraf pada bahagian mata rosak sehingga membataskan kemampuan penglihatannya.


Foto: IG

"Sebelum ini saya pernah dicop menipu (buta). Kenapa mamat ni boleh berjalan tapi kadang-kadang tersepak sana-sini? Jadi penjelasan itu bukan nak merendah-rendahkan keupayaan diri tetapi untuk maklumkan kepada yang belum kenal saya.


"Malah sebelum ini saya sertai program televisyen dan ada isi masa bermain futsal sebab ada juga futsal yang disertai individu yang cacat penglihatan... ada yang kritik kata tak nampak tapi main futsal, ada kata mana boleh orang tak yang tak nampak pegang telefon bimbit.

"Jadi saya rasa ada tanggungjawab untuk berikan pemahaman kepada orang luar. Saya percaya ada yang ingat OKU penglihatan ini hanya terdiri daripada individu yang totally blind sahaja," katanya kepada mStar.




Dalam pada itu, penyanyi lagu Bukan Cinta Aku ini berkata dia perlu menjelaskan mengenai perkara itu kerana bimbang ada pihak yang salah faham dan menyangka dia hanya menjadikan kecacatan itu sebagai bahan untuk meraih simpati.

"Saya akui masih ramai yang belum kenal dengan saya jadi saya perlu beritahu hal sebenar. Jika tiba-tiba nama sudah dikenali dan andai kata ketika nak naik pentas saya tersadung misalnya, mesti akan disalah anggap pula.



"Sebelum ini pun saya pernah dikatakan lalok... saya tahu akan ada yang anggap saya cuma minta simpati dengan apa yang dialami sebab itu jadi tanggungjawab saya untuk dedahkan mengenai hal ini supaya mereka di luar sana lebih faham.

"Dalam erti kata lain saya nak orang tahu bahawa meski saya begini, saya okay. Meski saya pernah rasa depresi pada peringkat awal kerana saya bukan dilahirkan begini... umur sembilan tahun nikmat penglihatan saya ditarik.




"Semenjak itulah, macam-macam sudah saya lalui, rasa tertekan dan sebagainya tapi saya reda dengan ketentuan. Sekarang ini saya lebih relaks dan anggap ia tidak ada apa-apa pun," ujarnya.- CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 27-10-2021 09:24 AM
Moga dipermudahkan urusan dan maju jaya and best of luck in your future undertakings - kataku berbahasa Inggeris
Quote prince_marhaen 27-10-2021 09:50 AM
good luck dek.... semoga dipermudahkan... tapi tu lah... awal nau nak meraih pun... sebab masih diperingkat whoareyus.. hihi
Quote sukacactus 27-10-2021 10:27 AM
Kenal sebab ada program big stage dl
Kalau x, aku pun mengwhoareyous jg
Semoga maju jaya ye
Quote nakkomenjugak 27-10-2021 01:34 PM
Moga maju jaya wp whoisyuhhhhhhh
Quote mimiQo 27-10-2021 02:51 PM
semoga dipermudahkan segala urusan..x kenal
Quote Cero8487 27-10-2021 11:12 PM
Edited by Cero8487 at 27-10-2021 11:28 PM

First time dengar namanya..tak kenal jugek.. Semoga terus sukses..
Quote fara_lily 28-10-2021 05:24 AM
I dengar pasal dia ni masa sedang driving n dengar radio... Dia ada kumpulan . Tp x ingat namanya apa.. dia vokalis n sorg lg pemain gitar... Dua2 buta...tu jer yg i tau..sekian
Quote fadz84 28-10-2021 06:37 AM
fara_lily replied at 28-10-2021 05:24 AM
I dengar pasal dia ni masa sedang driving n dengar radio... Dia ada kumpulan . Tp x ingat namanya ap ...

Duo Dinie & Khai.
Quote dudaberhias 28-10-2021 06:58 AM
Who are yusssssss??? Azmie caliphbusker ke tu?
Quote winky1 28-10-2021 07:00 AM
Mmg ada kes mcm ni... Dan makin lama makin terok. But doesn't mean kena duduk harap bantuan... Mcm2 skill boleh belajar sebagai persiapan...termasuk lah me nyanyi.. Tenor buta tu Andrea Bocelli... Yg penting keep being creative dan jauhkan diri dari controversy.. Berdiri diatas bakat sendiri... Huhu
Quote codenamedream 28-10-2021 07:10 AM
winky1 replied at 28-10-2021 07:00 AM
Mmg ada kes mcm ni... Dan makin lama makin terok. But doesn't mean kena duduk harap bantuan... Mcm2  ...


Alhamdulillah heols lepas habis big stage, dpt masuk uitm sambung belajar music degree
Quote makton 28-10-2021 07:55 AM
sorry tak kenal. tp video yg dia nyanyi tu haram aku tak dgr butir perkataannya.

Lihat semua komen(12)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2021 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.074942 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top